Islamiq.sg

FIQ045: Fatwa Hukum Bermuamalah Dengan Bank Riba

Labels: , ,
Berikut ini dikemukakan Qarar (Ketetapan) al-Majma al-Fiqh (Perhimpunan/Konvensyen ‘Ulama’ Fiqh) berkenaan hukum Mu‘amalah Bank yang berteraskan Faedah (Riba) dan hukum Mu‘amalah Perbankan Islam.

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا محمد خاتم النبيين و على آله و صحبه

قرار رقم (10)

Ketetapan no: 10

بشأن

Berkenaan

حكم التعامل المصرفي بالفوائد

و حكم التعامل بالمصارف الإسلامية

Hukum Mu‘amalah Bank berteraskan Faedah

dan Hukum bermu‘amalah dengan Bank-bank Islami

أما بعد

Bahawasanya Majlis Majma‘ al-Fiqh al-Islami (Persidangan ‘Ulama Fiqh dalam Perhimpunan Fiqh/Perundangan Islam) yang berangkai daripada penganjuran al-Muktamar (Konvensyen) al-Islami pada sesi pelancaran muktamarnya yang kedua di Jeddah bertarikh 10 – 16 Rabi‘ul Akhir tahun 1406H bersamaan dengan 22-28 Disember 1985M.

Setelah dibentangkan kajian-kajian yang berbagai mengenai mu‘amalah bank masa kini kepada persidangan. Begitu pula setelah dinilaikan dengan teliti segala yang telah dikemukakan beserta perbincangan yang bersekitar padanya yang tertumpu kepada penonjolan kesan-kesan buruk yang ada pada mu‘amalah ini ke atas Sistem/pentadbiran Ekonomi Dunia Sejagat dan pemerasan dan penaklukannya terutamanya ke atas negara-negara Dunia Ketiga.

Selepas pengamatan mendalam terhadap apa yang ditimbulkan oleh sistem ini daripada kerosakan, hasil daripada pertentangannya terhadap apa yang ada di dalam Kitab Allah dari perkara-perkara pengharaman Riba, samada (urusniaga berunsur Riba itu ada pada) sebahagian ataupun keseluruhan, dengan pengharaman yang tegas jelas, ahli-ahli persidangan menyeru agar setiap pihak bertaubat daripada terus melakukannya – yakni bermu‘amalah dengan bank berteras faedah – dan agar mereka hanya menerima pemulangan wang pokok yang mereka pinjamkan tanpa ada penambahan dan tidak pula pengurangan, tidak kira banyak atau sedikit sekaligus menjelaskan apa yang dinyatakan sebagai ancaman berupa peperangan yang menghancurkan yang datang daripada Allah dan rasulNya ke atas golongan yang berurusniaga dengan Riba.

Mereka menetapkan:

Pertama: Bahawasanya setiap pertambahan atau faedah bagi pinjaman yang telah sampai tempohnya, yang mana peminjamnya tidak mampu untuk melunaskannya, yang dijadikan sebagai imbalan kepada penangguhan pelunasan hutang tersebut dan demikian juga pertambahan (atau faedah) ke atas hutang yang bermula sejak aqad dimeterai! Kedua-dua bentuk ini adalah Riba yang diharamkan Syara‘.

Kedua: Bahawasanya alternatif yang menjamin kemudahan urusan kewangan (liquidity) dan yang membantu pembangunan dan kelancaran ekonomi – menurut bentuknya yang diredhai Islam – adalah bermu‘amalah menurut lunas-lunas hukum-hukum Syar‘iyah.

Ketiga: Majlis persidangan juga menegaskan dengan sungguh-sungguh seruannya agar negara-negara yang ditadbir di bawah pemerintahan umat Islam menggalakkan bank-bank yang berurusniaga selaras dengan tuntutan Syari‘at Islam, menyediakan segala prasarana pertubuhannya di setiap negeri Islam, supaya dapat dipenuhi keperluan kaum muslimien sehingga stiap muslim tidak hidup dalam keadaan yang mana adanya percanggahan di antara keadaan kehidupan semasanya dan tuntutan-tuntutan aqidahnya.

و الله أعلم
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg