Islamiq.sg

FIQ065: Riba Membeli Rumah

Labels: ,
Soalan:

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan, itu pun kalau Ustadz ada sedikit masa untuk menjawab.

Saya sangat bimbang tentang riba'. Skarang ni, kami sedang bayar rumah HDB 4 bilik kami pada sebuah bank, dan memang sudah terang ada interest yang kita terpaksa bayar. Kami juga telah bertukar bank, supaya interest yg kami bayar kurang dari bank yg lalu.

Bagaimana caranya untuk kami yg tinggal di flat HDB dpt mengelakkam diri dari pembayaran riba' ini? Mungkin Ustadz ada beberapa cara?

Wassalam

- Puan J. Jumaat (melalui Facebook)

Jawapan (disiapkan oleh Ustaz Abu Mazaaya):

Wa 'alaikumussalaam warahmatullaah,

Bismillaah wal hamdulillaah was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa aalihi wa ashaabihi wa man tabi'a hudaah, wa ba'd,

Puan J. Jumaat yang dimuliakan,


Semoga Allah merahmati puan sekeluarga dan sungguh Allah telah mengurniakan rahmatNya dengan memberi petunjuk kepada Puan dan suami untuk memelihara hukum-hukum Allah. Ini adalah ni'mat iman yang subur hidup dalam hati seseorang sehingga hatinya mendorongnya untuk sedar dan berusaha menjaga batas-batas Allah.


Semoga usaha Puan dan setiap peribadi seperti Puan yang berusaha untuk menjaga hukum-hukum Allah, antaranya dalam perkara ini, iaitu haramnya Riba, diterima sebagai amalan solih yag diberkati dan menambahkan lagi ni'mat Petunjuk kurniaan Allah dan kesejahteraan hidup dunia akhirat dengan dirahmati Allah sentiasa.

Sungguh, seseorang yang kembali kepada keterangan Allah dan RasulNya serta ajaran para Sahabat dan 'ulama' yang mewarisi ilmu mereka, adalah jauh lebih mulia dan jelas dirahmati Allah berbanding golongan yang tidak menuruti jalan tersebut.

Seandainya seorang Ustaz atau Ustazah sekalipun ada yang bergelumang dengan Riba, membayar interest untuk kereta Sportscar nya atau rumah gedung mahligainya, tiada rasa sedikit pun takut kepada ancaman Allah, tidak patuh kepada larangan Rasulullaah.
 



Amat pelik jika orang -orang ahli agama yang sepatutnya menjadi contoh tauladan, dalam mengelakkan diri daripada perkara yang haram, sepatutnya mengamalkan kezuhudan (tidak cinta dunia dan harta) boleh membeli kereta mewah yang tiada besar manfaatnya, lagi bergelumang dengan Riba yang lebih besar berbanding kereta biasa atau rumah sederhana menurut kadar keperluan.



Sungguh bertambah lebih buruk lagi bila dipaparkan di keretanya, seperti mendabik dada "Saya orang yang cinta Rasulullaah!"


Padahal:
1. Cinta Rasul dibuktikan dengan kepatuhan dan ikutan zuhudnya Rasulullah.
2. Cinta Rasul bukan untuk dipamerkan sebagai dakwaan dan pengakuan.

3. Selawat pun buat sembunyi2 kerana ia amalan sunnat amalan peribadi.

Ada pula Ustaz dan ada pula isterinya si Ustaz yang menguruskan Riba (diketahui kerana isterinya selalu pamerkan gambarnya di akhbar mengundang orang untuk berurusniaga dengan beliau), jual beli rumah, bukan melangsaikan Riba tetapi seringkalinya membantu orang "upgrade" dan menambah Riba dan beliau mengambil komisyennya dan Asatizah seperti ini, memakan hasil Riba, sungguh lumrahnya, mulut orang-orang seperti ini akan jadi celupar, berkata itu dan ini, dengan kebatilan mengenai urusan agama ini. 

Amatilah. Seperti "idiom" bahasa Inggeris: "You are what you eat" - orang yang makan yang haram tidak akan dapat jaga hukum Allah dengan hati dan mulutnya" begitu juga "orang yang diberi gaji oleh majikannya pada merubah hukum Allah ia berani lawan Allah kerana takut majikan marah". Allahul Musta'aan.

Saya perjelaskan ini, supaya Puan dan mereka yang seperti Puan, benar-benar bersyukur kepada Allah atas ni'mat Petunjuk ini, yang adakalanya kalangan bergelar Asatizah seperti saya, tidak mengecapinya ni'mat ini dan tidak sedar diri atau insaf. Semoga Allah memberi Petunjuk kepada setiap yang ikhlas. Amien.

Apa yang Puan boleh lakukan, semata-mata sebagai satu saranan:

  1. Puan berusaha jual rumah Puan untuk membeli rumah lain (tanpa perlu downgrade), yang jika tidak dapat menyelesaikan hutang (dan dengan itu tiada interest lagi) sekalipun, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar hutang dan Riba. Misalnya, Puan jual rumah di Pasaran Terbuka dan membeli rumah BTO ataupun lainnya, yang dijual murah oleh HDB. Yang demikian jika dalam kemampuan dan diperbolehkan menurut undang2 atau peraturan. Lain pemilik lain kes/keadaan.
  2. Atau di Pasaran Terbuka, rumah murah disebabkan pemiliknya perlu segera jual rumah  sperti rumah pusaka yang mahu diFaraidkan segera, menamatkan pertelagahan kerana perceraian dsbgnya. 
  3. Puan terpaksa "downgrade" (asal tidak kerugian dengan levy atau lainnya - kerana jika tidak hanya jadi bebanan baru), jika dengannya dapat langsaikan pembayaran. Tanyakanlah perkara-perkara ini kepada teman-teman yg berpengalaman ataupun agen yang Puan atau suami percayai atau pihak HDB
  4. Perbanyakkan doa supaya Allah yang Maha Kuasa, memudahkan usaha  dan menjayakannya, dalam pada Puan ingin menyelamatkan diri dari Riba.
Semoga Allah memudahkan usaha kita untuk mentaatiNya.
Sila lihat keterangan berikut untuk menguatkan kita lagi dalam usaha ini:

Hukum Riba: ia adalah Haram dengan keterangan al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma‘ dan al-Qiyas.
Allah  berfirman: 

Ertinya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba...Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Di dalam riwayat yang sahih: bahawasanya Nabi  bersabda:
 , لعن الله آكِلَ الرِّباَ وَ مُوْكِلَهُ وَ كَاتِبَهُ وَ شَاهِدَيْه ِ- ... و قال:  , وَ هُمْ سَوَاء  -
Ertinya: Allah melaknati si pengambil/penerima riba, si pemberi riba, jurutulisnya dan kedua-dua saksinya…kata baginda : Mereka semuanya sama (hukumnya).

Kaum muslimien (golongan ‘ulama’nya) telah bersepakat bahawa ia (riba) adalah haram dan (melibatkan diri) merupakan di antara dosa paling besar.

Riba adalah satu kezaliman yang amat nyata. Menurut aplikasi al-Qiyas, Syari‘ah yang adil ini mengharamkan kezaliman, justeru itu, riba dengan sendirinya sesuatu kezaliman yang nyata maka ia adalah haram.


Keburukan ar-Riba:

i.      Ia mematikan rasa belas ihsan yang ada pada jiwa manusia, sebab orang yang memakan riba tidak peduli akan keadaan orang yang berhutang yang menanggung bebanan bayaran “bunga” sehingga habis terhakis hartanya. Lantaran itu, Islam menganggapnya sebagai satu kemungkaran dan jenayah ekonomi yang amat besar dosanya, sebab ia bercanggahan dengan matlamat ajaran Islam yang amat menggalakkan sikap dan perbuatan at-Ta‘awun atau saling membantu, bekerjasama untuk kebaikan.

ii.       Riba menyebabkan permusuhan dan juga rasa saling membenci di antara sesama anggota masyarakat. Ia menjadi punca kepada persengketaan, permusuhan dan pemutusan silaturrahim serta menyamarakkan api fitnah.

iii.    Islam menjurus kepada pencapaian matlamat persamaan hak di antara ahli-ahli masyarakatnya dengan pengharaman Riba, agar orang berada, merasa telah cukup kaya dengan harta pokoknya, manakala orang yang fakir pula terselamat dan terpelihara daripada pemerasan tenaga dan usahanya serta kesusahannya. Dengan itu, golongan berada tidak “menghisap darah” dan menjadi “lintah darat” ke atas golongan yang susah dan kesempitan demi kesenangannya, sebagaimana yang lumrahnya berlaku, yang mana harta orang fakir yang diraihnya dengan bekerja bertungkus-lumus membanting empat keratnya, akhirnya menjadi harta yang memenuhi peti-peti golongan tertentu yang semakin bertambah kaya raya dan membuak simpanannya. Semuanya melalui pemerasan dan penganiayaan terhadap golongan tercepit dan fakir yang berpenat-lelah dan berhempas-pulas, yang tentunya adalah satu sumber dan saluran pendapatan yang tidak diizinkan Syari‘at, yang mencetus permusuhan dan persengketaan, yang dengannya masyarakat ditimpa berbagai musibah dan kegencotan.

iv.    Riba mengheret manusia hingga terjerumus ke dalam berbagai kesusahan yang akhirnya mereka tidak mampu menanggung akibatnya, yang kemungkinan juga terkena pada kehidupan orang yang mengamalkan mu‘amalah berunsur riba.

Keburukan riba terlalu banyak tidak terhitung, yang mana sebenarnya, memadai bagi kita untuk mengetahuinya melalui kefahaman bahawa Allah tidak mengharamkan dan tidak akan menegah kecuali bilamana sesuatu itu, mempunyai kemudaratannya dan kerana akan timbulnya keburukan daripadanya (jika tidak ditegah), ataupun kerana sesuatu itu, meskipun bermanfaat dan berfaedah, namun keburukan, kerosakan yang dihasilkannya serta kemudaratannya adalah lebih banyak. Kita memohon agar Allah menyelamatkan dan memelihara kita.

*       *       *

Berikut ini dikemukakan Qarar (Ketetapan) al-Majma al-Fiqh (Perhimpunan/Konvensyen ‘Ulama’ Fiqh) berkenaan hukum Mu‘amalah Bank yang berteraskan Faedah (Riba) dan hukum Mu‘amalah Perbankan Islam.


الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا محمد خاتم النبيين و على آله و صحبه 

قرار رقم (10)

Ketetapan no: 10

بشأن

Berkenaan

حكم التعامل المصرفي بالفوائد

و حكم التعامل بالمصارف الإسلامية

Hukum Mu‘amalah Bank berteraskan Faedah
dan Hukum bermu‘amalah dengan Bank-bank Islami

أما بعد
        
Bahawasanya Majlis Majma‘ al-Fiqh al-Islami (Persidangan ‘Ulama Fiqh dalam Perhimpunan Fiqh/Perundangan Islam) yang berangkai daripada penganjuran al-Muktamar (Konvensyen) al-Islami pada sesi pelancaran muktamarnya yang kedua di Jeddah bertarikh 10 – 16 Rabi‘ul Akhir tahun 1406H bersamaan dengan 22-28 Disember 1985M.

Setelah dibentangkan kajian-kajian yang berbagai mengenai mu‘amalah bank masa kini kepada persidangan. Begitu pula setelah dinilaikan dengan teliti segala yang telah dikemukakan beserta perbincangan yang bersekitar padanya yang tertumpu kepada penonjolan kesan-kesan buruk yang ada pada mu‘amalah ini ke atas Sistem/pentadbiran Ekonomi Dunia Sejagat dan pemerasan dan penaklukannya terutamanya ke atas negara-negara Dunia Ketiga.

            Selepas pengamatan mendalam terhadap apa yang ditimbulkan oleh sistem ini daripada kerosakan, hasil daripada pertentangannya terhadap apa yang ada di dalam Kitab Allah dari perkara-perkara pengharaman Riba, samada (urusniaga berunsur Riba itu ada pada) sebahagian ataupun keseluruhan, dengan pengharaman yang tegas jelas, ahli-ahli persidangan menyeru agar setiap pihak bertaubat daripada terus melakukannya – yakni bermu‘amalah dengan bank berteras faedah – dan agar mereka hanya menerima pemulangan wang pokok yang mereka pinjamkan tanpa ada penambahan dan tidak pula pengurangan, tidak kira banyak atau sedikit sekaligus menjelaskan apa yang dinyatakan sebagai ancaman berupa peperangan yang menghancurkan yang datang daripada Allah dan rasulNya ke atas golongan yang berurusniaga dengan Riba.

Mereka menetapkan:

Pertama: Bahawasanya setiap pertambahan atau faedah bagi pinjaman yang telah sampai tempohnya, yang mana peminjamnya tidak mampu untuk melunaskannya, yang dijadikan sebagai imbalan kepada penangguhan pelunasan hutang tersebut dan demikian juga pertambahan (atau faedah) ke atas hutang yang bermula sejak aqad dimeterai! Kedua-dua bentuk ini adalah Riba yang diharamkan Syara‘.

Kedua:   Bahawasanya alternatif yang menjamin kemudahan urusan kewangan (liquidity) dan yang membantu pembangunan dan kelancaran ekonomi – menurut bentuknya yang diredhai Islam – adalah bermu‘amalah menurut lunas-lunas hukum-hukum Syar‘iyah.

Ketiga:   Majlis persidangan juga menegaskan dengan sungguh-sungguh seruannya agar negara-negara yang ditadbir di bawah pemerintahan umat Islam menggalakkan bank-bank yang berurusniaga selaras dengan tuntutan Syari‘at Islam, menyediakan segala prasarana pertubuhannya di setiap negeri Islam, supaya dapat dipenuhi keperluan kaum muslimien sehingga stiap muslim tidak hidup dalam keadaan yang mana adanya percanggahan di antara keadaan kehidupan semasanya dan tuntutan-tuntutan aqidahnya.

و الله أعلم
Akhir nukilan.
   
Kita yang hidup pada akhir zaman penuh fitnah ini hampir tidak dapat melarikan diri dari Riba dan yang lainnya daripada perkara-perkara yang haram. Sebab itu Rasulullah umpamakan orang yang berpegang pada ajaran asal baginda pada akhir zaman, seperti orang menggenggam bara api. 

Namun dalam keadaan darurat, Allah telah mengajarkan kita dengan panduan, Surah al-Baqarah ayat 173:

Ertinya:
Maka barangsiapa yang dalam keadaan darurat terpaksa, sedang ia tidak suka/tidak mahu dan tidak pula melampau/berlebihan maka tiada dosa atas dirinya.
Walaupun ayat ini berkenaan memakan bangkai dan darah serta daging babi, dalam Ilmu Kaedah Fiqh,
Ia menjadi satu dasar:


  1. Kita bila dalam keadaan darurat, kita terpaksa dan bukan dengan kemahuan kita. Misalnya dalam hal ini, kita terpaksa "ada" rumah dan tidak mungkin hidup merempat di bawah jembatan. Kita terpaksa (lagipun dulu sebelum ada kesedaran) membeli rumah tempat tinggal kita dan anak-anak kita, yang dengannya terpaksa membayar Riba.
  2. Kita tidak suka membayar Riba dan berurusan dengan Riba kerana ia Haram dan Allah serta RasulNya laknat dan isytihar perang terhadap orang yang berurusan dengan Riba. Maka bilamana tak suka bererti kita benci lakukan yang Haram tetapi terpaksa, tiada pilihan. Apakah bila kita tidak suka, kita akan perbanyakkan urusan Riba dan bantu orang tambah2 Riba??? Mustahil.
  3. Bilamana kita bencinya, Allah tetap ingatkan kita dengan ayat ini, "Tidak berlebihan", bermakna kadar darurat itu sahaja, tidak menambah Riba malah berusaha melenyapkan Riba dalam hidup kita ataua mengurangkannya sedaya mampu.
  4. Hanya dengan sikap ini barulah "Allah ampunkan - tiada dosa baginya" jika tidak penuhi syarat-syarat tadi, jelasnya masih diperangi Allah maka bagaimana mungkin orang yang diperangi Allah mendapat RahmatNya dan kasih sayang serta PetunjuNya???
  5. Kita katakan pada orang yang anggap darurat tetapi tidak penuhi syarat2 itu tadi: Awak ni macam orang yang "selera sangat nak makan babi" dah lah tu, "bila ada peluang makan, makan satu ekor sekali", walaupun benar bila dah tiada makanan lain "diperbolehkan memakannya". Padahal makan yang syarat untuk "terus kekal hidup" bukan sampai kenyang satu ekor sampai tak boleh bangun.
  6. Bagi yang tidak anggap darurat dan seperti tidak haram, samalah macam dari awal ia anggap babi sekarang dah bersih, bila disembelih halal dimakan. 

Semasa saya seorang pelajar di Madinah dahulu, salah seorang guru, Syeikh Mukhtar Syingqiti hafizhohullaah bila ditanya keadaan kita di S'pura, beli rumah pasti ada Riba (tetapi kami tidak dapat atau sempat berikan beliau gambaran yang menyeluruh), 
Beliau tegaskan: Ada Rumah sewa? Kami jawab: Ada. Nasihat beliau: Sewalah terus-terusan sampai anda berpisah dari dunia ini. Itu lebih selamat daripada anda terlibat dengan perkara yang diisytiharkan perang oleh Allah. 

Tetapi bila Syeikh 'Athiyyah Muhammad Saalim, mantan Hakim dan Pensyarah Universiti, yang akhirnya mengajar di Masjid Nabawi rahimahullaah sehingga akhir hayat beliau ditanya tentang keadaan kaum muslimin di London/UK dengan tidak dapat lari dari mortgage jika membeli rumah. 
Beliau jelaskan: Itu Darurat, dan darurat ada kadar-kadarnya. Mohon ampun pada Allah dan jangan berlebihan hanya pada yang darurat. 
Seingat saya, menurut apa yang saya dengar sendiri daripada bibir beliau ketika belajar di kelas beliau, kurang lebih demikian yang beliau jelaskan. Wallahu a'lam. 

Beliau seorang yang luas pembacaannya yang mengetahui keadaan sebahagian kaum Muslimien di negeri-negeri luar. Saudara yang bertanya itu baru tanya sedikit, tentang keadaan beli rumah di UK, beliau telah sambungkan cakap/pertanyannya sekian-sekian - menunjukkan beliau tahu keadaan mereka dan itulah jawapan beliau.

Wallahu a'lam.      
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg