Islamiq.sg

FIQ062: Pembahagian Rumah Secara Faraid

Soalan:

Assalammualaikum wr.wb.

Alhamdulillah and thank you for the article on Faraid.

I'm attracted with the phrase in the article as follows "then it is the responsibility of the remaining owner(s) to distribute the said inherited wealth, in this case a house according to the Law of Faraid".

Usually, when one of the owners passed away, the other owner husband/wife together with the children will continue to stay in the house.

How do we distribute the wealth, in this case the house, when the other members of the family still need to reside in it?

If it is to be distributed "on paper" according to the faraid law, assuming that the house is fully paid, what portion should be awarded to the co-owner (eg. the wife, if she contributes only a portion of the house cost, maybe 10% only) before it is distributed according to the faraid law?

What if the house is partially paid?

Your further clarification is greatly appreciated.

Thank you.

Regards / Salam,

Muhammad Taufiq

--------------------

Jawapan:

1.Apabila seseorang manusia meninggal dunia, harta yang asalnya miliknya (barang pinjaman pemberian Allah), berpindah hak kepada Allah. Allah yang membahagikan harta peninggalannya itu.

2. Oleh kerana banyak berlaku pertelagahan dalam hal harta, Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil telah menetapkan bahagian setiap insan yang terdekat kepada si mati yang meninggalkan hartanya itu, bahagian masing-masing.

3. Hukum Faraid adalah suatu fardu yg mesti dilaksanakan oleh keluarga si mati terhadap harta peninggalannya, ia bukan satu pilihan, suka atau tidak suka. Manusia pandangnya adil atau bermaslahat atau tidak.

4. Islam ada menetapkan hukum-hukum lain dan agama Islam diamalkan secara "kaaffah", yakni pakej menyeluruh, bukan amal sebahagian sedangkan sebahagian lain diketepikan. Oleh itu, dalam hal "ihsan", "hak seorang ibu" "berbakti kpd kedua orang tua", "ihsan kepada janda dan anak yatim", "hak kerabat terdekat" dan lain-lain, semuanya itu ada diambil kira dan pada masa yang sama tidak menjadikan faraid mahupun hukum2 itu semua tadi terabai, ada yang diamalkan ada yang ditinggalkan, bahkan kesemuanya itu diamalkan.

5. Manusia yang ikhlas mencari keredhaan Allah sentiasa, akan berusaha mentaati Allah pada segala hukum Allah dan meyakini bahawa dengan mentaati Allah, ia akan mendapat kebaikan dunia akhirat, kebaikan bagi dirinya dan keluarganya sekaligus.

Setelah penerangan perkara-perkara tersebut, maka tidak sayugianya seseorang muslim yang benar-benar beriman mencari keredhaan Allah menggunakan berbagai "mechanism" ciptaan manusia dan lemah hujjahnya di sisi Syari'at untuk "mempertikaikan" hukum Allah iaitu ketetapan Faraidh, dengan menggunakan lawyer, will, nudzriah, hibah, atau lainnya yang tidak dii'tiraf kebanyakan 'ulama Islam sedunia daripada zaman terdahulu.

Maka rumah peninggalan anda, mesti dan wajib dibahagikan dengan faraidh...cuma soal technicality-nya cara pembahagiannya sahaja yang perlu diteliti agar tidak menjadi "kezaliman" pada mana2 pihak. Soal Faraid, tidak dipertikaikan mesti laksanakan kerana itu hukum Allah dan mengelak segala bentuk kezaliman juga adalah ketetapan Allah...apapun semua berpandukan hukum Allah bukan bikinan dan campur tangan manusia.

Sebelum huraian berikut ini, anda perlu jelas tentang pembahagian Faraid, berapa2 bahagiannya dan siapa2 yg berhak. Misalnya jika anak anda ramai, lelaki dan perempuan, adik beradik anda tiada hak lagi.

Ada 2 cara penyelesaian:

1. Rumah itu dijual dan daripada penjualannya, balu dan anak anda dapat beli rumah lain yang lebih kecil.

2. Ataupun rumah tersebut ditaksirkan harganya menurut pasaran, setiap yang berhak mendapat bahagian faraidnya secara "kiraan dgn taksiran". Balu dan anak anda akan dapat bahagian paling besar secara faraid. Misalnya harga rumah $350,000, maka setelah pembahagian faraid secara taksiran, kerana rumah tidak dijual, balu dan anak anda akan berikan pada ahli waris yang lain bahagiannya yang telah disepakati bersama. Misalnya bahagian balu anda $43,750 dan anak anda mendapat $200,000 misalnya, maka keseluruhan rumah itu bagi mereka secara bersama adalah $243,750 dan bakinya $107,000 milik ahli waris yang lain seperti ibu bapa anda misalnya. Maka rumah itu terus didiami balu dan anak anda tetapi ia "rumah pusaka" yang ada padanya bahagian ibu bapa anda selain balu dan anak anda.

Balu dan anak anda boleh membayar $107,00 tersebut dan berikannya kepada ibu bapa anda (ahli waris lain) yang dengannya, mereka pemilik (balu dan anak) rumah tersebut secara keseluruhan. Ini kembali kepadaq ihsan ahli waris lain, mahu segera dapat wang atau ihsan pada balu dan anak anda. Setiap kezaliman adalah dosa dan tidak diredhai Allah.

Andaikan jika balu anda "kahwin lagi", beliau tidak punya hak 100% malah ia lebih banyak milik si anak, tak pula suami barunya punya apa-apa hak terhadap rumah "pusaka peninggalan anda".

Manusia boleh berubah dan keadaan pun begitu juga...Allah Maha Adil Maha Mengetahui Maha Bijaksana...sebab itu yang terbaik hanya kembali kpd hukum Allah, selamat dunia akhirat.


- Jawapan disiapkan oleh Ustaz Hamzah Jummat (BA Madinah, MA UKM)

0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg