Islamiq.sg

MHJ003: Larangan Imam Empat Mazhab Untuk Bertaqlid

An email from our reader:

Recently there's a lot of issue on different opinions from different Imams.

I've read an interesting article on "Risalah Taqlid" by Ibn Qayyim. I believe many of our Muslims are still not comfortable to accept a different view from their usual understanding or what they have been thought by their teacher. I wish to share with you in event should you at any time wish to print this article or part of it.

- Rohana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maka, kami sajikan satu artikel yang serupa seperti artikel pembaca kita, Puan Rohana, untuk manfaat semua.

Larangan Imam Empat Mazhab untuk Bertaqlid Kepada Mereka


i. Imam Abu Haniefah :

a. “Jika telah jelas kesahihan sesebuah hadis maka itulah madzhab/pendapat ku.”[1]

b.“Tidak halal bagi seseorang untuk mengambil /mengikuti pendapat kami selama ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya (yakni mendapatkan dalilnya).”[2]

ii. Imam Malik bin Anas :

a. “Tiada seorang pun selepas Nabi kecuali semestinya diambil atau tertolak pendapatnya melainkan Nabi .”[3]

b.“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia biasa, aku adakalanya silap dan adakalanya betul, maka telitilah pendapatku; maka apa sahaja yang bersesuaian dengan Al-Kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah maka ambillah ia dan apa sahaja yang tidak bertepatan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah hendaklah kalian tinggalkannya.”[4]

iii. Imam asy-Syafi‘ie :

a.“Tiada seorang pun kecuali ia ada terlupa suatu Sunnah Rasulullah ataupun terselindung darinya (yakni tidak diketahuinya), maka tidak kira apa pendapatku yang aku pernah nyatakan, atau satu dasar/prinsip/kaedah yang aku telah tetapkan, sedang ada daripada Rasulullah apa yang bercanggah dengan apa yang telah aku nyatakan itu, maka penentunya adalah apa yang disabdakan oleh Rasulullah dan itulah yang menjadi pendapatku.”[5]

b.“Kaum muslimin telah bersepakat (ijma’) bahawasanya sesiapa yang telah jelas kepadanya sesuatu daripada Sunnah Rasulullah ; maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya (as-Sunnah) demi menuruti pendapat seseorang.” [6]

c. “Setiap apa yang aku katakan; sedang apa yang sahih daripada Nabi bercanggah dengan kata-kata/pendapatku, maka sudah tentu hadis Nabi itu lebih utama maka janganlah kalian menurutiku secara membuta tuli.”[7]

iv. Imam Ahmad bin Hambal :

“Usah anda bertaqlid (mengikut membuta tuli) kepada ku dan jangan pula bertaqlid kepada Malik, asy-Syafi‘ie, al-Auza‘ie, ats-Tsauriy dan ambillah daripada mana mereka ambil (dalil-dalil pegangan mereka).”[8]

at-Taqlid diperbolehkan pada peringkat awalnya kerana setiap orang asalnya tidak berilmu (sejak lahir), namun orang awam sebenarnya tidak layak bermadzhab dengan madzhab tertentu, kerana mereka bebas bertaqlied pada sesiapa yang mereka percayai dan kewajipan mereka hanya bertanyakan hukum dan mengikuti orang yang mereka percayai tersebut.

Namun, selayaknya mereka mempunyai sikap yang betul, iaitu sentiasa mencari yang terbaik, benar dan paling diredhai Allah, menurut kadar ilmu yang mereka ada dan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang dengannya mereka tidak ikut sembarangan.
-------------------------------------------

[1] Ibn ‘Abidien “al-Hasyiyah: 1/63” dan “Rasmul Mufti: 1/4" al-Fillaniy “Iqazul Humam” hal:62” dan lainnya. Ibn ‘Abidien menukil daripada “Syarh al-Hidayah” Ibnul Humam menyatakan: “Jika telah jelas kesahihan suatu hadis, biarpun ia bercanggah dengan Madzhab, hadislah yang dijadikan amalan dan itu menjadi madzhabnya dan orang yang bertaqlied tidak terkeluar dari Madzhab Hanafinya dengan beramal menurut petunjuk hadis tersebut. Sungguh telah sah dari Abi Haniefah ucapan beliau: Jika telah jelas kesahihan ….”. Imam Ibn ‘Abdil Barr telah meriwayatkannya..Inilah bukti keluasan dan kesempurnaan ilmu serta ketaqwaan mereka, yang mana mereka menjelaskan bahawa ilmu mereka tidak meliputi keseluruhan as-Sunnah dan Imam asy-Syafi’ee sendiri telah menegaskan yang sama seperti yang akan disebutkan. Mereka mungkin tersilap dan mencanggahi as-Sunnah yang belum sampai kepada mereka, maka mereka memerintahkan kita agar berpegang dengan as-Sunnah serta menjadikan apa yang dinyatakan as-Sunnah sebagai sebahagian dari Madzhab/pendapat mereka, semoga Allah merahmati mereka semuanya.

[2] Ibn ‘Abdil Barr “al-Intiqa’ fie Fada-il ats-Tsalatsah al-A-immah al-Fuqaha’: hlm.145, Ibnul Qayyim “I‘lamul Muwaqqi‘ien”: 2/309, Ibn ‘Abidien “Hasyiyah ‘ala al-Bahr Ra-iq”: 6/293, Rasmul Mufti hlm. 29& 32, asy-Sya‘rani “al-Miezan”: 1/55 – asy-Syeikh al-Albaniy: Jika demikian kata-kata mereka mengenai orang-orang yang tidak mengetahui dalil-dalil mereka, maka bagaimana pula agaknya kata-kata mereka mengenai orang yang mengetahui bahawa dalil (hadits yang shohih) bercanggah dengan pendapat mereka (para Imam) lalu ia berfatwa dengan apa yang bercanggah dengan dalil tersebut? Amatilah persoalan ini sebab ia memadai untuk ditinggalkan sikap mengikut membuta-tuli dan sebab itulah sebahagian syeikh-syiekh yang mengikut membuta-tuli menolak sandaran kata-kata ini kepada Abu Haniefah ketikamana saya menyangkal fatwa mereka yang mereka rujukkan kepada pendapat Abu Haniefah sedangkan mereka tidak mengetahui dalil yang dijadikan hujjah oleh Imam Abu Haniefah!

[3] Kata-kata ini benar sahih daripada beliau - Ibn ‘Abdil Hadi “Irsyadus Salik”: 227/1, Ibn ‘Abdil Barr meriwayatkannya “al-Jaami‘: 2/91”, Ibn Hazm Usul al-Ahkam: 6/145, 179 dari kata-kata al-Hakam bin ‘Utaibah dan Mujahid serta disebutkan juga oleh Taqiyuddien as-Subki “al-Fatawa: 1/148” daripada kata-kata Ibn ‘Abbas dan Mujahid telah mengambil kata-kata ini daripada Ibn ‘Abbas dan Malik pula mengambil daripada mereka berdua, semoga Allah meredhai beliau dan menjadi masyhur daripada Malik.

[4] Ibn ‘Abdil Barr “al-Jami‘”: 2/32 Ibn Hazm “Usul al-Ahkam”: 6/149

[5] Diriwayatkan oleh al-Hakim dengan sanadnya bersambung sampai kepada Imam Asy-Syafi’ee sendiri; sebagaimana yang ada di dalam “Tariekh Dimasyqi” oleh Ibn ‘Asakir 15/1/3 dan “I’lamul Muwaqqi‘ien”: 2/363 dan 364

[6] Ibnul Qayyim: 2/ 361, al-Fillaniy hlm. 68.

[7] Ibn Abi Hatim (hlm: 93), Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir (15/9/2) dengan sanad sahih.

[8] al-Fillaniy “al-Iqaz” hlm:113 dan Ibnul Qayyim “al-I‘lam”: 2/302.
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg