Islamiq.sg

Benarkah Syaikhul Islam Ibnu Taimiah Menjadi Asy'ari dari Tahun 707H Hingga Beliau Wafat 728H?



1) Orang yang terdekat dengan Ibnu Taimiah seperti Hafiz Ibnu Katheer sikit tidak sebut kisah taubat itu dalam al-Bidayahnya. Ibnu Katheer sebut panjang lebar kisah gurunya yang beliau kasihi hinggalah bagaimana beliau turut serta mandikan jenazahnya.

2) Hafiz Ibnul Qayyim mula jumpa belajar dengan Syaikhul Islam tahun 712H, ketika beliau masih berumur 21 thn. Ini berlaku lama selepas kisah ' taubat ' itu. Ibnul Qayyim telah bermulazamah dgn gurunya hingga wafat, 17 tahun lamanya. Siapa pernah baca kitab2 Ibnul Qayyim seperti Ijtima' Juyusy al-Islamiyah, Qasidah Nuniyah tentu tahu berapa 'salafi'nya beliau dan bagaimana beliau akui terpengaruhnya yang sangat besar dengan Ibnu Taimiah.

3) Hafiz Ibnu Abdil Hadi [705-744H] baru mula jumpa dan mulazamah dengan Ibnu Taimiah lama selepas tarikh 706 H, iaitu 5 tahun sebelum wafat Ibnu Taimiah. Beliau mempertahankan gurunya dalam menentang musuh beliau al-Subki dalam kitab al-Sarim al-Manki. Beliau juga memiliki kitab ' al-Kalam a'la Masalah al-Istiwa a'la al-Arsy ', yang merupakan seperti ringkasan kitab 'al-Arsy' seorang lagi gurunya, Imam Zahabi.

4) Hafiz Zahabi sampai ringkaskan kitab gurunya Minhaj Sunnah yang telah ditulis Ibn Taimiah lama selepas 707H. Ringkasan ini ditulis masa hayat ibnu Taimiah lagi tahun 720H. Siapa baca kitab ini tahu aqidah Ibnu Taimiah adalah aqidah Asya'ri atau akidah Salafi.


Mana dia kitab Ibn Taimiah yang mengandungi penyebaran aqidah Asya'ari?

Bahkan yang kita jumpa Ibnu Taimiah telah mengarang sejumlah besar kitab2 salaf dan rad terhadap Asya'irah pos-707H...

1) Dar'u al-Ta'arudh bayna Naqli wal Aqli, kitab yang rad Ghazali dan Fakhrurazi dll

2) Minhaj Sunnah

3) al-Qaidah al-Marakisyiyyah

4) al-Rad a'la al-Mantiqiyyin

5) al-Nubuwwat, kitab yang rad aqidah Asyairah tentang kenabian terutama sekali al-Baqillani

6) al-Furqan baina Auliyau Rahman wa Auliya al-Syaiton

7) al-Jawab al-Sohih

8) al-Safadiyah

9) Syarh al-Asbahaniyah

10) Tafsir ayat2 Asykalat di hari2 akhir beliau dalam penjara

Apakah ini kitab2 berbau Asy'ari dari seorang yang kononya telah taubat jadi Asy'ari selama 20 tahun hingga mati?

Musuh ketat beliau, Taqiyyuddin al-Subki juga tidak sedikit menyebut kisah 'taubat' ini. Ini selepas berbakul2 cemuhan tentang 'kesesatannya' yang beliau lontarkan kepada beliau.Sedangkan kisah ini antara yang sangat berharga bagi musuh2 beliau.


Imam Zahabi Berkata Ibnu Taimiah Tidak Pernah Tarik Balik Kata2 & Tulisan2nya

Imam Zahabi, murid dan seorang yang juga antara terdekat dengan gurunya mengatakan Ibnu Taimiah tidak pernah tarik balik kata2 dan tulisan2nya walaupun dipenjarakan sampai beliau meninggal dunia tahun 728H...

Setelah menukilkan pujian Imam Abul Fath al-Ya'muri yang diakhirnya :
... برز في كل فن على أبناء جنسه, لم تر عبني مثله و لا رأت عينه مثل نفسه. 
" Beliau ( Ibnu Taimiah ) cemerlang dalam semua ilmu melebihi anak2 bangsanya, mataku belum melihat seorang sepertinya, tidak pula mata beliau pernah melihat seorang seperti dirinya sendiri." 
قلت: قد سجن غير مرة ليفتر عن خصومه ويقصر عن بسط لسانه وقلمه وهو لا يرجع ولا يلوي على ناصح إلى أن توفي معتقلا بقلعة دمشق.."  
" Aku ( Zahabi ) berkata : Beliau telah dipenjarakan banyak kali supaya beliau hentikan bicaranya terhadap penentang2nya, dan supaya beliau diam dari lidah dan penanya, tetapi beliau tidak kembali dan tidak berpaling kepada penasihat hinggalah beliau meninggal dunia dalam penjara Damsyiq..."

[ kata2 ini dari kitab al-Mu'jam al-Mukhtas bil Muhaddithin tahqiq Dr Md al-Habib ,m/s 22. ]


Sumber: Ustaz Murad Said (https://www.facebook.com/UstazMuradSaid)



0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg