Islamiq.sg

FIQ049: Menasabkan Anak Angkat

Labels: ,
Soalan:

Assalammualaikum.

Apabila seseorang itu mengambil anak angkat, apakah pendapat yang rajih untuk meletakkan nama 'belakangnya'? Bolehkah di'bin'kan Abdullah?

Atau diletakkan Abu selepas itu (nama bapa angkat)? Ataupun digantikan bin kepada 'maula'? Apakah pendapat Islam tentang hal in?

Terima kasih.

Dari Isa (melalui email)

Jawapan:

Wa 'alaikumussalaam wa rahmatullaah.

Anak angkat jika kita mengetahui nama bapanya yang sebenar, maka hendaklah di "bin/binti" kan kepada bapa kandungnya itu. Ini bersesuaian dengan perbuatan Nabi sallallahu 'alayhi wasallam dan para Sahabat radhiyallahu'anhum ajma'ien sebagaimana perintah Allah di dalam ayat Surah al-Ahzab:

"(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan...dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri.... Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul. Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab: 4-5)

Nabi sallallahu 'alayhi wasallam mempunyai anak angkat bernama Zayd dan orang biasa memanggilnya Zayd bin Muhammad. Dengan turunnya ayat ini, mereka mula memanggil beliau Zayd bin al-Haritsah. Jika kita tidak tahu nama bapanya, maka bolehlah kita menamakannya dengan ber-bin/binti "Abdullah atau Abdur Rahman" dan sebagainya daripada Nama-nama Allah (hamba Allah).

Adapun meletakkan "Abu", saya tidak tahu ada contohnya dan sebaiknya meninggalkan perkara yang tidak jelas, yang tiada contoh. Tetapi mungkin yang dimaksudkan adalah seperti 'Aisyah isteri Nabi sallallahu 'alayhi wasallam yang menggelarkan diri beliau "Ummu 'Abdillah" padahal beliau tiada anak dan 'Abdullah adalah anak saudaranya (anak kakaknya yang bernama Asmaa'). Jika demikian, wallahu a'lam, mungkin boleh dengan tidak berselindung tentang kedudukan anak itu sebagai anak angkat.

Adapun "maula" adalah untuk "bekas hamba sahaya yangg dimerdekakan" sedangkan hal ini adalah mengenai anak angkat bukan hamba sahaya. Maka tidak tepat jika diambil demikian dan bukan itu yang dimaksudkan dengan zahir ayat tadi. Wallahu a'lam.

*Jawapan ini telah disiapkan oleh Ustadz Hamzah Jummat

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg