Islamiq.sg

Dorongan & Ancaman Puasa Ramadan

Labels: , ,

Dorongan untuk melaksanakan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan

1. Pengampunan dosa :

Allah yang Maha Bijaksana telah menggalakkan puasa pada bulan Ramadhan menjelaskan kelebihannya dan ketinggiannya. Sekiranya orang yang berpuasa itu, mempunyai dosa walau sebanyak buih di lautan sekalipun, akan diampunkan baginya dosa-dosanya dengan sebab ibadat yang baik dan berkah ini.

Daripada Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu daripada Nabi shallallahu 'alayhi wasallam sabda baginda :

من صام رمضان إيماناً و احتساباً غُفر له ما تقدم من ذنبه 
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan (akan kefardhuannya) dan muhasabah diri (mencari pahala dan inginkan pengampunan) diampunkan baginya apa jua dosanya yang lalu” [1]

Daripada beliau radhiyallahu 'anhu juga, daripada Rasulillah shallallahu 'alayhi wasallam yang telah bersabda :
 الصلوات الخمس و الجمعة إلى الجمعة ، و رمضان إلى رمضان
مكفِّرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر 
“Sholat lima waktu dan (menunaikan fardhu) satu jumu’at ke jumu’at yang lain serta (menyempurnakan kewajipan puasa) Ramadhan hingga Ramadhan adalah penebus dosa di antara semuanya itu, selama dosa-dosa besar dihindari.” [2]

Daripada Abi Hurairah juga radhiyallahu 'anhu :
أن النبي صعد المنبر فقال :  ) آمين ، آمين ، آمين( قيل يا رسول الله : إنك صعدت المنبر فقلت : آمين ، آمين ، آمين؟  فقال : ) إن جبرائيل u أتاني فقال : من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له
فدخل النار فأبعده الله . قل : آمين.  فقلت : آمين... 
“Bahawasanya Nabi shallallahu 'alayhi wasallam telah naik ke atas mimbar lalu bersabda : {Aaamiiin, Aaamiiin, Aaamiiin}. Lalu ditanyakan kepada baginda : Wahai Rasulullah, tuan hamba naik ke atas mimbar lalu mengucapkan : Aaamiiin, Aaamiiin, Aaamiiin? Jawab baginda : {Sesungguhnya Jibraa-iel telah datang kepada ku lalu menyampaikan : Sesiapa yang berkesempatan menemui bulan Ramadhan, lalu ia tidak diampunkan, maka ia masuk nereka lalu Allah menjauhkannya dari nereka. Ucapkanlah : aaamiin. Maka aku pun mengucapkan : Aaamiiin...}” [3]

2. Doa yang maqbul (diperkenankan) dan pembebasan dari neraka :

Baginda shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda :
 إن لله في كل يوم و ليلة عتقاءَ من النار في شهر رمضان ،
و إن لكل مسلم دعوةً يدعو بها، فيستجاب له
 
“Sesungguhnya bagi Allah, pada setiap hari dan malamnya bulan Ramadhan, hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka dan sesungguhnya bagi setiap muslim, suatu doa yang mustajab baginya, yang ia boleh berdoa dengannya.” [4]

3. Digolongkan dari kalangan Shiddiiqiin dan Syuhadaa :

Daripada ‘Amru bin Murrah Al-Juhaniy radhiyallahu 'anhu yang meriwayatkan : “Seorang lelaki telah datang menghadap Nabi shallallahu 'alayhi wasallam lalu berkata : Ya Rasulallah. Apa pandangan mu jika aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya anda adalah utusan Allah, aku mendirikan sholat lima waktu, aku tunaikan zakat dan aku berpuasa pada bulan Ramadhan dan aku lakukan qiyamnya, maka dari golongan manakah aku, jika begitu? Jawab baginda : (من الصديقين و الشهداء ) {Dari kalangan Shiddiiqiin dan Syuhadaa}.” [5]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ancaman terhadap orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dengan sengaja

Daripada Abi Umaamah Al-Baahiliy radhiyallahu 'anhu yang meriwayatkan : “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda :
 بينما أنا نائم أتاني رجلان فأخذ بِضَبُعي فأتيا بي جبلا وعرا فقالا : اصعد ، فقلت : إني لا أطيقه. فقالا : سنسهله لك. فصعدت ، حتى إذا كنت في سواد الجبل إذا بأصوات شديدة. قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ثم انطلق بي، فإذا أنا بقوم معلقين بِعَراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما. قال : قلت من هؤلاء؟ قال : الذين يفطرون قبل تحلّة صومهم ... 
“Sedang aku tidur, dua orang lelaki datang kepada ku lalu memegang dan menarik kedua lengan ku. Maka keduanya membawa ku ke sebuah bukit yang amat sukar pendakiannya sambil berkata : Dakilah.
Maka jawab ku : Aku tidak mampu mendakinya. 
Kata mereka : Kami akan memudahkannya bagi mu. Maka aku pun mendakinya sehinggalah aku sampai ke bahagian yang hitam gelap dari bukit itu dan aku mendengar suara-suara (pekikan) yang kuat. 
Tanya ku : Suara-suara apakah itu? 
Jawab mereka : Ini pekik telolongnya ahli neraka. Kemudian aku teruskan pendakian maka sampailah aku bertemu dengan satu kaum sedang mereka digantung dengan urat-urat peha dan urat belakang lutut mereka dan pipi-pipi mereka koyak rabak serta darah mengalir dari pipi-pipi mereka. 
Tanya ku : Siapakah mereka ini? 
Jawabnya : Mereka inilah orang-orang yang berbuka sebelum sampai masa halalnya untuk berbuka” [6]

Adapun apa yang diriwayatkan bahawa Nabi shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda :

 من أفطر يوما من رمضان متعمدا ، لا يجزئه صيام الدهر و إن صامه 
“Barangsiapa yang meninggalkan puasa satu hari pada bulan Ramadhan dengan sengaja (tanpa keuzuran), ia tiada gunanya puasanya sepanjang masa walaupun sekiranya ia melakukannya (puasa sepanjang masa).”

Ini adalah sebuah hadits yang dho’ief (lemah) tidak shohih.


Kajian dan Susunan: Ustadz Abu Mazaaya

-------------------------------------------

[1] Riwayat Imam Al-Bukhaariy (4/99) dan Imam Muslim (759).
[2] Riwayat Imam Muslim (233)
[3] Riwayat Imam-imam Ibn Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan Al-Baihaqiy (4/204) dari beberapa jalan periwayatan daripada Abi Hurairah. Ia adalah sebuah hadits yang shohih dan asal/dasarnya terdapat di dalam Shohih Muslim (4/1978). Di bawah tajuk yang sama, daripada beberapa orang Sahabat, sila rujuk : (Fadho-il Syahri Ramadhan mks : 25-34) karangan Ibn Syaahien.
[4] Riwayat Imam-imam Al-Bazzaar (3142), Ahmad (2/254) daripada Al-A’masy daripada Abin Sholih daripada Jaabir. Diriwayatkan juga oleh Imam Ibn Maajah (1643) daripada riwayat yang lain dan ia adalah sebuah hadits shohih. Doa yang mustajab itu ialah ketika ia berbuka sebagaimana yang akan dijelaskan. Sila rujuk juga : (Mishbaahuz Zujaajah : no : 604 karangan Imam Al-Bushoiriy.
[5] Yakni dari kalangan mereka yang benar tulus diterima Allah imannya seperti Sayidaana Abu Bakar dan ‘Umar dan para Sahabat lainnya. Manakala Syuhadaa adalah orang yang sanggup menggadai jiwa dan raganya demi menegakkan agama Allah sampai mati syahid.
Diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibbaan (no : 19 - di dlm Zawaa-idnya) dan sanadnya shohih.
[6] Riwayat Imam-imam An-Nasaa-i di dalam (Al-Kubro sbgmana yang terdapat di dalam Tuhfatul Asyraaf : 4/166), Ibn Hibbaan (no: 1800 - di dalam Zawaa-idnya) Al-Haakim (1/430) daripada periwayatan yang berbeza dpd ‘Abdir Rahmaan bin Yaziid bin Jaabir dpd Sulaim bin ‘Aamir dpdnya.



0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg