Islamiq.sg

Eid Perlu Mengikut Penguasa

Labels: , , ,
Syaikhul Islam rahimahullah telah ditanya: 

Mengenai penduduk sebuah kota sebahagian mereka telah melihat anak bulan (petanda masuknya awal bulan – 1hb) Dzul hijjah sedang penguasa kota tersebut tidak memutuskan demikian, apakah mereka boleh berpuasa pada hari yang zahirnya (dengan ketetapan pihak berkuasa) adalah hari ke-9 sedangkan secara batinnya ia adalah hari yang ke-10?


Beliau pun menjawab: 

Ya. Mereka berpuasa pada hari yang ke-9 menurut yang zahir yang diketahui di sisi kebanyakan orang walaupun pada masa yang sama itu adalah hari yang ke-10 walaupun dianggarkan bahawa rukyah tersebut benar-benar ada, sebab di dalam As-Sunan daripada Abi Hurairah daripada Nabi shallallahu 'alayhi wasallam bahawasanya baginda telah bersabda:
"Waktu Puasa kamu adalah hari yang kamu sekelian beramai-ramai berpuasa dan Hari Raya kamu adalah hari kamu sekelian beramai-ramai berhari raya dan Hari Korban kamu adalah hari kamu sekelian melakukan korban." [Diriwayatkan oleh Abi Dawud, Ibn Maajah dan At-Tirmidzi yang menghukumkannya shohih]

Daripada ‘Aa-isyah radhiyallahu'anha yang telah meriwayatkan: Rasulullah telah bersabda:
"Hari Raya ‘Iedul Fithri adalah hari yang manusia semua berhari raya dan Hari Raya Korban adalah hari yang manusia semua melakukan korban." [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi]

Amalan ini tetap dipegang dan diamalkan oleh para Imam Muslimien semuanya. Sebab manusia sekiranya berwuquf di ‘Arafah pada hari ke-10 secara tersilap, maka wuquf mereka itu tetap diterima sah menurut kesepakatan para imam.

Adalah hari itu dikira sebagai Hari ‘Arafah bagi mereka. Adapun sekiranya mereka berwuquf pada hari ke-8 secara tersilap, maka soal samada ia sah atau tidak, diperselisihkan oleh ulamaa, yang lebih jelas, wuqufnya sah juga dan itulah salah satu pendapat di dalam Madzhab Maalik, Madzhab Ahmad dan lainnya.

Kata ‘Aa-isyah :
“’Arafah itu adalah hari yang diketahui oleh manusia”

Dasarnya adalah kerana Allah subhanahu wa ta'ala mengaitkan hukum tersebut dengan Hilaal (penglihatan anak bulan - moon) dan bulan (month), Firman Allah subhanahu wa ta'ala :
"Mereka bertanya kepadamu perihal bulan-bulan sabit maka katakanlah ia adalah penentu waktu bagi manusia dan (penentu waktu) haji."

Hilaal adalah nama/perkataan bagi sesuatu yang diiklankan atau diisytiharkan yang dinyatakan dengan lantang. Maka jika ia terbit di langit tetapi manusia tidak menyedarinya dan mereka tidak berteriak kerana melihatnya maka ia tidak dikira suatu Hilaal. Begitu juga Asy-Syahr (month) diambil dari perkataan kemasyhuran, maka bilamana ia tidak masyhur di kalangan manusia maka tidak dikira “syahr” (month) atau suatu bulan baru sudah bermula.

Sebenarnya, yang menjadikan ramai manusia keliru di dalam masalah ini adalah kerana sangkaan mereka bahawa bilamana sahaja ia telah terbit/kelihatan di langit, malam itu telah dikira awal bulan tidak kira samada ia telah nyata kepada orang ramai dan telah mereka teriakkan dengan penglihatannya atau tidak, dan ia tidak demikian. Malah semestinya ia menjadi nyata kepada manusia dan mereka berteriak mengisytiharkan penglihatannya. Oleh kerana itulah Nabi bersabda :
"Puasanya kamu adalah hari yang orang ramai berpuasa dan Berhari Rayanya kamu adalah hari yang mana orang ramai berhari raya dan Hari Raya korban kamu adalah hari orang ramai melaksanakan korban."

Yakni hari ini adalah hari yang kamu tahu sebagai waktu berpuasa, waktu berbuka (berhari raya) dan melaksanakan korban, maka jika kamu tidak mengetahuinya maka tiada kena mengenanya dengan Hukum sedang berpuasa pada hari syak (yang diragui) apakah ia hari ke-9 DzulHijjah atau ke-10 Dzulhijjah adalah diharuskan tanpa ada perselisihan di kalangan ulamaa sebab dasarnya/asalnya tidak berlakunya hari ke-10 sebagaimana kalau mereka syak/ragu-ragu akan hari ke-30 dari bulan Ramadhan, apakah telah terbit Hilal (anak bulan) atau belum maka mereka tetap teruskan puasa pada hari yang diragui tersebut dengan kesepakatan ulamaa, dan hari syak/diragui sebenarnya adalah hari yang mana ada diriwayatkan mengenai dibencinya berpuasa pada hari yang diragui adalah (yang diragui) awal Ramadhan kerana asal hukum Sya’baan masih ada.

Sumber: Majmuu’ Fataawaa juz 25 mks 202 
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg