Islamiq.sg

AQD018: Sifat 'Uluw - Nas-Nas al-Qur'an

Labels: ,

Terdapat beberapa pihak yang menyebarluaskan kekeliruan dalam mentafsirkan nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith dengan melakukan takwil yang jahil terhadap nas-nas yang berhubungkait dengan sifat-sifat Allah subhanahu wa ta'ala.

Lebih menyedihkan lagi, golongan ini gemar menyesatkan dan menuduh golongan yang memahami nas-nas ini secara zahir dengan tuduhan fitnah. Andainya mereka tidak bersikap malas dan bongkak dengan kajian yang hanya merujuk kepada satu atau dua kitab ulama' mutakhir, mereka akan menyaksikan bahawa para ulama' salaf juga telah mereka cerca dengan tuduhan fitnah tersebut.

Cukuplah dengan kata-kata Imam Abu Hanifah rahimahullah untuk mereka:
Barangsiapa yang berkata: "Aku tidak tahu apakah Rabb-ku ada di langit atau tidak", maka dia telah kafir. [Syarh al-Aqiedah at-Thahawiyah:322]
Semoga risalah bersiri berikut memberi manfaat untuk mereka yang ingin menilai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesungguhnya segala pujian hanyalah untuk Allah. Kita memujiNya, meminta pertolongan dan ampunanNya serta kita berlindung denganNya daripada keburukan diri kita dan kejelekan amalan-amalan kita. Barangsiapa yang telah dikurniakan hidayat Allah, maka tiada yang mampu menyesatkannya dan sesiapa yang telah disesatkanNya, maka tiada pula yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Amma ba’d – Adapun selanjutnya:



Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [al-Ahzab:70-71]


Sebagaimana yang telah kita fahami, daripada ajaran Salaf as-Salih, antaranya al-Qadi AbuYusuf (wafat: 182H), al-Hafiz Ibn Mandah (w: 395H), Ibn Battah al-‘Ukbariy (w: 387H) dan lainnya, Tauhied terbagi kepada 3 cabang; ar-Rububiyah, al-Uluhiyah and al-Asma’ wa as-Sifat. Salah satu daripada Sifat Allah adalah al-‘Uluw, yang bererti Maha Tinggi, Maha Agung, berada di atas sekelian makhluqNya. Sifat Allah yang Maha Sempurna pada Maha TinggiNya adalah daripada 2 sudut;

  1. ‘Uluw as-Sifat (علو الصفات) iaitu Allah bersifat Maha Tinggi
  2. ‘Uluw adz-Dzat (علو الذات) iaitu Allah pada DzatNya Yang Maha Agung adalah Maha Tinggi dan di kedudukan yang Tinggi.


Bilamana kita telah memahami bahawa Dia, yakni Allah adalah bersifat sebagaimana yang Dia Sendiri sifatkan DzatNya yang Maha Sempurna iaitu: “Tiada sesuatu yang menyerupaiNya – ليس كمثله شيء” (Asy-Syura:11) pada Sifat-sifatNya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah: Apa jua yang kita sifatkanNya , pada hakikatnya tidak sama dengan satu pun sifat makhluqnya dan hanya sama pada makna yang difahami secara zahirnya. SifatNya adalah yang Maha Sempurna dan Esa, Tersendiri.

Kita tumpukan sekarang ini pada sudut yang satu lagi iaitu: ‘Uluw adz-Dzat (Allah pada DzatNya adalah Maha Tinggi atas segala makhluqNya. Bilamana kita khuatiri diri kita terjerumus kepada pelampauan dalam kepercayaan dan juga menyifatkan Allah dengan sesuatu yang batil, maka jalan yang selamat dan lurus adalah dengan kita berpegang dan mengikuti dengan sebaik-baik ikutan kepada tunjukajar Salaf as-Salih, dengan mengambil sumber kepercayaan dan ‘Aqiedah kita daripada al-Qur’an dan as-Sunnah secara bersama dan disertai pemahaman dan pentafsiran ‘ulama golongan yang benar yang terdahulu, terutamanya para Sahabat, anak didik mereka yang digelar at-Tabi‘un dan murid-murid mereka yang dikenali sebagai Atba‘ at-Tabi‘ien dan setiap yang mengikuti jalan mereka, jalan as-Sunnah yang benar dan yang sebenar-benarnya Ahlis Sunnah wa al-Jama‘ah, yang dipelihara Allah sehingga Hari Kiamat.

Dzat Allah yang Maha Agung atau DiriNya, berada Tinggi di atas segala makhluqNya dengan keterangan dan penjelasan nas-nas al-Qur’an, as-Sunnah dan kesepakatan/Ijma‘ ‘ulama’ yang sebenar-benarnya ‘ulama’ yang hidup pada zaman yang dijamin kebaikan dan kebenarannya oleh Rasulullah , yang telah mewarisi ajaran Nabi , disertai dalil daripada Fitrah kurniaan Allah bagi setiap insan.


A. Nas-nas al-Qur’an dengan berbagai perkataan (hanya sebahagian ayat sahaja yang dikemukakan semata-mata sebagai contoh bagi perkataan tertentu dan bukannya setiap ayat):

1. dengan makna “al-‘Uluw” (al-A‘la dan al-‘Aliyy):



Sucikanlah Nama Tuhan Mu yang Maha Tinggi. [al-A‘la:1]



Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya (langit dan bumi) dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung. [al-Baqarah:255]


2. dengan perkataan “tuju dan naik ke (atas) langit” dan “di langit”



Kemudian Dia berkehendak naik ke (atas) langit. [al-Baqarah:29]


3. Dengan lafaz “berada di atas - فوق”



Dan Dialah yang berkuasa berada di atas sekalian hamba-hambaNya. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Meneliti. [al-An‘am:18]


4. Dengan ungkapan “naik ke atas – Istiwa’ atas ArasyNya atau ke atas langit”



Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia beristiwa’ di atas Arasy, mentadbir segala urusan... [Yunus:3]



Iaitu (Allah) ar-Rahman (yang Maha Pengasih), yang beristiwa’ di atas Arasy (bersesuaian dengan SifatNya yang Maha Sempurna). [Taha:5]


5. Dengan perkataan “naik – العروج”



Para malaikat dan Jibril naik kepadaNya (menghadapNya) pada satu hari yang tempohnya adalah lima puluh ribu tahun lamanya. [al-Ma‘arij:4]


6. Dengan lafaz “naik meninggi – الصعود”



KepadaNya (Allah) lah naik meninggi perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh pula diangkatNya naik. [Fatir:10]


7. Dengan perkataan: “mengangkat naik - رفع”



(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkatmu ke sisiKu dan membersihkanmu." [Al-‘Imran:55]



KepadaNya (Allah) lah naik meninggi perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh pula diangkatNya naik. [Fatir:10]


8. Kebalikan daripada naik, iaitu turun dariNya, satu bukti bahawa Dia berada di atas.



Turunnya Kitab Al-Qur’an ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [az-Zumar:1]



Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan kebenaran. [an-Nahl:102]



Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.. [asy-Syu‘ara’:192-195]


Terjemahan: Ustadz Abu Mazaaya
Sumber: Sifatu ‘Uluw al-‘Aliyi al-‘Afuw
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg