Islamiq.sg

Pahala Bacaan Untuk Si Mati - Imam al-Qurtubiy




Benarkah Imam al-Qurtubiy rahimahullah telah menyokong amalan menyedekahkan amalan bacaan al-Qur'an untuk si mati?

Sebagai seorang penuntut ilmu yang bijak menilai, perlu kita menanyakan beberapa soalan:

1) Dari manakah sumber nukilan tersebut? Seorang pengkaji atau penulis Muslim yang jujur dan amanah sewajarnya menyatakan sumber rujukan apabila ia berhubungkait dengan hal agama.

2) Apakah latarbelakang penulis? Sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam akhbar, pihak yang menyampaikan fahaman keliru seperti Ashaari Muhammad (al-Arqam) dan Anwar al-Awlaki sering tidak berlatarbelakang pendidikan agama formal yang tinggi.

Berikutnya, kami paparkan nukilan sebenar dari kitab Imam al-Qurtubiy rahimahullah. Semoga bermanfaat, insha Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

{Nukilan dari Imam al-Qurtubiy - Tafsier Surah an-Najm}






Firman Allah Ta ‘ala:
 
“Dan tiadalah (ganjaran) bagi seseorang insan itu, kecuali apa yang telah diusahakannya.”

Ada diriwayatkan (periwayatan ini disangsikan dan bukannya yang telah pasti sahih benar kerana penggunaan kalimat "ruwiya" dalam teks Arab) daripada Ibn ‘Abbas bahawa ia (ayat ini) mansukhah (telah dimansukhkan hukumnya) dengan Firman Allah:

Surah at-Tur:21
 
Ertinya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

Maka anak yang masih kecil mendapat manfaaat dalam timbangan bapanya dan golongan bapa mendapat syafaat dengan syafaat golongan anak dan begitu juga golongan anak dengan (syafaat) golongan bapa dan yang beliau maksudkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala:

An-Nisaa: 11


Kebanyakan Ahli Ta’wiel (Tafsir kerana itu asal makna takwiel di sisi ‘ulama terdahulu sebelum berlakunya kemasukan falsafah dan hawa nafsu dalam pentafsiran al-Quran atas nama Ta’wiel) pula mengatakan:
Ia adalah ayat muhkamah (masih dikuatkuasakan hukumnya, tidak dimansukhkan). Tiada seorang pun mendapat manfaat daripada amalan seorang yang lain. Mereka juga bersepakat (ijma’) bahawa tiada seorang pun boleh menunaikan solat bagi pihak orang lain.

Imam Malik pula tidak memperbolehkan untuk dilaksanakan Solat, Haji dan sedeqah bagi pihak si mati (untuk pahalanya dihadiahkan kepada si mati), cuma beliau ada mengatakan:
Jika si mati telah berwasiat untuk ditunaikan haji bagi pihaknya, kemudian ia meninggal dunia, diperbolehkan untuk menghajikannya (tunaikan badal haji bagi pihaknya).

asy-Syafi‘ie dan ‘ulama lainnya pula memperbolehkan perlaksanaan haji sunnat bagi pihak si mati….

{Akhir Nukilan dari Imam al-Qurtubiy}


Kesimpulan:

Imam al-Qurtubiy hanya mendatangkan riwayat yang mana derajat kesahihannya disangsikan daripada Ibn ‘Abbas yang dikatakan telah menyatakan bahawa ayat ini telah dimansukhkan. Kemudian beliau menyebutkan bahawa kebanyakan ahli tafsier menyatakan bahawa ia tidak mansukh bahkan tetap berkuatkuasa hukumnya yang dengannya mereka tegaskan: tiada orang lain akan mendapat manfaat daripada amalan orang lain. Ertinya amalan si hidup untuk dimanfaatkan sebagai amalan si hidup yang lain (orang lain) ataupun amalan si hidup untuk si mati. Ini hukumnya secara umum. Kemudian Imam al-Qurtubiy sebutkan apa yang mereka sepakati daripada amalan yang tidak boleh dimanfaatkan orang lain dan apa pula yang mereka berselisihan pendapat mengenainya.

Maka beliau sebutkan mereka sepakat solat yang dilakukan seseorang, tidak boleh dimanfaatkan orang lain. (Kalau diperbolehkan, golongan kaya hanya tinggal upahkan orang-orang miskin yang ahli ibadat untuk “tolong” solatkan solat-solat fardhu mereka dan mungkin pakej solat sunnat sekali dan orang miskin dan orang ketagihan wang akan berlumba-lumba menyediakan servis-servis tambahan sebagai tarikan, termasuk servis sedeqah wudhu, zikir dan bacaan al-Qur'an). Maksudnya orang lain yang masih hidup ataupun telah mati.

Beliau sebutkan pula perkara yang mereka perselisihkan seperti haji, puasa dan sedeqah. Imam Malik berpendapat tidak “berpindah pahala” dalam perkara itu semua. Ramai ulama lain memperbolehkan dalam hal haji sunnat walaupun tanpa wasiat.

Pada akhirnya, Imam al-Qurtubiy mengatakan bahawa:

{Nukilan dari Imam al-Qurtubiy}




Ada banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada pendapat ini (yang berpendapat amalan seseorang boleh bermanfaat bagi orang yang lain dengan keluasan Rahmat Allah dan IhsanNya dalam hal sedeqah harta – kerana beliau bermaksud memperbetulkan pendapat Imam Malik yang menjadi ikutan utama masyarakat beliau di Cordova=Qurtubiy) dan bahawasanya seorang mukmin akan sampai kepadanya pahala amalan salih daripada orang lain dan telah banyak disebutkan daripadanya (hadis-hadisnya) bagi yang mengamatinya dan tiada perselisihan dalam hal sedeqah (harta) sebagaimana yang ada dalam awal Kitab Muslim (bahagian Muqaddimahnya) daripada ‘Abdullah bin al-Mubarak. Dalam as-Sahih pula (Sahih Muslim 1631 – hadisnya) “Apabila seorang insan meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali 3…” dan di dalamnya (disebutkan) “Anak yang solih yang mendoakan untuknya” semuanya ini adalah dengan Sifat PemurahNya Allah azza wa jalla sebagaimana Dia menggandakan pahala satu amalan baik jadi berlipat ganda….

{Akhir Nukilan dari Imam al-Qurtubiy}

Wallahu a'lam.
3 comments:

"Who does more wrong than those who invent a lie against God?" - Surah 11 Verse 18.

Quran Reading for sale ?! Subhanallah. Inventing a lie against Allah seems to come in packages these days - Bid'ah, Syi'ah, Sufi, Syirik, Ta'asub, Adat-Adat, Akal-Akal, Firqah-Firqah - under the pretext of da'wah.

Whatever it is, Lau Kaana Khairan, Lasabaquuna Ilaihi = Kalau Sekiranya Perbuatan itu Baik, Tentulah Para Sahabat Telah Mendahului Kita Mengamalkannya = safe method in matters of religion, such that those Muslim Intellectual ulama would strive to be meticulous in their da'wah to suit this methodology, may ALLAH pardon them for any errors in judgement.

But those pseudo-intellect would resort to word-twisting or ill-fitting any quotations, hadith dhai'f/palsu, khurafat/tahyul to accumulate their ill-gotten gains in the name of Islam, while inventing bogeymen out of the ulama salafussoleh who exposed their frailties in understanding and practising Islam as per the sahabat Radhiallahu 'Anhum Jami'ian.

A typical case of word-twisting (putar-belit) is Ence' Mazdiuky's translation of Imam Syafi'i r.h fatwa from abhorring Sufism to adoring Sufism - see Belitan Iblis above, while others resort to name-calling like Wahabi, or khurafat of free-gift Zamzam Khatam Quran 600000 times to promote Haj Agency (BH 30 July 2010), pledge of Bai'at to one Syeikh so you cannot learn from other Syeikh - and then these Sufi proponents have the audacity to cry out loud that they are the vanguards of Mazhab Syafi'i !

"Repeat a lie again and again, and it will become the truth" - a common modus operandi by those pseudo-intellect in Islamic garbs preying on the gullible with impunity, worse than any known con-men like Farwill or Sunshine or Lehmann bros.

If a non-Muslim abusing the Halal cert to smuggle non-halal items into the kitchen is a crime, an Islamic preacher twisting the Islamic teachings for commercial gains is unspeakable, ALLAHUL MUSTA'AN.


Barakallahu Feekum Islamiq.sg admin atas penjelasan agar kami dapat menghargai fatwa Imam Syafi'i yang di perlekehkan oleh golongan yang seringkali memperjuangkan amalan arus perdana ( mainstream ) dan mengaku pula berMadzhab Syafi'i.

Apakah lagi cara Bid'ah yang ahli agama kita nak kelong umatt Islam agaknya?

Sepatutnya ahli Quran kita jelaskan maksud AlQuran dengan tafsir fahaman dan praktis para sahabat tapi AlQuran setakat dihafal macam parrot ditafsir ikut fahaman akal dan guru masing2 dan dibaca untuk diperniagakan dengan berbagai package untuk menarik customer$.

Kemudian kita dipersilakan ikut mana2 pendapat, tak kira hadith sahih,hadith palsu atau hadith lemah? Rembat sajer.....janji hadith sua...."Berlapang dada" lah beb....

Kalau cara ibadah macam gini, dah sama macam nak bikin epok epok, terpulang macam mana nak buat.....asalkan sedap sudah....asal niat baik nak kasi jiran????


kullu bid'atin dhalalah wakulla dhalalatin finnaar...

setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka..


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg