Islamiq.sg

Puasa Bukan Amalan Solih di Hari-Hari Dhulhijjah?

بـسم الله و الصلاة و السلام على رسول الله

Terdapat beberapa persoalan dalam makalah dibawah bertajuk

Kekeliruan 10 Hari Pertama Dzulhijjah :

1) Isu ini disebutkan sebagai isu khilafiyyah, ertinya adanya ulama yang berpendapat tidak disunnatkan puasa 1-8 zulhijjah. Siapakah Imam2 itu?

Sejauh bacaan ana yg terhad, tiada khilaf direkodkan tentang hal ini bahkan zahirnya para sahabat telah memahami keumuman " amalan solih " dalam hadith Ibn Abbas. Sebab itu mereka bertanya " walaupun jihad fi sabilillah ? " Apabila Nabi SAW menafikan ada pengecualian dari amalan solih melainkan seorang mujahid yang mati syahid diselain 10 hari Zulhijjah, apakah sahabat akan mengecualikan mana2 amalan solih?

Maka perlu dibawakan nukilan yang sohih dan tidak samar2 bahawa ada sahabat yang mengatakan dibenci atau bid'ah berpuasa keseluruhan hari2 ini kerana ia tidak termasuk amalan solih yg dimaksudkan.

Adapun dari kalangan sahabat terdapat beberapa riwayat sohih bahawa mereka mengagungkan hari2 ini dengan amalan solih termasuk berpuasa.

a) Dari Abu Hurairah r.a bahawa beliau ditanya tentang seorang yang ada hutang puasa Ramadan tapi ingin puasa hari2 ini

.أنه سئل عن رجل يكون عليه القضاء من رمضان أيصوم العشر - يعني قبلها -؟ ، قال : " يقضي ما كان عليه من قضاء ثم يصوم "

Beliau menjawab : (( Hendaklah dia qadha kemudian puasa.)) Ini dalil bahawa generasi salaf berpuasa pada hari2 tersebut. [ al-Musonnaf ]

b) Perkara yang sama ditanyakan kepada Sa'id ibn al-Musayyab rhm. [ Ini riwayat Bukhari secara
mu'allaq dlm sohihnya ]

c) Demikian juga telah diriwayatkan dari Tabien lain seperti Ibrahim an-Nakhaiey yang mengambil mazhab Ibn Masud dan Sai'd bin Jubair yg mengambil ilmu dari Ibnu Abbas. Ia adalah kesepakatan ulama2 mazhab seluruhnya, Hanafi, Maliki Syafiey, Hanbali bahkan mazhab Zohiri yang terkadang memiliki pendapat syadz. Ia juga adalah mazhab ahlul hadith melihat tajuk2 bab mereka : Bab PUASA hari2 sepuluh.

Ini dalam Sunan Abu Daud, Nasaiey, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban. Begitu juga ulama2 yang mensyarahkan hadith, Imam Tohawy dlm Syarah Ma'any al-Atsaar, Qurtuby, Ibn Hajar, Syaukany, Mulla Qari dll.

2) Penulis maqalah semoga Allah memeliharanya, berhujjah dengan hadith A'isyah r.a bahawa beliau tidak pernah melihat Nabi SAW puasa hari2 ini. Maka beliau telah mengkhususkan "amalan solih" dgn hadith ini, oleh kerana Nabi SAW tidak berpuasa, kita tidak boleh berpuasa.

Ini istidlal yang a'jeeb. Qa'edah maklum mengatakan bahawa sunnah qauliyyah tidak disyaratkan wujudnya fi'il Nabi SAW. Setiap sunnah yg 3 jenis( Qauly, Fily dan Taqreey )  itu adalah dalil yang berdiri sendiri.

Apakah kita perlu dalil bahawa Nabi SAW bersedekah contohnya pada hari2 tersebut baru kita boleh bersedekah?

Jika yang ingin dijadikan dalil adalah sunnah tarkiyyah, ia tidak dapat diaplikasi disini. Syarat sunnah tarkiyyah adalah tiada wujudnya halangan melakukan amalan tersebut serta tiada pula disitu mana2 dalil menggalakkan amalan ketika itu. Adapun dalam masalah ini, terdapat kemungkinan2 Nabi SAW mempunyai uzur seperti sakit, atau safar atau urusan2 lain yg lebih penting. Kemudian pula telah wujud dalil khas menggalakkan amalan solih untuk hari2 itu. Ini bukan hadith yang hanya menyebutkan fadhilat hari2 ini tanpa menyebutkan galakkan amalan padanya.

Imam Qurtuby rhm dalam al-Mufhim telah meyebutkan kemungkinan bahawa Nabi SAW enggan sesuatu amalan itu bila beliau amalkan akan menjadi wajib atas umatnya seperti solat tarawih.

Kemungkinan juga disana ada sebab2 lain yang tidak jelas kepada kita. Wallahu a'lam. Tetapi secara ilmiyyah ia tidak penting, ia tidak memberi kesan kepada hukum.

Apakah kita ada dalil bahawa Nabi SAW turut puasa enam? Bukankah kita cukup beramal dengan umum hadith yang menggalakkannya.

Sebenarnya tiada percanggahan antara hadith umum amalan solih dan penafian A'isyah r.a hingga perlu kepada takhsees atau jama'.

3) Terdapat riwayat2 bahawa Nabi SAW berpuasa pada hari2 tersebut. Antaranya hadith Hafsah r.a yg disebutkan penulis. Hadith ini disohihkan sebahagian ulama seperti Syaikh Siddiq Khan dan Albany tetapi dinilai lemah oleh sebahagian lain kerana terdapat idhtirab dan kecacatan lain pada sanadnya.

Jika hadith ini juga sohih, ia bercanggahan dengan penafian A'isyah. Penulis semoga Allah memelihara beliau dan kami semua, telah cuba menjama' antara dua hadith tersebut seolah2 jika Nabi SAW berpuasa barulah disunnatkan umatnya berpuasa. Tetapi cara "al-jam'u" yg digunakan perlu penilaian.  
Sebagai munoqasyah :

a) Ia tidak disebutkan oleh mana2 Imam yg ana ketahui.

b) Lafaz tis-a' ( تِسع ) dzil Hijjah tidak boleh diterjemahkan sebagai Taas'i (  التاسع ) yang kesembilan. Ini tahreef dalam bahasa arab. Jika Hafsah r.a ingin kesembilan, beliau akan gunakan taasi' bukan tis'a.

c) Jika maknanya yang kesembilan, telah sabit bahawa Rasulullah SAW tidak berpuasa pada hari kesembilan iaitu hari Arafah ketika haji Wada'. Ini masyhur. Ini melemahkan pendapat penulis yang mengatakan Nabi SAW menggalakkan Puasa Arafah tetapi beliau sendiri tidak berpuasa. Ikut zahir qaedah penulis, puasa Arafah juga seharusnya tidak sunnah sebab Nabi tidak buat.

d) Terdapat riwayat dengan lafaz " asyra " ( عشر )keseuruhan sepuluh. Tiada jalan menjadikannya ( عاشر ) Hari Kesepuluh sahaja.

e) Satu jama' lain perlu dilakukan. Jika tidak perlu ditarjeeh, dan ini mudah. Qaedah mengatakan bila bercanggahnya yang mengistbatkan dan yang menafikan, diambil yang istbat. Hafsah r.a memiliki ilmu tambahan yg tiada pada Ai'syah r.a. Diperhatikan bahawa kedua2nya adalah isteri Rasulullah SAW. ( المثبت مقدّم على النافي )

Kita telah mentarjih demikian dalam masalah " kencing berdiri ". Aisyah menafikan Rasulullah SAW telah buat demikian, tetapi sahabat2 lain telah mengistbatkannya. Begitu juga disini. Ini semua dengan andaian bahawa kedua2 hadith ini sohih. Terdapat isyarat dari Imam Ahmad rhm bahawa hadith Aisyah mursal. Hadith Hafsah juga dilemahkan sebahagian ulama. Jika demikian kita kembali kepada asal hadith Ibn Abbas.

Yang penting ulama2 tidak mengendahkan hadith Aisyah ini. Mereka berpegang dengan umum hadith Ibnu Abbas.

Berkata Siddiq Hasan Khan rhm dlm Raudah Nadiyyah yang dikomentar oleh Syaikh Albany : " Tidak melihatnya dan tahunya beliau ( A'isyah ) tidak semestinya tiada. " ((   و عدم رؤيتها و علمها لا يستلزم العدم  )) [ Juz 2 ]

Syaikh Ibn Baz rhm telah ditanya tentang orang yang mengatakan bahawa puasa hari2 ini adalah bid'ah. Beliau menjawab : "   هذا جاهل يعلًّم "

4) Penulis juga semoga Allah memelihara beliau, berkata dalam artikel diatas tentang Imam Nawawy: 
" walhal beliau juga menyatakan ramai ‘ulama’ memahaminya dengan tidak digalakkan untuk puasa 9 hari tersebut secara zahirnya."

Jika kata2 ini diambil dari kitab Syarah Muslim oleh Imam Nawawy rhm, ia adalah kesilapan yang wajib dibetulkan. Setelah dirujuk nasnya, Imam Nawawy sedikitpun tidak sebutkan "ramai" atau "ulama'" memahaminya. Beliau hanya berkata (( مما يوهم)) " Mungkin mewahamkan " Zahirnya yang beliau maksudkan bukan ramai ulama, tetapi sebahagian orang awam yang membaca kata2 Ai'syah tetapi tidak faham. Ana telah jelaskan bahawa belum dijumpa nas ulama bahawa mereka berkata" tidak digalakkan untuk puasa 9 hari tersebut secara zahirnya."

Khatimah

Ana menulis semua diatas kerana ana yakin para pembaca inginkan kebenaran. Ana harap kewajiban ana telah ditunaikan. Ana minta maaf kepada penulis jika terkasar bahasa lebih dari tempatnya. Ana yakin tujuan beliau ikhlas menasihatkan agar masyaralat tidak jatuh mengamalkan bid'ah. Maka setelah ini ana katakan, beramal solihlah pada hari ini, tinggalkan maksiat, peliharalah amalan2 yang fardhu, perbanyakkanlah ibadah sunat, sedekah, tilawah, zikir, berpuasalah semampu kita lebih2 lagi hari Arafah.

Wallahu Waliyyu at-Taufiq
Sumber: "Puasa bukan Amalan Solih dihari2 Zul Hijjah?" oleh Ustaz Murad Said

0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg