Islamiq.sg

Benarkah Imam Syafiey Menukar Fatwa Untuk Kesesuaian Orang Ramai ?


Terdapat dua perkara utama disini :

1) Perubahan fatwa
2) Sebab perubahan fatwa

Adapun perubahan fatwa maka benar, Imam Syafiey rahimahullah telah mengubah banyak fatwanya. Pada mulanya beliau menetap di Iraq dan mengajar disana. Fatwa2nya di Iraq direkodkan oleh murid2nya. Bahkan beliau sendiri telah menulis beberapa buah kitab disana. Kemudian beliau telah berpindah keMesir, dan dalam perjalanannya beliau telah ke Mekah. Di Mekah beliau telah bertemu dengan ulama2nya dan perawi2 hadith hingga kemudian beliau menarik balik banyak fatwa2nya yang dikenali sekarang sebagai Mazhab Baru ( المذهب الجديد ) . Ketika itu tidak dikenal hal ini sebagai mazhab Iraq atau mazhab Mesir.

Tentang sebab perubahan fatwa, terdapat dakwaan disana sini lebih2 lagi dikalangan mereka2 yang terpengaruh dengan manhaj memudahkan agama ( منهج التيسير ) bahawa Imam Syafiey telah mengubah fatwa kerana menyesuaikan hukum dan fatwanya dengan keadaan orang2 diMesir. Maka fatwa2 di Iraq sesuai dengan orang2 diIraq, fatwa2 di Mesir kerana sesuai dengan orang2 di Mesir. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut tahqeeq inilah yang diperolehi :

1) Imam Syafi'ey telah memerintahkan agar tidak diriwayatkan lagi kitab2nya di Iraq. Beliau berkata menurut riwayat Imam Zarkasy :
(( ليس في حلٍّ من روى عني القديم )) 
"Tidak aku halalkan orang yang ( masih ) meriwayatkan mazhab lama dariku ". [ al-Bahrul Muhit : 4/584 ].
Jika sebab perubahan fatwa adalah perubahan tempat, mengapa disuruh padam fatwa2 lama.? Biarkan sahaja fatwa2 Iraq khusus untuk di Iraq.

2) Murid2 Imam Syafiey di Iraq tidak mengeluarkan fatwa Imam mereka dengan fatwa2 Iraq, tetapi dengan fatwa2 baru di Mesir.

3) Tidak seorangpun dikalangan ulama2 mahzab Syafiey yang menjadikan sebab perubahan fatwa kerana berbeza tempat. Mereka seperti Imam Nawawy tentu lebih mengetahui tentang mazhab mereka. Jika ada ulama Syafieyah yang memilih pendapat Imam Syafiey yang lama, mereka tidak menisbahkannya kepada Imam mereka, tetapi kerana pada mereka ia lebih kuat dalilnya.

4) Ulama2 besar mazhab Syafiey telah berkata secara jelas bahawa tidak boleh mentaqlid Imam Syafiey pada mazhab qadeemnya walaupun seorang itu dari Iraq.

5) Kitab induk yang dikarang Imam Syafiey diMesir adalah kitab 'al-Umm'. Tetapi semua ulama mazhab beliau membolehkan pengikut mazhab Syafiey diseluruh dunia menggunakannya. Berkata Imam Nawawy rhm:
(( ليس للمفتي ولا للعامي المنتسب إلى مذهب الشافعي رحمه الله في مسألةِ القولين أو الوجهين أن يعمل بما شاء منهما بغير نظر بل عليه في القولين العمل بآخرهما )) 
" Tidak boleh bagi seorang mufti atau awam yang bermazhab Syafiey rahimahullah beramal dengan mana2 yang dia kehendaki jika terdapat dua pendapat atau wajah dengan tanpa nazhor, bahkan wajib dia beramal dengan qaul yang terakhir " [ Majmu' : 1/68 ]

Beliau tidak membeza2kan samada dia orang Iraq atau bukan.

Sebenarnya tujuan dakwaan ini adalah me'liberal'kan agama, boleh sahaja diubah hukum Allah dan RasulNya walaupun bertolak belakang dengan dalil yang jelas, yang penting maslahat, keadaan telah berubah, tempat berubah, hukum fiqh tidak boleh jumud, mesti hidup dan dinamik. Jangan hanya tumpukan kepada fiqh textual, lihat 'instrument' fiqh yang lain, agama ini mudah, yang susah dinafikan dari syariat, lihat Imam Syafiey ...

Jika ada orang yang tergoda dengan kata2 lunak dan ' intelek ' ini, sebenarnya mereka jahil bahawa fatwa2 Imam Syafiey di Mesir dibina atas Usul Fiqh yang lebih keras dari yang di Iraq. Di Iraq usul beliau lebih memudahkan, adapun usul di Mesir tidak mengambil kira Masalih Mursalah, U'rf adat kebiasaan, tetapi yang diambil adalah berpegang kepada zahir nas dan berhati2 ( الاحتياط ).



Maka apakah sebab perubahan fatwa Imam Syafiey ?

Jawabannya ada didalam kata2 murid beliau yang sendiri kemudian menjadi Imam Mujtahid, Imam Ahmad bin Hanbal rhm. Beliau ditanya tentang kitab yang di Iraq lebih disukai beliau atau kitab2 di Mesir? Beliau menjawab :

عليك بالكتب التي وضعها بمصر، فإنه وضع هذه الكتب بالعراق ولم يحكمها، ثم رجع إلى مصر فأحكم ذلك 
" Hendaklah engkau dengan kitab2 yang ditulis di Mesir, kerana kitab2 yang di Iraq ini beliau tulis tetapi belum ditekuni, kemudian bila beliau kembali ke Mesir beliau telah menekuni dan memperkemaskannya. " - مناقب الإمام الشافعي للبيهقي 1/263

Jika sebabnya adalah meraikan orang Mesir tentu telah beliau sebutkan. Imam Ahmad adalah orang Iraq. Jadi sebabnya adalah penelitian usul ijtihad " ihkam " dan penekunan dalil bukan ikut selera tempat dan manusia. Inilah yang layak bagi seorang Imam yang digelar sebagai ' Naasir as-Sunnah ', Pejuang memenangkan as-Sunnah.

Yang demikian juga tidak bermakna seorang faqih tidak boleh mengubah fatwanya kerana perubahan tempat dan masa, namun ini dalam masalah tertentu sahaja, dengan syarat2 tertentu , iaitu masalah2 yang berdasarkan u'rf, maslahat dan mengangkat kesusahan ( رفع الحرج ) . Adapun masalah2 yang berdasarkan dalil2 syariey yang sohih, ia tidak berubah dan kekal lagi sesuai untuk semua tempat dan masa.

Wallahu a'lam

Sumber: "Benarkah Imam Syafiey tukar fatwa untuk kesesuaian orang ramai" oleh Ustaz Murad Said (www.fawaaid.sg)
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg