Islamiq.sg

FIQ026: Gugur Solat Jumaat & Zuhur Pada Hari Raya?

Labels: , ,
Mereka yang mengatakan gugur Jumuat dan Zuhur sekali dari siapa yang telah solat E'id :

Ini adalah pendapat Atha bin Abi Rabah rahimahullah seorang dari kalangan Tabi'en. Beliau telah mengkhabarkan bahawa :



(( صلى بنا ابن الزبير في يوم عيد في يوم جمعة أول النهار, ثم رحنا إلى الجمعة فلم يخرج إلينا فصلينا وحداناً ابن عباس بالطائف, فلما قدم ذكرنا ذلك له, فقال : أصاب السنة. ))


"Ibnuz Zubair telah solat mengimami kami pada hari raya pada hari Jumuat permulaan siang, kemudian kami pergi untuk solat Jumuat, tetapi beliau tidak keluar, maka kami solat sendirian2. Ibnu Abbas ketika itu ada di Taif, apabila beliau datang kami ceritakan perkara tadi kepada beliau, maka beliau berkata : " Dia telah menepati sunnah ". " [ِAbu Daud, #1072]

Ini adalah pendapat asy-Syaukany rahimahullah, maka beliau berkata dalam Nailul Authar ( 3/348 ) setelah meriwayatkan riwayat lain dari Ibnuz Zubair:

"Zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan zolat Zuhur. 
Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumuat jika gugur dengan salah satu sisi yang diperkenankan, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya untuk mengerjaka solat Zuhur. Ini adalah pendapat Atha'. 
Kelihatan bahawa orang2 yang berkata demikian kerana Jumuat adalah pokok. Dan anda telah tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah subhanahu wa taala bagi hamba2nya pada hari Jumuat ialah solat Jumuat, maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa meninggalkan solat Jumuat kerana uzur atau tanpa uzur perlu dalil !, dan tidak ada dalil yang layak untuk dipegang sepanjang yang aku ketahui."


Berkata pengarang Aunul Ma'bud pensyarah kitab Sunan Abi Daud :
"Aku berkata : Ini adalah kata2 yang batil. Dan yang sahih adalah apa yang dikatakan al-Amir al-Yamany ( Imam Sonany ) dalam Subulus Salam. Berkata Ibnu Taimiyah dalam al-Muntaqa setelah membawa riwayat tadi dari Ibnuz Zubair : "Kataku : hanyasanya penerangannya ini adalah bahawa Ibnuz Zubair berpendapat boleh dicepatkan solat Jumuat sebelum zawal lalu dicepatkan dan dia menganggap ia melepaskan dari solat E'id."


Jawapan As-Sonany rahimahullah terhadap kata2 Asy-Syaukany rahimahullah:

Berkata As-Sonany pengarang Subulus Salam tentang riwayat Atha tadi :

" Kataku : Tidak samar2 lagi bahawa Atha telah mengkhabarkan bahawa Ibnuz Zubair tidak keluar untuk solat Jumuat, dan yang demikian bukan sebuah nas yang Qati'ey bahawa beliau tidak solat Zuhur dirumahnya, maka memastikan bahawa adalah mazhab Ibnuz Zubair gugur solat Zuhur hari Jumuat dari mereka yang telah solat E'id dengan riwayat ini tidak sohih. Kerana kemungkinan beliau solat Zuhur dirumahnya.

Bahkan dalam kata2 Atha' bahawa mereka solat sendirian2 iaitu Zuhur menyerlahkan bahawa bahawa tidak seorangpun yang berpendapat bahawa gugur solat Zuhur. Dan tidaklah dapat dikatakan bahawa beliau memaksudkan bahawa mereka solat Jumuat sendirian2, kerana solat Jumuat tidak sah dikerjakan melainkan dengan berjamaah secara ijmak. 
Kemudian pula, kata2 bahawa pokok ( asal ) pada hari Jumuat adalah solat Jumuat dan Zuhur adalah ganti ( badal ) darinya adalah satu pendapat marjuh ( dilemahkan ). Bahkan Zuhurlah fardhunya yang asli, yang difardhukan malam Isra' Mikraj, adapun pengfardhuan Jumuat datang lewat selepasnya. Kemudian pula jika terlepas solat Jumuat, wajib Zuhur secara Ijmak., maka Jumuat adalah ganti dari Zuhur. Kami telah mentahqiqkannya dalam sebuah risalah yang tersendiri." ( Subulus Salam : 2/113, Aunul Ma'bud : 3/287 )

Kata2 yang serupa telah dikatakan oleh Imam al-Khattaby rahimahullah, pensyarah Sunan Abi Daud:
"...dan ini ( perbuatan Ibnuz Zubair )tidak boleh melainkan bagi orang yang bermazhab boleh dicepatkan solat Jumuat sebelum zawal. Maka menurut itu Ibnuz Zubair telah solat Jumuat maka gugurlah solat hari Raya dan Zuhur. Kerana jika Jumuat telah gugur sedangkan ia amat diberatkan, solat Eid lebih2 layak gugur dengan Jumuat, adapun jika dicepatkan Eid maka perlu solat Zuhur pada waktunya jika tidak solat Jumuat." ( al-Mughny : 3/243 )
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg