Islamiq.sg

Siapa Menamakan Ibnu Taimiah Sebagai Syaikhul Islam Adalah Kafir?


"Jawapan yang lumayan keatas orang yang mendakwa siapa yang menamakan Ibnu Taimiah sebagai Syaikhul Islam adalah kafir." Oleh al-Hafiz Ibnu Nasir al-Deen al-Dimasyqiy al-Syafieey [777-842H]

 الرد الوافر على من زعم أن من سمى ابن تيمية شيخ الإسلام كافرتأليف ابن ناصر الدين الدمشقي

Ringkasan Kitab :

Syaikh Ali Bin Muhammad al-Bukhari al-Hanafi datang ke Damsyiq tahun 843H dan beliau dapati orang2 disana mencintai dan menyanjung Ibnu Taimiah. Beliau kemudian, Allahul Musta'aan telah tegar menyerang ulama2 dizamannya yang menamakan Imam Ahmad ibn Taimiah sebagai ' Syaikhul Islam ', maka beliau telah mengucapkan kalimatnya yang lantang lagi zalim :
" إن من سمى ابن تيمية شيخ الإسلام فهو كافر " 
" Siapa yang menamakan Ibnu Taimiah sebagai Syaikhul Islam maka dia kafir. "

Maka bangun menghadapnya seorang kontemporari beliau , Muhammad bin Abi Bakar bin Nasir al-Deen al-Dimasyqi al-Syafieey dengan kitabnya ini. Beliau telah membahaskan perkara2 berikut :-

1) Apakah makna-makna kalimat Syaikhul Islam? Siapa yang layak dipanggil demikian? Siapa yang telah digelar Syaikhul Islam dikalangan ulama yang lalu?

2) Apa makna kufur? Bagaimana pentakfiran berlaku ? Dimana ia berlaku?

3) Siapa yang kafir dalam isu ini, jika memang ada orang yang kafir?

4) Kewajiban mengikut Sunnah,tidak mengutuk deisebabkan mazhab, tidak diputuskan seorang dari ahli tauhid sebagai ahli neraka, tidak boleh melaknat, hukum hakam jarah wa ta'deel, senarai tingkatan2 ulama disiplin ini.

5) Koleksi nama2 ulama yang ramai yang telah menggelar Ibnu Taimiah sebagai ' Syaikhul Islam ' dikalangan ulama yang hidup sezaman Ibnu Taimiah, atau yang datang selepas beliau, disertakan sekali biografi setiap dari ulama2 tersebut, dan jumlah mereka dalam kitab ini adalah 87 orang alim. Disebutkan juga teman2 ulama tersebut, guru2 mereka, bapa2 mereka, murid2 mereka. Ditambah diakhir kitab, ulama2 yang menyokong dan memuji kitab ibnu Nasir al-Deen ini.

Pengarang telah meninggalkan jumlah ulama lain yang ramai, yang juga telah memuji ilmu, jihad, keimaman ibnu Taimiah, kerana beliau hanya menumpukan kepada ulama yang beliau jumpa ada menggelarkan Ibnu Taimiah sebagai ' Syaikhul Islam ', bukan lafaz2 pujian lain. Dan sebagai seorang Hafiz, beliau bersungguh2 menyalin kata2 mereka dari kitab2 tulisan mereka sendiri atau yang mereka ijazahkan, atau yang masyhur dinukilkan.

Beliau berkata dalam penutupnya :
" Dan kami telah tinggalkan golongan yang ramai yang menaskan keimaman beliau, kezuhudan, kewarakan, dan kesolehan beliau. Dan begitu juga kami tinggalkan dari menyebut orang2 yang telah memuji beliau ketika hayatnya, atau yang telah menangisi beliau dalam syair2 mereka setelah kewafatan beliau. "
Siapa yang akan gembira dengar kekufuran Ibnu Taimiyah?

Berkata : Imam Ahmad ibn Hajar al-Asqalani al-Syafiey

و من أعجب العجب أن هذا الرجل كان أعظم الناس قياما على أهل البدع من الروافض و الحلولية و الاتحادية, و تصانيفه في ذلك كثيرة شهيرة, و فتاويه فيهم لا تدخل تحت الحصر. فيا قرة أعينهم إذا سمعوا بكفره. و يا سرورهم إذا رأوا من يكفّر من لم يكفّره.

Antara sepelik2 perkara yang pelik, lelaki ini seorang yang paling banyak menentang ahli bid'ah dari kalangan puak Rafidah, Hululiyah, Ittihadiyah, kitab2 beliau dalam hal demikian banyak lagi masyhur sekali. Fatwa2 beliau tentang mereka tidak dapat dihitung. Maka alangkah sejuk mata mereka bila mendengar tentang kekufurannya, alangkah gembiranya bila melihat orang yang mengkafirkan sesiapa yang tidak mengkafirkannya.

فاواجب على من تلبس بالعلم و كان له عقل أن يتأمل كلام الرجل من تصانيفه المشتهرة, أو من ألسنة من يوثق به من أهل النقل, فيفرد من ذلك ما ينكَر فيحذر منه على قصد النصح. و يثني عليه بفضائله فيما أصاب من ذلك كدأب غيره من العلماء.

Maka wajib diatas seorang yang ada ilmu, ada akal, memerhatikan kata2 lelaki ini dari TULISAN2nya yang sangat masyhur,atau dari lidah2 orang2 yang dipercayai dari ahli riwayat, maka dia mengkhususkan apa yang diinkari darinya agar diwaspadakan orang lain dengan tujuan nasihat, serta memuji orangnya dengan kelebihan2 yang ada padanya terhadap apa yang beliau betul dari tulisan2nya seperti memang caranya ulama2 lain.

و لو لم يكن للشيخ تقي الدين من المناقب إلا تلميذه الشهير الشيخ شمس الدين ابن القيم الجوزية, صاحب التصانيف النافعة السائرة, التي انتفع بها الموافق و المخالف لكان غاية في الدلالة على عظم منزلته. فكيف و قد شهد له بالتقدم في العلوم, و التميز في المنطوق و المفهوم, أئمة عصره من الشافعية و غيرهم! فضلا عن الحنابلة.

Kalaulah Syaikh Taqiyuddin tiada apa2 keutamaan melainkan muridnya yang tersohor, iaitu Syaikh Syamsu al-Din Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, pengarang kitab2 yang bermanfaat yang masyhur, yang dimanfaatkan oleh pihak yang pro dan kontra, tentu ia cukup menjadi sebesar bukti besar kedudukan beliau, apakah lagi telah menyaksikan kehebetan beliau dalam ilmu2 , keistimewaan dalam hal mantuq dan mafhum,imam2 zamannya dari ulama Syafieyah dan selain mereka, apakan lagi ulama2 Hanabilah.

فالذي يطلق عليه مع هذه الأشياء الكفر أو على من سماه شيخ الإسلام, لا يلتفت إليه, و لا يعول في هذا المقام عليه, بل يجب ردعه عن ذلك إلى أن يراجع الحق و يذعن للصواب.

Maka seorang yang mengucapkan akan kekufuran beliau atasnya sedangkan wujudnya hal2 ini, atau mengkafirkan orang yang menamakan beliau " Syaikhul Islam " , tidak ditoleh kepadanya, tidak dipegang dalam hal ini kepadanya, bahkan wajib MENGHUKUMNYA hingga dia kembali kepada al-haq dan menerima kebenaran. "

[ dari penyokongan Ibnu Hajar terhadap kitab ibnu Nasir al-Deen al-Dimasyqiy. ]

Sumber: Ustaz Murad Said (https://www.facebook.com/UstazMuradSaid)

0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg