Islamiq.sg

HAD007: Pengertian yang Tepat Terhadap Berzikir dengan 99 Nama Allah (Bhg.2 - Berkenaan Bilangannya)

Labels: , ,




Kedua: Angka atau bilangan 99 itu bukannya pembatasan, malah Allah punya lebih daripada 99 Nama

‘Ulama telah berselisihan pendapat apakah penyebutan “99” di dalam hadis itu bererti hanya terbatas pada bilangan itu sahaja (الحصر) ataukah ia bukan bermaksud keterbatasan pada bilangan “99” (yakni Allah ada Nama-Nama lain selain 99 itu).

Jumhur (kebanyakan) ‘Ulama berpendapat dengan kesimpulan yang kedua, yakni bukan membawa erti “keterbatasan”. Al-Imam an-Nawawi menyatakan telah berlakunya al-Ijma‘ (kesepakatan) dengan kata beliau: 
“Tiada pada hadis itu maksud keterbatasan Nama-Nama Allah Ta‘ala dan bukan pula maknanya bahawa Allah tidak ada Nama-Nama lain selain 99 ini, malah maksud hadis itu adalah semata-mata pengkhabaran dapat masuk ke syurga siapa yang menyebutnya dan bukannya pemberitahuan bahawa Nama-Nama (Allah) terbatas dengan bilangan tertentu.”

(Kesimpulan) ini dikuatkan lagi dengan hadis Ibn Mas‘ud yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Hibban yang menyatakannya Sahih:

“أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك، أو أنزلته في كتابك أو علمته أحدا من خلقك أو استأثرت به في علم الغيب عندك...” 

Ertinya: “Aku bermohon kepadaMu dengan setiap Nama Mu, yang Engkau sendiri namakan Diri Mu denganNya atau yang telah Engkau turunkan di dalam Kitab Mu atau yang telah Engkau ajarkan seseorang dari makhluqMu atau yang Engkau rahsiakan di sisi Mu berupa Ilmu yang Ghaib…”

Kata al-Khattabi
“Di dalam hadis ini terkandung pengisbatan Nama-Nama ini yang dikhususkan dengan bilangannya dan tidak pula terkandung maksud terhalangnya bagi selainnya (daripada Nama-Nama) sebagai bilangan tambahan kepadanya kerana pengkhususan itu bermaksud bahawa ia adalah Nama-Nama yang paling banyak dan mendalam maknanya dan خبر kepada مبتدأ nya adalah من أحصاها dan bukannya لله seperti ungkapan: <Zayd ada 100 dirham yang telah dihitungnya untuk sedeqah> ataupun <‘Amru ada 100 helai baju, setiap seorang yang menziarahinya, akan dipakaikannya sehelai>.”

Al-Qurtubi juga telah menyebutkan yang seiras dengannya. Ibn al-Battal pula telah menukilkan kesimpulan al-Qadi Abu Bakar bin at-Tayyib bahawa Nabi shalllallahu 'alayhi wasallam menyebutkannya 99 dengan maksud agar berdoa dengan 99 ini yang ada di dalam al-Qur’an, sesuai dengan perintah di dalam ayat “maka berdoalah kalian dengannya (al-Asma’ al-Husna itu)” dan tidak dengan selainnya. Namun ini perlu diteliti, sebab dalam banyak riwayat-riwayat yang sahih, Nabi berdoa dengan menyebut Nama-Nama yang tiada di dalam al-Qur’an antaranya hadis Ibn ‘Abbas dalam Qiyamullailnya, baginda berdoa: أنت المقدم و أنت المؤخر dan lainnya…

Al-Fakhru Razi pula menukilkan daripada sebahagian pihak bahawa Allah mempunyai 4000 Nama. Allah rahsiakan 1000, ajarkan para Malaikat dan para Nabi sebanyak 2000 dan bakinya (1000) kepada umat manusia lainnya. Dakwaan ini perlu kepada dalil…

Adapun mengenai hikmah di sebalik bilangan 99, menurut al-Fakhru Razi, ia bersifat ta‘abbudi seperti halnya bilangan waktu solat dan lainnya…(dan sudut penilaian hikmah yang lain yang disebutkan ‘ulama).


Bersambung ke Bhg.3...

Disiapkan oleh Ustaz Abu Mazaaya
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg