Islamiq.sg

Haiwan Korban Yang Paling Afdhal

Labels: ,

وقال الشيخ ابن عثيمين في "أحكام الأضحية" :

" الأفضل من الأضاحي : الإبل ، ثم البقر إن ضحى بها كاملة ، ثم الضأن ،
ثم المعز ، ثم سُبْع البدنة ، ثم سبع البقرة " انتهى .
 
Berkata Syaikh Ibnul Uthaimin رحمه الله dalam " Ahkam al-Udhiyah" :

" Yang paling afdal dalam korban ialah : unta, kemudian lembu jika dikorbankan keseluruhannya ( bukan satu bahagian), kemudian kibas, kemudian kambing, kemudian sepertujuh unta, kemudian sepertujuh lembu. "



  الثالثة - يستحب التضحية بالأسمن الأكمل ، قال البغوي وغيره : [ ص: 369 ] حتى إن التضحية بشاة سمينة أفضل من شاتين دونها

قالوا : وقد قال الشافعي - رحمه الله - : استكثار القيمة في الأضحية أفضل من استكثار العدد ، وفي العتق عكسه فإذا كان معه ألف وأراد العتق بها فعبدان خسيسان أفضل من عبد نفيس ، لأن المقصود هنا اللحم ، والسمين أكثر وأطيب ، والمقصود في العتق التخليص من الرق ، وتخليص عدد أولى من واحد

قال أصحابنا : كثرة اللحم أفضل من كثرة الشحم إلا أن يكون لحما رديئا . وأجمع العلماء على استحباب السمين في الأضحية

Berkata Imam Nawawi رحمه الله :

(Ketiga) : " Disukai berkorban dengan haiwan yang lebih gemuk dan lebih sempurna, berkata al-Baghawi dan ulama lain : "... Hinggakan menyembelih seekor kambing yang gemuk lebih afdal dari menyembelih dua ekor yang kurang gemuk darinya

Mereka berkata : Imam Syafiey رحمه الله telah berkata : Memperbanyakkan nilai dalam berkorban lebih afdal dari memperbanyakkan jumlah, adapun dalam memerdekakan hamba, jika dia memiliki seribu dirham dan ingin memerdekakan dengannya, maka dua orang hamba rendah nilainya lebih afdal dari seorang hamba yang bagus, kerana maksud disini adalah daging, yang lebih gemuk lebih banyak dagingnya dan lebih sedap, sedangkan maksud dari memerdekakan hamba adalah melepaskannya dari penghambaan, maka melepaskan lebih banyak jumlahnya lebih utama dari seorang.

Berkata sahabat2 kami : Banyak daging lebih afdal dari banyak lemak, kecuali jika dagingnya jelek. Ulama telah ijma' disukai yang gemuk dalam korban. " [ Majmu' Syarh al-Muhadzzab ]

Sumber: Ustaz Murad Said (https://www.facebook.com/UstazMuradSaid)

0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg