Islamiq.sg

FIQ042: Insurance

Labels: ,
Insurance (التأمين التجاري)

Definisinya: Ia adalah suatu aqad yang menjadikan salah satu pihak bertanggungjawab iaitu pihak penjamin (insurer/المُؤَمِّنُ) menunaikan pembayaran pampasan/gantirugi berupa harta kepada pihak yang lain iaitu yang dijamin (the insured/المُؤَمَّن ُلَه) yang disepakati oleh kedua belah pihak, diserahkan ketika berlakunya sesuatu yang merbahaya/kemalangan dan kerugian yang nyata menurut apa yang ada di dalam aqad dan yang demikian itu sebagai gantian kepada pembayaran yang dinamakan (premium/قِسْط التأمين)[1] yang dibayar oleh pihak yang dijamin sebagaimana yang dinyatakan di dalam (insurance policy/عَقْدُ التأمين) polisi insurans, maka kedua belah pihak tersebut adalah:

1. penjamin (insurer/المُؤَمِّنُ) : syarikat atau jabatan 

2. yang dijamin (the insured/المُؤَمَّن ُلَه): pembayar premium.


Hukumnya: Kata Asy-Syeikh Muhammad bin Ibraahiem Aali Asy-Syeikh:

Insurance adalah bercanggah dengan Syarie’ah Islaamiyah kerana ia mengandungi beberapa perkara:


1. Gharar dan Jahaalah serta Mukhoa-thorah (مخاطرة) , yang merupakan dari perbuatan pemakanan/pengambilan harta manusia dengan cara yang baathil.


2. Menyerupai pertaruhan/perjudian kerana bagaimanapun ia mesti ada unsur/ciri Al-Muqaamarah (المقامرة)


Secara keseluruhannya, maka setiap yang meneliti aqad ini dengan pengamatan yang mendalam, akan mendapatinya tidak sesuai/tidak selaras dengan sesuatu dari aqad-aqad yang disyari’atkan (dibenarkan Syari’at) dan tidak diambil kira/tidak dii’tiraf soal keredhaan kedua belah pihak, tetapi yang diambil kira keredhaan kedua belah pihak ialah di dalam mu’aamalah yang dilaksanakan dan didirikan atas dasar-dasar keadilan Asy-Syarie’ah.
 

قرار هيئة كبار العلماء
(Ketetapan Panitia/Jawatankuasa Ulama Besar)
 
Majlis Panitia Ulama Besar telah mengeluarkan suatu ketetapan berkenaan Insurance  (التأمين التجاري) bernombor 55 pada tarikh: 4/4/1397H – 24/3/1977 dengan begitu panjang dan terperinci yang tidak dapat ditukil keseluruhannya kerana keadaan yang terbatas, maka bagi saya memadailah untuk sekadar menukil beberapa perenggan daripadanya dan pembaca bolehlah membuat rujukan sendiri, disebutkan di dalamnya berikut ini:
 
 


Pertama: Aqad Insurans (التأمين التجاري) adalah dari aqad-aqad pampasan kewangan/harta secara perkumpulan yang mengandungi gharar yang buruk dan baginda صلىالله عليه و سلم telah melarang dari penjualan bersifat gharar[2].


Kedua: Ia adalah satu ragam dari berbegai ragam perjudian/pertaruhan kerana adanya ancaman/bahaya penganiayaan di dalam pampasan/gantirugi kewangan/harta, juga dari perkara hukuman/denda tanpa perlakuan jenayah/kesalahan, keberuntungan tanpa modal atau modal yang tidak berbalas atau pengembaliannya tidak mencukupi (atau keberuntungan tanpa bayaran yang memadai).


Ketiga: Ia dari Cagaran yang haram (الرِهان المحرم-Mortgage)[3] yang tidak diharuskan kecuali apa yang membantu menjayakan agama Islam dan Nabi صلىالله عليه و سلم telah menentukan dibolehkan Ar-Rihaan hanya pada kaki unta, kaki kuda (الخف و الحافر - hoof)[4] dan (النَصْل) besi mata lembing, mata anak panah atau mata pisau/pedang[5] semata-mata, manakala Insurans tidak tergolong di dalam perkara-perkara tersebut…..(secara ringkas).

Adapun Majlis Perhimpunan Fiqh Islam (مجلس المَجْمَع الفقه الإسلامي) yang dianjurkan oleh Penganjur Muktamar Islam (منظمة المؤتمر الإسلامي) maka ia telah mengeluarkan satu ketetapan - bernombor 2 - di dalam pusingan kedua di Jeddah pada tanggal 10.06.1406 bersamaan 19.02.1986 dinyatakan di dalamnya:


Sesungguhnya, aqad Insurans (التأمين التجاري\التأمين بقسط ثابت) yang dijadikan bahan mu’aamalah oleh syarikat-syarikat Insurans adalah aqad yang padanya terdapat gharar yang besar sifatnya yang menjadikan aqad itu faasid. Justeru itu, maka ia adalah haram di sisi Syara’.


Adapun Majlis Perhimpunan Fiqh (مجلس المَجْمَع الفقهي) di Mekkah Al-Mukarramah maka ia telah mengeluarkan - bernombor 5 – dinyatakan di dalamnya:

Selepas pengkajian yang memadai dan saling bertukar pandangan di dalam masalah ini Majlis Perhimpunan Fiqh secara sepakat (Ijma’) menetapkan selain Asy-Syeikh Mustafa Az-Zarqaa, pengharaman Insurans dengan segala jenis dan ragamnya samada nyawa (life- النفس), harta benda perniagaan (sales property - البضائع التجارية) dan selain itu.

Maka demikianlah, Perhimpunan-perhimpunan fiqh yang ilmiyah Syar’iyah (menurut Syarie’ah) telah mengharamkan Insurans, sebab ia adalah pintu besar dari pintu-pintu gharar dan hanya Allah yang Mengurniakan Taufiq.


Ketiga-tiga majlis semuanya mengharuskan – dengan berlandaskan dalil syar’ie (Syarie’ah) “Aqad Jaminan Untuk Bantu-membantu” (التأمين التَعاوُني). Maka Majlis Perhimpunan Fiqh Islam (مجلس المَجْمَع الفقه الإسلامي) yang dianjurkan oleh Penganjur Muktamar Islam (منظمة المؤتمر الإسلامي) mengungkapkan:


Bahawasanya aqad yang berupa alternatif yang bersesuaian dan memelihara Dasar-dasar Mu’aamalah Islam, adalah aqad “التأمين التَعاوُني” yang berdiri atas asas dengan sukarela menghulurkan bantuan dan saling bantu-membantu.

Panitia Ulama Besar pula menyimpulkan di dalam Ketetapannya –bernombor 51 – pada tanggal 4.4.1397 – 24.03.1977:    
 
Sesungguhnya “التأمين التَعاوُني” adalah dari aqad-aqad berbentuk sukarela tanpa balasan untuk menghulur bantuan yang menjadi matlamat Dasar-dasar Ta’aawun (saling Bantu membantu) pada ketika menghadapi bahaya atau ancaman bahaya, begitu juga perkongsian di dalam memikul tanggungjawab sewaktu menghadapi bencana alam dan malapetaka dan yang demikian itu dilaksanakan dengan cara pemberian sumbangan oleh beberapa orang berupa wang ringgit, yang dikhususkan sebagai gantirugi buat orang yang ditimpa suatu kemudharatan atau kecelakaan dan ini mampu dan memadai untuk menggantikan Insurans atau “التأمين التجاري” .



[1] Kamus Dewan juga menyebutkan: premium=sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans.

[2] Gharar: Ketidakpastian, iaitu samada pada harga, barang yang bakal dimiliki, tempoh milik atau waktu barangan dimiliki ataupun kemampuan/kuasa untuk memilikinya dsbgnya dan dlm konteks ini wang pampasan yang bakal dimiliki mungkin langsung tidak didapatkannya.

[3]Asal maknanya: Jaminan hutang dengan sesuatu barang/benda/perkara sebagai jaminannya – Mengambil dan menyimpan/memegang suatu harta sebagai jaminan hak milik yang dikenakan ke atas orang lain yang berhutang/meminjam. Dalam Bahasa Inggeris: (noun) a legal arrangement by which you borrow money from a bank or similar organization in order to buy a house and pay back the money over a period of years/ (verb) to give someone, usually a bank, the right to own your house, land or property if you do not pay back the money they lent you within a certain period of time- Longman Dictionary of Contemporary English (pg 924-925)   

[4] Hoof adalah Bahasa Inggerisnya bagi perkataan “Khuff”, “Haafir”Mu’jam Lughatul Fuqahaa: 172. The hard foot of an animal such as horse, cow, camel etc (plural:hooves)

[5] Blade (Inggeris) yakni keseluruhan perkara-perkara yang dibolehkan berkaitan dengan kelengkapan buat berjihad.
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg