Islamiq.sg

FIQ016: Penjelasan Majlis Zikir - Syeikh Salim Hilali

Asy-Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali hafizahullah ketika menjelaskan hadis ini (rujuk hadis di FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1), beliau berkata:

Majlis-majlis Zikir yang dicintai Allah adalah Majlis-majlis ilmu dan pengajian al-Quran al-Kariem dan juga Sunnah yang suci serta mendalami pemahaman terhadap kedua-duanya dan bukannya lingkaran dan bulatan sekumpulan manusia yang melakukan gerakan tarian dan rentak-rentak Sufi.






Kata al-Imam al-‘Iz bin ‘Abdis Salam rahimahullah (wafat 660H) di dalam “Qawa‘id al-Ahkam”: 2/186:

“Adapun Tarian dan bertepuk tangan adalah suatu kerendahan dan menyerupai perbuatan kelemahan wanita, tidak akan dilakukan kecuali oleh orang yang kurang akal ataupun seorang pereka cerita pendusta. Betapa tarian yang di-iringi irama lagu menguasai hati orang itu dan ingatannya, sedangkan Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda:

“Sebaik-baik (manusia/umatku) kurun adalah kurun ku (yang aku hidup padanya) kemudian (kurun) yang menyusulinya, kemudian (kurun) yang datang selepasnya.”

Dan tidak pernah ada seorang pun di antara mereka, daripada golongan yang dijadikan teladan, melakukan perkara ini (menari) dan sebenarnya, Syaitan telah memperdayakan kaum yang menyangka bahawa pukulan dan paluan yang mereka perdengarkan ada kena-mengena dengan Allah.






Sungguh mereka telah berdusta dalam tuturkata mereka, berbohong dalam dakwaan mereka, dari sudut yang mana kononnya, mereka ketika mendengarkan paluan-paluan dendangan itu sekaligus mereka mampu mendapatkan kedua-dua bentuk kelazatan (ingat Allah dan nikmati dendangan/tarian).

Segolongan ‘ulama telah mengharamkan “bertepuk tangan” berdasarkan sabda baginda shallallahu 'alayhi wasallam:

“Bertepuk tangan itu hanyalah untuk kaum wanita – إنما التصفيق للنساء”

Dan baginda telah melaknati kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki dan kaum lelaki yang menyerupai wanita.

Maka sesiapa yang takutkan Tuhan, ada pada dirinya pengagunganNya, tidak akan tergambar lahir dari dirinya tarian, tidak pula tepuk tangan dan tidak mungkin dilakukan tarian dan tepuk tangan kecuali oleh seorang yang bodoh jahil cetek akal dan kedua-duanya tidak akan terbit daripada seorang yang berakal yang mulia kedudukannya.

Cukup sebagai bukti kejahilan orang yang melakukannya adalah bahawasanya tiada suatu petunjuk di dalam Syari‘ah, daripada al-Quran dan as-Sunnah dan tidak pernah pula dilakukan oleh seorang pun daripada para Nabi dan tiada pula suatu kisah daripada para pengikut setia para Nabi, maka ia hanya dilakukan golongan jahil dan rendah akal yang keliru lagi tidak dapat membezakan antara kebenaran dan hawa nafsu dan Allah telah berfirman:








Ertinya: …dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu. [an-Nahl: 16:89]

Sungguh golongan as-Salaf dan golongan mulia daripada al-Khalaf tidak ada kena mengena dengan perbuatan seperti itu. Lantaran itu, sesiapa yang melakukannya dengan i‘tiqad bahawa ia hanyalah suatu kehendak hawa nafsunya semata-mata, bukannya satu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, seandainya ia daripada golongan yang diikuti orang, akan tetapi para pengikut mengi‘tiqadkan bahawa ia melakukannya sebagai suatu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, maka amat buruklah apa yang dilakukannya, kerana ia menjadikan orang yang keliru bertanggapan bahawa perbuatan itu suatu bentuk ketaatan padahal ia adalah di antara seburuk-buruk perbuatan hina dan sia-sia…”

[Bahjat an-Nazirien Sharh Riyadh as-Shalihin: 2/519-520]


*Asy-Syeikh Al-Muhaddits Abu Usamah Salim bin ‘Ied Al-Hilali As-Salafi Al-Atsari ialah salah seorang murid terpercaya Imam Al-Muhaddits Al-Allamah Muhammad Nashiruddin bin Nuh An-Najati Al-Albani rahimahullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1377H/1957M di Al-Khalil, Palestin. Beliau sekarang menetap di Amman, Jordan bersama murid-murid Imam Albani yang lain untuk membentuk Markaz Imam Albani.

Kajian dan susunan: Ustadz Abu Mazaaya

Posting-posting yang lalu di dalam artikel bersiri ini:
FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1
FIQ014: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Nawawi
FIQ015: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Ibn Hajar
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg