Islamiq.sg

Fatwa-Fatwa Puasa Arafah Bersamaan Wuquf


(شبكة مستقبل الإسلام): شيخنا أعلنت بعض الدول كأندونيسيا والباكستان أن عيد الأضحى سيكون يوم الأحد بينما يوم عرفة في بلاد الحرمين يوم الجمعة، فهل يصوم المسلم مع المسلمين أم يتابع دولته في هذه الشعيرة؟
(الشيخ): بما أن عرفة في مكة المكرمة وجميع الحجاج يقفون في يوم واحد فإن التاريخ المعتبر ما يتواطأ عليه المسلمون تبعاً لبلاد الحرمين فهي المؤتمنة على حج المسلمين أما اعتماد بعض الدول على الحساب الفلكي، فلا يلتفت إليه، والله أعلم.


Admin Mustaqbalul Islam: Wahai Syeikh kami, sebahagian negeri seperti Indonesia dan Pakistan telah mengiklankan bahawa ‘Eidul Adha jatuh pada Hari Ahad sedangkan Hari Arafah di Tanah Haram pada Hari Jumaat, maka apakah seseorang muslim itu berpuasa bersama-sama (serentak dengan waktu berwuqufnya) kaum Muslimin (di Arafah) atau ia mengikuti negerinya dalam perkara keagamaan yang sedia diketahui ini?

Asy-Syeikh Saliem ‘Eid al-Hilaliy: Bilamana ‘Arafah itu adalah di Mekkah al-Mukarramah dan semua jemaah Haji berwuquf pada satu hari yang sama, maka tarikh yang mu‘tabar (yang dijadikan ukuran dan panduan hukum) adalah apa yang disetujui seluruh kaum muslimien (dalam berwuquf) sebagai ikutan kepada negeri Tanah Haram maka itulah sandaran yang terjamin bagi hajinya kaum muslimien. Adapun pergantungan dan penyandaran sebahagian negeri kepada perkiraan (Hisab) Falak, maka usahlah diambil kira. Wallahu a‘lam.


Daripada artikel wawancara bertajuk: التنبئة والتعرفة في أحكام صيام يوم عرفة
_____________________________________________


صيام يوم قبل يوم عرفة
س: هل نستطيع أن نصوم هنا يومين لأجل صوم يوم عرفة؛ لأننا هنا نسمع في الراديو أن يوم عرفة غداً يوافق ذلك عندنا الثامن من شهر ذي الحجة؟
ج : الحمد لله ، يوم عرفة هو اليوم الذي يقف الناس فيه بعرفة، وصومه مشروع لغير من تلبس بالحج، فإذا أردت أن تصوم فإنك تصوم هذا اليوم، وإن صمت يوماً قبله فلا بأس، وإن صمت الأيام التسعة من أول ذي الحجة فحسن؛ لأنها أيام شريفة يستحب صومها؛ لقول النبي - صلى الله عليه وسلم - ?: "ما من أيام العمل الصالح فيهن خير وأحب إلى الله من هذه الأيام العشر" قيل: يا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله، ثم لم يرجع من ذلك بشيء" رواه البخاري. وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم .

منتقاة من فتاوى اللجنة الدائمة لإفتاء


Berpuasa satu hari sebelum Hari Arafah

Soalan: Apakah kita boleh berpuasa 2 hari di sini demi melaksanakan puasa Hari Arafah, sebab di sini, kami dengar melalui radio bahawa Hari Arafah (di Saudi) esok yang bersamaan dengan Hari ke-8 Dzulhijjah di sisi kami (di negeri kami)?

Jawapan: Alhamdulillah, Hari Arafah adalah hari yang mana manusia (jemaah Haji) semua berwuquf di Arafah dan berpuasa (pada hari tersebut – yang mana jemaah haji berwuquf) adalah disyari‘atkan bagi orang yang tidak melaksanakan haji. Maka jika anda ingin berpuasa, maka anda berpuasa pada hari tersebut (hari jemaah haji berwuquf) dan sekiranya anda berpuasa satu hari sebelumnya, maka tiada salahnya dan seandainya anda berpuasa kesembilan-sembilan hari awal bulan Dzulhijjah maka ia juga baik, sebab ia adalah hari-hari yang mulia yang mustahab/digalakkan puasa padanya (sembilan hari tersebut), berdasarkan sabda baginda:

"ما من أيام العمل الصالح فيهن خير وأحب إلى الله من هذه الأيام العشر" قيل: يا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله، ثم لم يرجع من ذلك بشيء"


“Tiada hari-hari lain yang mana amalan salih itu lebih baik padanya dan lebih dicintai Allah daripada kesepuluh hari-hari ini. Ditanyakan: Wahai Rasulullah walaupun Jihad pada Jalan Allah? Jawab baginda: walaupun Jihad fie Sabilillaah, kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa raganya dan hartanya dan tidak pulang dengan sesuatu apapun (mati syahied)”. Diriwayatkan oleh al-Bukhariy.

Allah jua yang Mengurnia Petunjuk dan selawat serta salam ke atas Nabi kita Muhammad dan ahli keluarga dan pengikut baginda serta para Sahabat.

Dinukilkan daripada: Fatwa-fatwa al-Lajnah ad-Da-imah (no: 4052).
Sumber: http://www.alifta.net
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg