Islamiq.sg

FIQ048: Menziarahi & Berdoa Di Kubur IbuBapa

Labels: , ,
Soalan:

Assalammualaikum. Harap boleh memberi penjelesan mengenai email berikut.

Menziarahi kubur ibu ayah dan saudara mara kita yang sudah meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan dalam islam.


Nabi s.a.w. pernah berkata : Dahulu aku pernah melarang kamu ziarahi kuburan, tapi sekarang hendaklah kamu ziarahi mereka. ( Hadis riwayat Muslim daripada Burdah bin Hushaib al aslami).


Menziarahi Kubur adalah salah satu cara kita berbakti kepada orang tua yang sudah meningal dunia. Sebaik-baiknya kita pergi pada hari Jumaat atau khamis, atau sabtu seperti yang di jelaskan dalam hadis berikut.


Dari Muhammad bin Nu'man Nabi s.a.w bersabda. : Siapa yang menziarahi kubur ibu bapa nya pada setiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa nya dan mencatatnya sebagai anak yang berbakti (hadis riwayat Baihaqi)
Muhammad Taufiq (Melalui email)

Jawapan:

Wa 'alaikumussalaam wa rahmatullaah,

Bismillah walhamdulillah was solaatu was salaam 'alaa man laa nabiya ba'dah, nabiyyina Muhammad, wa 'alaa aalihi wa manittaba'a hudaah, wa ba'd.

Baarakallahu fiekum atas pertanyaan dan kepercayaan pada pihak kami dan mohon maaf jika kami terlambat memberi jawapan.

Adapun berkenaan kenyataan di dalam email:

Menziarahi kubur ibu ayah dan saudara mara kita yang sudah meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan dalam islam.


Nabi s.a.w. pernah berkata : Dahulu aku pernah melarang kamu ziarahi kuburan, tapi sekarang hendaklah kamu ziarahi mereka. ( Hadis riwayat Muslim daripada Burdah bin Hushaib al aslami).


Menziarahi Kubur adalah salah satu cara kita berbakti kepada orang tua yang sudah meningal dunia

Semuanya itu adalah benar, walhamdulillah, kerana ianya berdasarkan hadis yang sahih daripada Imam Muslim rahimahullah.

Daripada Buraidah bin Al-Hushoib رضي الله عنه katanya meriwayatkan:
Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku sebelum ini melarang kamu dari menziarahi kubur, maka kini ziarahilah ia [sebab ia mengingatkan kamu akan Akhirat], [dan hendaknya penziarahannya menambahkan kebaikan kamu], [maka barangsiapa yang ingin menziarahinya, maka pergilah ia ziarahinya dan jangan kamu mengatakan sesuatu (hujran) yang buruk dan bathil.” (3/65 dan 6/82)

Kata Al-Imam An-Nawawi رحمه الله di dalam Al-Majmuu’ (5/310):

“Al-Hujru: Kata-kata yang bathil, adapun larangan asal Nabi (dari ziarah kubur) adalah kerana hampirnya mereka dengan zaman Jahiliyah mereka, dikhuatiri mereka akan berkata dengan ucapan adat Jahiliyah yang bathil. Maka apabila dasar-dasar Islam telah kukuh pada diri mereka, telah terlaksana hukum-hukumnya, telah diketahui umum akan petunjuk-petunjuknya, diizinkan mereka untuk menziarahinya dan baginda masih bersikap waspada dengan pesanan baginda: {Jangan kamu katakan sesuatu yang buruk dan bathil}”

Namun keterangan selanjutnya:

Menziarahi Kubur adalah salah satu cara kita berbakti kepada orang tua yang sudah meningal dunia. Sebaik-baiknya kita pergi pada hari Jumaat atau khamis, atau sabtu seperti yang di jelaskan dalam hadis berikut.


Dari Muhammad bin Nu'man Nabi s.a.w bersabda. : Siapa yang menziarahi kubur ibu bapa nya pada setiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa nya dan mencatatnya sebagai anak yang berbakti (hadis riwayat Baihaqi)

Ia tidak selayaknya diterima kerana hadis yang dijadikan hujjah adalah hadis palsu, sebagaimana yang dinyatakan dan dijelaskan oleh asy-Syeikh al-Albaaniy rahimahullah di dalam Silsilat ad-Da'iefah: 49.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tabaraniy rahimahullah di dalam as-Saghier: hlm.199 dan al-Ausath: 1/84 dan daripada periwayatan ini al-Asbahaniy rahimahullah meriwayatkannya di dalam at-Targhieb 2/228 daripada jalan periwayatan (sanad): Muhammad bin Nu 'man bin 'Abdir Rahmaan daripada Yahya bin al-'Allaa' al-Bajaliy daripada 'Abdul Kariem, Abi Umaiyah daripada Mujaahid daripada Abi Hurairah secara marfu'.

  • Kata al-Asbahaaniy rahimahullah: (Hadis ini) Tidak diriwayatkan daripada Abi Hurairah kecuali melalui sanad ini (tiada sanad lain).
  • Muhammad bin an-Nu'man seorang yang Majhuul (tidak tersenarai sebagai perawi hadis yang dikenali) sebagaimana yang ada di dalam al-Lisaan.
  • Yahya pula telah disepakati oleh para Ahli Hadis sebagai seorang yang lemah.
    • al-Wakie' dan Imam Ahmad: "Seorang pendusta pereka hadis palsu"
    • Ibn 'Adiy juga menghukumkan beliau "pereka hadis palsu
  • al-Haitsamiy juga menghukumkan hadis ini da'ief (lemah - disangsikan daripada Nabi, bahkan daripada rekaan orang yang tidak amanah lalu mempergunakan nama para perawi, sahabat malah Nabi dalam membuat dusta).
Semoga jelas bahawa Ziarah Kubur adalah digalakkan secara umumnya selama mana tujuannya adalah "doakan" buat si mati dan diri sendiri serta "keinsafan dan pengambilan pengajaran berupa ingatan pada akhirat, pada bila-bila masa tanpa ketentuan. Apa jua perkara yang mengundang kemurkaan Allah wajib dielakkan.

Wallahu a'lam.
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg