Islamiq.sg

Fadilat Surah-Surah & Ayat-Ayat Tertentu

Labels:

1. Surah Al-Fatihah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Apabila kamu membaca “الحمد لله رب العالمين”, maka bacalah  juga (ayat) “بسم الله الرحمن الرحيم”, kerana sesungguhnya ia adalah Ibu (Induk isi) Al-Quran, Ibu al-Kitab dan 7 ayat yang sentiasa diulangi dan “بسم الله الرحمن الرحيم” salah satu daripada ayatnya.
Sahih - riwayat Imam al-Daaruquthni dan Imam al-Baihaqi (Sunannya) daripada Abu Hurairah)

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sebaik-baik ayat Al-Quran adalah “الحمد لله رب العالمين” (yakni Surah al-Fatihah) 
Sahih – al-Haakim (al-Mustadrak) dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) daripada Anas bin Maalik.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Mahukah kalian aku beritahu mengenai surah yang terbaik di dalam Al-Quran? “الحمد لله رب العالمين”.
Sahih – Ahmad (al-Musnad) daripada ‘Abdullah bin Jaabir al-Bayaadhi

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
“الحمد لله رب العالمين” adalah Ibu (Induk isi) Al-Quran, Ibu al-Kitab dan 7 ayat yang sentiasa diulangi.
Sahih – Abu Dawud dan al-Tirmidzi dpd Abu Hurairah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
“الحمد لله رب العالمين” adalah 7 ayat yang sentiasa diulangi yang dikurniakan kepada ku dan (ia juga adalah) Al-Quran al-Azhiem.
Sahih – al-Bukhaari dan Abu Dawud dpd Abu Sa‘ied bin al-Mu‘alli

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Tiada yang Allah turunkan di dalam al-Taurat, tidak pula al-Injil seperti Ummul Quran (Ibu/Induk Al-Quran) dan ia juga adalah al-Sab‘u al-Matsaani (7 yang diulang-ulang bacaannya) dan ia dibahagikan di antara Aku dan hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dipintanya (dengan pembacaannya).
Sahih – al-Tirmidzi dan al-Nasaa’i dpd Ubaiy.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Demi yang nyawaku di TanganNya! Tiada yang diturunkan di dalam al-Taurat, tidak pula al-Injil, tidak pula al-Zabuur malah tidak pula di dalam al-Furqaan sepertinya (yakni Ummul Quran - Ibu/Induk Al-Quran) dan ia juga adalah al-Sab‘u al-Matsaani (7 yang diulang-ulang bacaannya) dan Al-Quran al-Azhiem yang dikurniakan kepadaku.
Sahih – Ahmad dan al-Tirmidzi dpd Abu Hurairah


2. Surah Al-Ikhlaas

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Marilah kalian menghampiri ku dan tumpukan perhatian kerana sesungguhnya aku akan membacakan kepada kamu 1/3 Al-Quran. Maka baginda pun membaca “قل هو الله أحد” lalu bersabda: Ketahuilah sesungguhnya ia setanding dengan 1/3 (daripada kesuluruhan) Al-Quran.
Sahih - riwayat Imam Ahmad (Al-Musnad), Muslim (Sahihnya) dan al-Tirmidzi (Sunannya) daripada Abu Hurairah.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Apakah seseorang di antara kalian rasa tidak mampu membaca 1/3 Al-Quran di dalam 1 malam? Maka sesungguhnya sesiapa yang membaca “قل هو الله أحد الله الصمد” pada satu malam maka ia telah membaca 1/3 Al-Quran pada malam tersebut.
Sahih – Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Nasaa’i daripada Abu Aiyub

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Apakah seseorang di antara kalian rasa tidak mampu membaca 1/3 Al-Quran di dalam 1 malam? Sesungguhnya Allah telah membahagikan Al-Quran kepada 3 bahagian dan Dia telah menjadikan “قل هو الله أحد”salah satu daripada bahagian Al-Quran itu. 
Sahih – Ahmad dan Muslim daripada Abu al-Dardaa’

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
“قل هو الله أحد” menyamai 1/3 Al-Quran
Sahih – Imam-Imam Malik (al-Muwattho’), Ahmad, al-Bukhaari, Abu Dawud dan alNasaa-i dpd Abu Sa‘ied, al-Bukhaari dpd Qataadah bin al-Nu‘maan, Muslim dpd Abu al-Dardaa’, al-Tirmidzi dan Ibn Maajah dpd Abu Hurairah, al-Nasaa-I dpd Abu Aiyuub, Ahmad dan Ibn Maajah dpd Abu Mas‘uud al-Anshari, al-Tabarani dpd Ibn Mas‘uud dan Mu‘aadz, Ahmad dpd Ummu Kultsum binti ‘Uqbah, al-Bazzaar dpd Jaabir, Abu ‘Ubayd dpd Ibn ‘Abbaas.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca (surah) “قل هو الله أحد” sepuluh kali Allah binakan untuknya sebuah rumah di syurga.
Sahih – Ahmad dpd Mu‘aadz bin Anas

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca (surah) “قل هو الله أحد” maka seolah-olah ia telah membaca 1/3 Al-Quran.
Sahih – Ahmad, al-Nasaa’i dan al-Dhiyaa’ dpd Ubaiy


3. Surah Al-Kaafirun


  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca…(surah) “قل يا أيها الكافرون” maka itu baginya seperti membaca ¼ Al-Quran dan barangsiapa yang membaca (surah) “قل هو الله أحد” itu baginya seperti membaca 1/3 Al-Quran.  
Hasan – al-Tirmidzi dpd Anas


4. Surah Al-Ikhlaas & Al-Kaafirun

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
“قل هو الله أحد” menyamai 1/3 Al-Quran dan “قل يا أيها الكافرون” menyamai ¼ Al-Quran.
Sahih – al-Tabarani (al-Kabier) dpd Ibn ‘Umar

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sebaik-baik 2 surah yang dibaca di dalam (solat sunnat) 2 raka‘at sebelum (solat Fardhu) al-Fajr: “قل يا أيها الكافرون” dan “قل هو الله أحد” 
Sahih – Ibn Hibbaan dan al-Baihaqi (al-Syu‘ab) dpd ‘Aa-isyah


5. Surah Al-Falaq & An-Naas

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Kalian tidak akan dapat membaca sesuatu yang lebih dekat di sisi Allah daripada: “قل أعوذ برب الفلق”.
Sahih – al-Nasaa’i dpd ‘Uqbah bin ‘Aamir

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Telah diturunkan kepada ku beberapa ayat yang belum pernah ada sepertinya sebelum ini “قل أعوذ برب الفلق” dan  “قل أعوذ برب الناس”.
Sahih- Muslim, al-Tirmidzi dan Nasaa’i (Sunannya) dpd ‘Uqbah bin ‘Aamir

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Mahukah kamu aku beritakan sebaik-baik bacaan pelindung bagi orang yang mahukan perlindungan Allah: “قل أعوذ برب الفلق” dan juga “قل أعوذ برب الناس”.
Sahih – al-Tabarani (al-Kabier) daripada ‘Uqbah bin ‘Aamir.


6. Surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq & An-Naas
  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
“قل هو الله أحد” dan al-Mu‘awwidzatain ketika bersenja dan ketika berpagian sebanyak 3 kali, mencukupkanmu daripada segala sesuatu. 
Sahih – Abu Dawud, al-Tirmidzi dan al-Nasaa-i dpd ‘Abdullah bin Khubaib


7. Surah Al-Baqarah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Aku dikurniakan ayat-ayat penghujung surah Al-Baqarah ini daripada khazanah di bawah ‘Arasy yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelum ku.
Sahih – Imam Ahmad (al-Musnad), al-Tabarani (al-Kabier) dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) daripada Hudzaifah serta Imam Ahmad (al-Musnad) daripada Abu Dzar

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Bacalah Surah al-Baqarah di rumah kalian kerana syaithan tidak akan masuk ke sesebuah rumah yang dibaca padanya Surah al-Baqarah.
Sahih – al-Haakim (al-Mustadrak) dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) daripada Ibn Mas‘uud.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Bacalah kedua-dua ayat terakhir di dalam Surah Al-Baqarah sebab Tuhanku telah mengurniakannya kepada ku daripada khazanah di bawah ‘Arasy.
Sahih – Ahmad (al-Musnad) dan al-Tabarani (al-Kabier) dpd ‘Uqbah bin ‘Aamir

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta‘aala telah menulis suatu tulisan 2000 tahun sebelum menciptakan segala langit dan bumi dan ia berada di sisi ‘Arasy lalu diturunkan 2 ayat daripadanya yang menjadi penutup Surah al-Baqarah. Tiada yang membacanya di dalam rumah selama 3 malam (berturut-turut) kecuali pasti syaithan tidak akan mendekati rumah itu.
Sahih – al-Tirmidzi, al-Nasaa’i dan al-Haakim daripada al-Nu‘maan bin Basyier.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Dua ayat pada penutup Surah al-Baqarah, barangsiapa yang membacanya maka cukuplah  itu baginya.
Sahih – Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Ibn Maajah dpd Ibn Mas‘uud

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca 2 ayat penutup Surah al-Baqarah pada satu-satu malam, cukuplah itu baginya (pada malam tersebut)
Sahih – 4 Imam penyusun Sunan dpd Ibn Mas‘uud.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Jangan kalian jadikan rumah-rumah kalian (seperti) perkuburan sesungguhnya syaithan cabut lari daripada rumah yang dibaca surah al-Baqarah di dalamnya.
Sahih – Ahmad, Muslim dan al-Tirmidzi dpd Abu Hurairah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursiy setiap selepas Sholat Fardhu, tiada yang menghalangnya daripada memasuki Syurga kecuali maut (yakni jika ia mati maka tiada penghalang ke Syurga)
Sahih – al-Nasaa’i dan Ibn Hibbaan dpd abu Umaamah


8. Surah Al-Baqarah & Aali-‘Imran

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Bacalah Al-Quran, sebab ia akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahraawain: Al-Baqarah dan Aali-‘Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat seperti 2 awan redup atau apa saja yang melindungi manusia daripada panas terik…bacalah Surah al-Baqarah sebab pada pembacaan/penghayatan/penghafalannya ada keberkahan dan meninggalkannya adalah suatu kerugian dan tiada kebatilan (sihir) yang mampu menandinginya.
Sahih – Ahmad (al-Musnad) dan Muslim (Sahihnya) daripada Abu Umaamah.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Al-Quran dan ahlinya yang dahulunya mengamalkannya di dunia akan datang pada hari Kiamat, dengan surah al-Baqarah dan Aali- ‘Imran berada di barisan paling hadapan, kedua-dua (surah itu) datang seumpama 2 awan redup…
Sahih – Ahmad, Muslim dan al-Tirmidzi dpd al-Nuwaas bin Sim‘aan

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Nama Allah yang paling Agung ada di dalam kedua-dua ayat berikut: “و إلهكم إله واحد لا إله الا هو الرحمن الرحيم” dan permulaan Surah Aali-‘Imran “الم الله لا إله الا هو الحي القيوم”.
Hasan - riwayat Imam Ahmad (al-Musnad), Abu Dawud (Sunan), al-Tirmidzi (Sunan/Jaami‘) dan Ibn Maajah (Sunan) daripada Asmaa’ binti Yazid


9. Surah Al-Baqarah, Aali-‘Imran & Taha

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Nama Allah yang paling Agung yang jika dilakukan doa dengan menyebutnya pasti doa itu diperkenankanNya ada di dalam 3 surah daripada Surah-surah Al-Quran: di dalam Al-Baqarah, Aali-‘Imran dan Taha.
Sahih - riwayat Ibn Maajah (sunan), al-Tabarani (Mu‘jam al-Kabier) dan al-Hakim (al-Mustadrak) daripada Abu Umaamah)


10. Surah Al-Mulk

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sesungguhnya ada surah Al-Quran sekadar 30 ayat sahaja, yang akan memberi syafaat kepada seseorang sehingga ia diampunkan iaitu “تبارك الذي بيده الملك”.
Hasan – Ahmad, 4 Imam pengarang As-Sunan (A.Dawud, Tirmidzi, Nasa-I dan Ibn Maajah) Ibn Hibbaan (Sahihnya) dan al-Haakim dpd Abu Hurairah.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Ada satu surah daripada Kitabullah yang hanya berjumlah 30 ayat, memberi syafaat kepada seseorang dan mengeluarkannya daripada neraka serta memasukkannya ke dalam syurga
Hasan – al-Haakim daripada Abu Hurairah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Suatu surah daripada Al-Quran yang hanya berjumlah 30 ayat menjadi pembela pembaca/penghafalnya sehingga ia berjaya masuk syurga iaitu Surah Tabaarak (al-Mulk)
Hasan – al-Tabarani (al-Ausath) dan al-Dhiyaa’ dpd Anas

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Surah Tabaarak adalah penghalang daripada Azab kubur
Sahih – Ibn Mardawaih daripada Ibn Mas‘uud


11. Surah Huud

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
(Surah) Huud dan kumpulannya (surah-surah lain seumpamanya) menjadikan aku beruban (isinya amat menggerunkan).
Sahih – al-Tabarani (al-Kabier) dpd ‘Uqbah bin ‘Aamir dan Abu Juhaifah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
(Surah) Huud dan kumpulannya (surah-surah lain seumpamanya) menjadikan aku beruban (isinya amat menggerunkan) sebelum masanya aku patut beruban.
Sahih – Ibn Mardawaih dpd Abu Bakr

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
(Surah) Huud dan kumpulannya (surah-surah lain seumpamanya) daripada al-Mufassal menjadikan aku beruban (isinya amat menggerunkan).
Sahih – Sa‘ied bin Manshuur (Sunannya) dpd Anas dan Ibn Mardawaih dpd ‘Imraan


11. Surah Huud, al-Waaqi‘ah, al-Mursalaat, an-Nabaa' & At-Takwir

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
(Surah) Huud, al-Waaqi‘ah, al-Mursalaat, ‘Amma Yatasaa-aluun dan Idzas syamsu kuwwirat menjadikan aku beruban (isinya amat menggerunkan).
Sahih - al-Tirmidzi dan al-Haakim dpd Ibn ‘Abbaas, al-Haakim dpd Abu Bakar dan Ibn Mardawaih dpd Sa‘ad.


12. Surah Al-Fath

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sungguh telah diturunkan kepadaku suatu ayat yang aku lebih sukainya daripada segala apa yang ada di dunia ini: “إنا فتحنالك” sehinggalah FirmanNya: “عظيما”.
Sahih – Muslim daripada Anas

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Sungguh telah diturunkan kepada ku malam ini satu surah yang lebih aku sukainya daripada segala yang disinari pancaran matahari: “إنا فتحنالك فتحا مبينا”
Sahih – Ahmad, al-Bukhaari dan al-Tirmidzi dpd ‘Umar


13. Surah al-Kahfi


  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang mengahafal 10 ayat (pertama) daripada awal Surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada fitnah al-Dajjaal.
Sahih – Ahmad, Muslim, Abu Dawud, al-Nasaa’i dpd Abu al-Dardaa’

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat ia diterangi dengan cahaya selama di antara 2 Jumaat (antara Jumaat itu dan Jumaat minggu depannya – seminggu)
Sahih – al-Haakim dan al-Baihaqi (Sunannya) dpd Abu Sa‘ied

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat ia diterangi dengan cahaya sejauh di antara dirinya dan Bait al-‘Atieq (Ka‘bah)
Sahih – al-Baihaqi (al-Syu‘ab) dpd Abu Sa‘ied


14. Surah-Surah Yang Lain

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Aku dikurniakan pengganti al-Taurat iaitu al-Sab‘u al-Tiwaal (7 surah pertama dan semuanya panjang-panjang) dan yang setanding dengan al-Zabur adalah (surah-surah yang mencecah bilangan 100 ayat atau hampir 100 ayat) dan adapun yang setimpal al-Injil adalah al-Ma'tsaani (yang kurang daripada 100 dan sering diulang bacaannya) serta aku diberikan kelebihan dengan surah-surah al-mufassal (selain daripada pembahagian tadi).
Sahih – al-Tabarani (al-Kabier) dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) daripada Waatsilah.

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang membaca dan menghafal al-Sab‘u (7 surah awal yang terpanjang) maka itu adalah suatu kebaikan yang tidak terkira.
Hasan – al-Haakim dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) dpd ‘Aa-isyah

  • Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada Hari Kiamat maka akan berkata Puasa: Wahai Tuhan sesungguhnya aku menghalangnya daripada makan dan syahwatnya pada siang hari maka jadikanlah aku syafaat baginya, kata Al-Quran pula Tuhanku aku menghalangnya daripada tidur  pada waktu malam maka jadikanlah aku syafaat baginya.
Sahih – Ahmad, al-Tabarani (al-Kabier), al-Haakim dan al-Baihaqi (Syu‘ab al-Imaan) dpd Ibn ‘Amr



0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg