Islamiq.sg

FIQ024: Sholat Jumaat Pada Hari Raya

Labels: , , ,
Soalan: Apakah solat dua hariraya atau istisqa ( solat minta hujan ) jika bertepatan dengan hari Jumuat menggantikan solat dan khutbah Jumuat ?

Jawab: Solat Jumuat tidak gugur dari mereka yang telah solat istisqa', dan kami tidak ketahui seseorangpun dari ahli ilmu yang mengatakan demikian, adapun jika bertemu hari raya dengan hari Jumuat, maka gugur kewajipan hadir solat Jumuat dari mereka yang telah solat hari raya melainkan imam, maka wajib dia hadir ke masjid dan solat Jumuat bersama yang hadir, dan wajib atas yang tidak hadir solat Jumuat dari kalangan mereka yang telah hadir solat hari raya untuk melaksanakan solat Zuhur setelah masuk waktunya, dan kehadirannya ke Jumuat dan solat Jumuat bersama orang ramai afdhal.




و بالله التوفيق و صلى الله على نبينا محمد و آله و صحبه و سلم

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء

Ketua
Abdul Aziz Bin Abdillah Bin Baz

Naib Ketua Lajnah
Abdul Razaq A'fify

Anggota
Abdullah bin Qu'ud


Sumber:
Majlis Fatwa Saudi Arabia,
No. 6936 , Juzuk 8, m/s : 330-331

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Telah ditanya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah tentang dua lelaki yang berselisih tentang hari raya apabila menepati hari Jumuat, berkata seorang dari mereka: "Wajib solat Eid, dan tidak disolat Jumuat." Berkata yang satu lagi: "Hendaklah solat Jumuat."

Apakah yang benar dalam masalah ini ?

Jawab:

Alhamdulillah, apabila bersatu Jumuat dan Eid pada hari yang sama, ulama dalam masalah ini mempunyai 3 pendapat :

Pertama : Wajib ber-Jumuat atas mereka yang telah menyaksikan Eid, sepertimana wajib sekelian Jumuat-Jumuat lain menurut dalil-dalil umum yang menunjukkan wajibnya Jumuat.

Kedua : Gugur ( Jumuat ) dari orang-orang dusun, seperti ahli A'waly dan Syawaadz; sebagaimana Usman bin 'Affan meringankan bagi mereka agar meninggalkan Jumuat apabila dia mengimami mereka pada solat Eid.

Ketiga : Dan ia adalah benar :- barangsiapa yang telah menyaksikan Eid gugurlah darinya Jumuat, akan tetapi wajib atas imam mendirikan Jumuat agar siapa yang ingin menyaksikannya dapat menyaksikan, dan ( untuk ) mereka yang tidak menyaksikan solat hari raya. Dan inilah yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alayhi wasallam dan para sahabatnya, seperti Umar, Usman, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Ibnuz Zubair dan selain mereka. Dan tentang perkara ini tidak diketahui sebuah khilaf dari kalangan sahabat.

Dan mereka-mereka yang berpendapat dengan dua pendapat yang pertama tidak sampai kepada mereka sunnah dari Nabi shallallahu 'alayhi wasallam tentang perkara ini, ( iaitu ) apabila berkumpul pada harinya dua hari Raya, Nabi shallallahu 'alayhi wasallam melaksanakan solat Eid kemudian memberikan kelonggaran meninggalkan Jumuat.

Dalam sebuah lafaz baginda telah bersabda :

(( أيها الناس, إنكم قد أصبتم خيراً. فمن شاء أن يشهد الجمعة فليشهد, فإنا مجمعون ))

"Wahai manusia, kamu telah mendapat kebaikan, barangsiapa yang suka menyaksikan Jumuat silakan, Kami akan berjumuat !"

Dan juga, apabila telah disaksikan solat hari raya, tercapailah maksud berkumpul beramai-ramai ( ijtima' ). Kemudian hendaklah dilaksanakan solat Zuhur jika tidak solat Jumuat, maka jadilah Zuhur pada waktunya, dan Eid menghasilkan maksud Jumuat. Sedangkan mewajibkan Jumuat atas manusia adalah sebuah kesempitan atas mereka, dan mencacatkan maksud Eid mereka dan apa-apa yang disunnah bagi mereka seperti bergembira dan ceria pada hari itu.

Maka jika mereka ditahan dari yang demikian, batal-lah maksud dari Eid tadi. Dan kerana hari Jumuat adalah hari Raya, begitu juga hari Fitri dan Nahar, adalah kebiasaan Syara' apabila berkumpul dua ibadat yang sejenis, dimaksudkan salah satu darinya kepada yang satu lagi. Seperti dimasukkan wudhu dalam mandi ( ghusul ). Wallahu A'lam.

Sumber:
Majmu' Fatawa (cetakan Obeikan), Juzuk 24, m/s 114
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg