Islamiq.sg

FIQ046: Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Bismillah wal-hamdulillah wa-salatu wa-salam 'ala Rasulillah, amma ba'd.

Terdapat fatwa seorang syeikh Ikhwanul Muslimeen yang membolehkan berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Sebuah fatwa yang serupa juga telah dikeluarkan oleh golongan Hizbut Tahrir di Indonesia.

Alhamdulillah, rata-rata masyarakat Islam Singapura sedia maklum dengan larangan berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Sayangnya, terdapat beberapa ahli agama dan para penuntut ilmu yang ingin berimej moden, progresif & inklusif yang fanatik terhadap gerakan Ikhwanul Muslimeen (yang juga telah menyebabkan rusuhan & bantahan di Mesir baru-baru ini, dan menyokong amalan para pengebom berani mati di Palestin) yang telah berhujjah dengan fatwa tersebut untuk mendatangkan fitnah dan mengisytiharkan “perbezaan pendapat yang wajib dihormati”.

Semoga siri artikel berikut bermanfaat kepada sekalian pembaca.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syubhat dan Bantahannya

Syubhat 1 :

Sabda Nabi :

إني لا أصافح النساء

Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan kaum wanita (yang bukan mahram.). (Lihat ash-Shohihah no. 226.)

Hal ini tidaklah memberikan pengertian larangan mutlak atas hukum jabat tangan dengan wanita bukan mahramnya, karena ia diucapkan berkenaan dengan baiat sahaja.

Jawapan 1:

Ini adalah persangkaan yang lemah, kerana kaedah para ulama menyatakan, bahwa “sebab yang khusus (suatu dalil) tidak diambil kira, selama lafadznya bersifat umum”, dan inilah keadaan sabda Nabi di atas, maka pengharaman jabat tangan dengan wanita (bukan mahram) berlaku secara mutlak.

Bahkan dalil-dalil yang melarang jabat tangan ketika baiat memberikan pengertian lain yang lebih kuat, iaitu : Kalau sahaja ketika baiat Beliau tidak menjabat tangan kaum wanita padahal secara asal, baiat itu dengan tangan dan berjabat tangan, maka jabat tangan dengan wanita di luar (baiat) itu lebih wajar untuk dilarang. (Adillah Tahrimi Mushofahah al-Ajnabiyyah karya Muhammad Ahmad Ismail al-Muqoddam, hal:36)


Syubhat 2 :

Jabat tangan dengan wanita bukan mahram sekarang ini telah menjadi sesuatu yang darurat, kerana adat ini begitu tersebar luas di masyarakat..

Jawapan 2 :

Tersebarluasnya jabat tangan dengan wanita bukan mahram, bukan keadaan darurat sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Kerana kebiasaan masyarakat tidak memiliki kekuatan untuk merubah hukum yang telah tetap berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Hukum yang boleh diubah oleh kebiasaan masyarakat adalah hukum yang dasarnya adalah adat istiadat masyarakat, sehingga akan berubah sesuai dengan adat istiadat masyarakat. (ibid, hal. 37)


Syubhat 3 :

Jabat tangan dengan wanita bukan mahramnya dibolehkan, jika berlandaskan niat yang bersih dan hati yang suci.

Jawapan 3 :

Syariat yang suci melarang suatu perbuatan yang boleh menimbulkan kerosakan tanpa mengambil kira niat pelakunya, kerana yang dinilai adalah akibat perbuatan tersebut. Selama akibatnya buruk, maka perbuatan yang menyebabkannya dilarang (kerana dinilai buruk juga). Hal ini sebagai upaya menutup pintu kerosakan, meskipun pelakunya tidak bermaskud melakukan kerosakan tersebut.

Apabila telah diketahui bahawa tujuan dan niat itu tersembunyi, maka yang tepat adalah tidak mengambil kira hal ini, kerana niat tidak dapat diukur, dan yang diambil kira hanyalah yang jelas ukurannya. Kerana syariat ini berlaku bagi semua manusia, bukan hanya bagi segolongan tertentu saja.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra III/139 menjelaskan :

"Sebab-sebab ini, apabila secara umum akan menimbulkan perbuatan haram, maka syariat mengharamkannya secara mutlak. Demikian juga apabila terkadang menimbulkan perbuatan haram dan terkadang tidak, akan tetapi tabiat manusia cenderung terjerumus didalamnya." (Adillah Tahrimi Mushofahah al-Ajnabiyyah karya Muhammad Ahmad Ismail al-Muqoddam, hal. : 18-19.)


Syubhat 4 :

Larangan berjabat tangan tidak berlaku apabila sang wanita adalah seorang yang tua tidak berupaya, berdasarkan riwayat Abu Bakar yang menyatakan :

أن رسول الله كان يصافح العجائز

Bahawa Rasulullah dahulu berjabat tangan dengan wanita-wanita tua.

Jawapan 4 :

Riwayat ini tidak boleh dijadikan dalil, kerana sumbernya tidak jelas, sebagaimana dikatakan oleh al-Imam az-Zaila’i dalam Nashbur Rooyah (4/ 240) : Gharib (yakni : tidak ada sumbernya).

Dengan demikian larangan berjabat tangan dengan wanita bukan mahramnya berlaku umum. Wallahu a’laam. (Mushoofahah al-Ajnabiyyah fii Miizaanil Islam hal. : 45-46.)


Sumber: Abusalma.net
Artikel Asal: "Jabat Tangan Terlarang" oleh Abu Zahra (Majalah adz-Dzakhirah al-Islamiyah edisi Syawwal 1428H)
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Loading...
Pengumuman

Pengumuman sepadu barisan asatizah mengenai syarikat Riyaadhul Huffadz
Subscribe to us:


Unique Visitors:
Join Our Mailing List

Name:
Email: