Islamiq.sg

Dakwah Tauhid Prioriti Utama

Dakwah kepada Tauhid dan supaya Muslim menjauhi syirik wajib lebih diprioritikan daripada pengingkaran maksiat lainnya seperti merancang wasiat, LGBT (homoseks), dan malah pembunuhan. Kerana syirik berkaitan dengan hak Allah, juga merupakan larangan dan tindakan kezaliman yang paling besar.

Kita dapat mengambil pelajaran bahawa mendakwah masyarakat untuk menjauhi syirik lebih diutamakan daripada perkara lainnya dari hadith berikut ini.



Dari Ibnu ‘Abbas ia berkata,

لَمَّا بَعَثَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - مُعَاذًا نَحْوَ الْيَمَنِ قَالَ لَهُ 
إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى فَإِذَا عَرَفُوا ذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِى يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ ، فَإِذَا صَلُّوا فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ زَكَاةً فِى أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ غَنِيِّهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فَقِيرِهِمْ ، فَإِذَا أَقَرُّوا بِذَلِكَ فَخُذْ مِنْهُمْ وَتَوَقَّ كَرَائِمَ أَمْوَالِ النَّاسِ 
“Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Mu’adz ke Yaman, ia pun berkata kepadanya: 
“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum dari ahli kitab. Maka jadikanlah dakwah engkau pertama kali pada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala. Jika mereka telah memahami hal tersebut, maka khabarkan mereka bahawa Allah telah mewajibkan pada mereka shalat lima waktu sehari semalam. Jika mereka telah shalat, maka khabarkan mereka, bahawa Allah juga telah mewajibkan bagi mereka zakat dari harta mereka, yaitu diambil dari orang-orang kaya di antara mereka dan disalurkan untuk orang-orang fakir di tengah-tengah mereka. Jika mereka menyetujui hal itu, maka ambillah dari harta mereka, namun berhati-hati dari harta berharga yang mereka miliki.” (HR. Bukhari no. 7372 dan Muslim no. 19)

Beberapa faedah dari hadith di atas:
1- Disyari’atkan mengutus da’i untuk mendakwahkan Tauhid. 
2- Yang dijadikan prioriti wajib dan utama dalam dakwah adalah mendakwahkan kalimat "Laa ilaha illallah" yang akibatnya beribadah pada Allah sahaja dan menjauhi kesyirikan. 
3- Makna syahadat "Laa ilaha illallah" adalah mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam ibadah dan meninggalkan peribadahan pada selain Allah. 
4- Islam-nya orang kafir terbukti dengan mengucapkan dua kalimat syahadat. 
5- Sebagaimana ahli kitab, maka seseorang boleh sahaja membaca dan mengetahui namun tidak faham akan makna "Laa ilaha illallah", atau tahu tetapi tidak mahu mengamalkannya. 
6- Mendakwah orang yang berilmu seperti ahli kitab berbeza dengan mendakwah orang jahil. 
7- Seseorang yang berdakwah hendaklah membekali diri dengan ilmu agar selamat dari pemikiran menyimpang. 
8- Shalat merupakan amalan yang utama setelah dua kalimat syahadat. 
9- Zakat merupakan amalan yang utama setelah shalat. 
10- Di antara penerima zakat adalah orang fakir. Dan hadith di atas menjadi dalil bolehnya mencukupkan penyaluran zakat pada orang fakir sahaja. 
11- Tidak boleh mengambil zakat dari harta yang berharga -yang dituntut adalah yang pertengahan- kecuali dengan redho pemiliknya.

Rujukan: "Al Mulakhosh fii Syarh Kitabit Tauhid", Syaikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan, terbitan Darul ‘Ashimah, cetakan pertama, tahun 1422 H, hal. 56.

Sumber: "Jadikan Dakwah Anti Syirik Prioritas Utama" oleh Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal (rumaysho.com)
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg