Islamiq.sg

Pahala Bacaan Untuk Si Mati - Imam Ibn Katsier


Mengenai pahala bacaan:

Al-Hafiz Ibn Katsier rahimahullah ketika mentafsirkan ayat Firman Allah:
 
“Dan tiadalah (ganjaran) bagi seseorang insan itu, kecuali apa yang telah diusahakannya.”

{Nukilan dari Imam Ibn Katsier - Tafsier Surah an-Najm}

“Yakni sebagaimana tidak dipertanggungkan ke atas dirinya dosa orang lain, maka demikianlah pahala orang lain, tidak akan diperolehinya kecuali apa yang diusahakannya secara peribadi. Daripada ayat inilah al-Imam asy-Syafi‘ie, semoga Allah merahmati beliau dan ulama lainnya yang menuruti pendapat beliau, berpegang dengan pendapat bahawa pahala bacaan Al-Quran tidak akan sampai kepada si mati biarpun jika ia dihadiahkan kepadanya kerana ia bukan dari amalan si mati dan bukan pula dari usaha si mati dan sebab itulah Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam tidak pernah menggalakkan ummatnya pada perkara demikian dan tidak pula menunjukkan mereka agar melakukan demikian dengan satu nas pun, tak pula isyarat dan tiada pula ditukil atau diriwayatkan dari seorang pun Sahabat baginda.


Seandainya ia suatu perkara yang baik tentunya merekalah orang yang paling utama melakukannya dan menggalakkannya sedang bab (perkara) peribadatan adalah kembali kepada nas semata-mata dan tidak boleh dicampurkan dengan qiyas-qiyas dan pendapat-pendapat manusia.”

{Akhir Nukilan dari Imam Ibn Katsier}

Kata Imam al-‘Izz bin ‘Abdis Salam rahimahullah di dalam al-Fatawa: 24/2- tahun 1692:
“Barangsiapa yang melakukan suatu ketaatan kepada Allah Ta‘ala, kemudian ia menghadiahkan pahalanya kepada seorang lain yang hidup ataupun mati, tidak akan diperpindahkan pahalanya kepada orang lain itu, kerana 
{Dan tiadalah (ganjaran) bagi seseorang insan itu, kecuali apa yang telah diusahakannya} 
justeru, jika ia mula melaksanakan suatu ketaatan dengan niat agar ia akan didapatkan oleh si mati, ia tidak akan mendapatkannya, kecuali apa yang telah sedia dikecualikan oleh Syara‘ (bahawa ia bermanfaat bagi si mati dengan nas) seperti sedeqah, puasa dan haji.”

Kesimpulan:

Apa yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Katsier daripada al-Imam asy-Syafi‘ie rahimahullah adalah merupakan pendapat kebanyakan ulama dan segolongan daripada al-Hanafiyah sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zabiediy di dalam “Syarh al-Ihya’”: 10/369. (Dengan ini juga diketahui kekeliruan dakwaan Ibn Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughnie: 2/569 berkenaan adanya Ijma‘ pada perkara “sampainya pahala bacaan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia”, sedangkan antara orang yang paling utama mencanggahinya adalah al-Imam asy-Syafi‘ie rahimahullah)

Wallahu a'lam
4 comments:

assalamualaikum.
bismillah.

bolehkah ana memberi zakat fitrah dengan menggandingkan beras dan gandum kepada yang memerlukan?

syukran


Jawapan dari Ustaz Abu Mazaaya:

Wa 'alaikumussalaam.
Bismillah walhamdulillah was solaatu was salaam 'alaa man laa nabiya ba'dah wa 'ala aalihi wa man waalaah,
wa ba'd.

Jika dirujukkan pada penjelasan di artikel RAM010: Ringkasan Zakat Fitrah, dapat difahami bahawa yang Rasulullah ajarkan adalah:

1. 1 sa' (2kg+) samada beras, barli, gandum.

2. Apa yang kita sedia maklum, timbangan dan sukatan bahan-bahan ini berbeza-beza, berat ringannya dan banyak sedikitnya.

3. Bilamana di dalam hadis itu menjelaskan satu-satu jenis bahan makanan (tanpa dicampur-campurkan) maka sebaiknya kita kembali kpd keterangan nas (teks hadis) nya dan tidak melakukan yang tiada dalam keterangan.

4. Lagipun 'ulama' biasanya melakukan Qiyas antara permasalahan zakat dan riba. Bilamana di dalam hal riba, hanya yang sama jenis sahaja berlaku padanya riba fadhl, berlainan jenis/bahan makanan tidak, maka hukum "percampuran bahan2 makanan" ini tidak sama dengan hukum satu-satu bahan/jenis makanan secara tersendiri.

Oleh itu, usah dicampurkan antara beras dan gandum, Wallahu a'lam.


Syukran Ustaz Abu Mazaaya.

Barakallahu fik.


Berita Harian 26 Ogos 2010 pg.2 :-

Quran Reading For SALE !

Hanya $250 Buat 2 Nama Arwah.




Berita Harian 26 Ogos 2011 pg.2 :-
Quran Reading For SALE !

Bacaaan Surah Yaasiin oleh johan musabaqah Singapura, hanya $100 untuk 1 Nama Arwah.

Bacaan Surah Yaasiin oleh johan musabaqah Asia Tenggara, hanya $500untuk 1 Nama Arwah.

Bacaan Surah Yaasiin oleh johan musabaqah International, hanya $1,000 untuk 1 Nama Arwah.


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg