Islamiq.sg

FIQ017: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Ibn Rajab

Kata al-Hafiz Ibn Rajab rahimahullah:

"Majlis-majlis Nabi shallallahu 'alayhi wasallam dengan para Sahabat umumnya adalah peringatan kepada Allah, (peringatan kepada) apa yang mengundang keredhaan Allah yang digalakkan dan apa pula yang menyebabkan kemurkaanNya, yang diancam, samada dengan Tilawah al-Quran ataupun apa sahaja yang Allah kurniakan baginda daripada penyampaian bistari penuh hikmah dan peringatan yang baik, pengajaran apa yang bermanfaat dalam urusan keagamaan sebagaimana yang Allah perintahkan di dalam KitabNya…" (Lata-if al-Ma‘arif: 12)

Ketika menjelaskan hadis berikut yang bermaksud:

"...dan barangsiapa yang menempuhi satu jalan demi mencari ilmu akan Allah mudahkan dengannya, baginya jalannya ke Syurga dan tidak ada segolongan manusia yang berhimpun di sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah (masjid), mereka membaca kitab Allah (bertilawah) dan saling mempelajari isinya di antara sesama mereka kecuali pasti akan turun pada mereka (kurniaan Allah berupa) ketenangan dan mereka diselubungi dengan Rahmat(Nya) serta dinaungi oleh para Malaikat dan Allah menyebut nama-nama mereka (berbangga dengan mereka) di sisi para makhluq yang berada dekat dengan Allah..." (Sahih Muslim di dalam Bab Fadl al-Ijtima‘ ‘ala Tilawat al-Qur’an wa ‘ala adz-Dzikri)

Beliau (al-Hafiz al-Ibn Rajab rahimahullah) menerangkan:

"Ini menunjukkan kepada galakan untuk duduk di masjid-masjid untuk Tilawah al-Qur’an dan mempelajarinya, iaitu jika diambil maksudnya sebagai mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya, yang mana (pada pemahaman maksudnya demikian) tiada perselisihan pendapat ‘ulama bahawa ia digalakkan...

Jika difahami dengan maksud yang lebih umum, maka terangkum di dalamnya berkumpul di masjid-masjid untuk apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran al-Qur’an. Sebab Nabi shallallahu 'alayhi wasallam sendiri adakalanya menyuruh seseorang untuk membaca al-Qur’an agar baginda mendengar bacaannnya, sebagaimana Ibn Mas‘ud radhiyallahu'anhu pernah membaca di hadapan Nabi shallallahu 'alayhi wasallam. (Sila rujuk Sahih al-Bukhariy: Kitab Fada-il al-Qur’an)

’Umar juga biasa menyuruh seseorang membaca al-Qur’an untuk diperdengarkan kepada beliau dan para Sahabat, adakalanya beliau menyuruh Abu Musa radhiyallahu'anhu dan adakalanya ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu'anhu.

Kebanyakan ‘ulama menghukumkan adanya galakan berkumpul untuk mempelajari al-Qur’an secara umumnya dengan berpandukan hadis-hadis yang membawa petunjuk kepada galakan berkumpul untuk berzikir dan al-Qur’an adalah sebaik-baik zikir...

(Kemudian beliau menyebutkan hadis yang pertama tadi - LINK. Setelah itu, hadis yang berikut ini:)

Di dalam Sahih Muslim daripada Mu‘awiyah bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam keluar mendapati sekumpulan para Sahabat sedang duduk dalam satu bulatan, maka baginda shallallahu 'alayhi wasallam bertanya: Apa yang menjadikan kamu duduk berhimpun?

Jawab Sahabat: Kami duduk berzikir kepada Allah, memuji Allah atas PetunjukNya yang Mengurnia Hidayat kepada kami menganut Islam.

Tanya Nabi : Sungguh, demi Allah, tiada sebab lain yang menjadikan kamu duduk kecuali itu?

Jawab mereka: Demi Allah tiada sebab lain kecuali itu.

Jelas baginda : Aku tidak meminta kalian bersumpah kerana prasangka terhadap kalian, akan tetapi, kerana Jibriel datang kepadaku mengkhabarkan, sesungguhnya Allah berbangga dengan kalian di hadapan para Malaikat.

Ada banyak lagi hadis-hadis lain yang sama maknanya.

Sungguh baginda telah mengkhabarkan bahawa ganjaran bagi mereka yang duduk di masjid mempelajari kitab Allah adalah 4 perkara;
1 - Turunnya ketenangan pada mereka...
2 - Diselubungi Rahmat Allah...
3 - Para Malaikat menaungi mereka...
4 - Allah menyebut nama mereka (berbangga dengan mereka)...

(Jami‘u al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s.500-502)

*Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al-Hasan as-Salami al-Baghdadi, al-Hanbali, ad-Dimasyqie. Kunyah beliau Abul Faraj, namun lebih dikenali sebagai Ibn Rajab. Lahir 736H dan wafat 795H.

Kajian dan susunan: Ustadz Abu Mazaaya

Posting-posting yang lalu di dalam artikel bersiri ini:
FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1
FIQ014: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Nawawi
FIQ015: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Ibn Hajar
FIQ016: Penjelasan Majlis Zikir - Syeikh Salim Hilali
1 comments:

Bismillah
It is a shame that many asatizahs have their own Bid'ah version or Bid'ah translation of Zikr, that is to promote zikr aloud in congregation, like after every solat jema'ah as though the solat jema'ah is not complete with the salam but only complete with the saying of 'Amin' and wiping one's palm on the face!, or according to their respective Sufi whims and fancies, like some groups that promote bid'ah zikr in the dark, all of which was never taught nor practised by the Sahabat Radhiallahu 'Anhum Jami'ian, nor by Imam Hanafi, Maliki, Syafi'i, Hanbali Rahimahumullah.

After THROWING out the window the Sunnah way of Zikr individually and privately, after trivialising the Sunnah way of various other ibadah and do'a, after promoting their numerous Bid'ah and Syirik do'a or rituals like calling out to the dead Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam or other dead Wali-Wali, after promoting their khurafat story that Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam will visit their marhaban ritual at certain call of their bid'ah recital, they tried to whitewash their popular religious crime by leading a mass congregation of zikr aloud and CRYING aloud to convince the ummah of their undying love of Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

That should remind us of the 11 brothers of Yusuf 'Alaihissalam - after THROWING Yusuf down the well, they tried to convince Jacob 'Alaihissalam their story of how Yusuf was eaten by the wolf by CRYING in congregation simultaneously !

Likewise the Syi'ah tried to whitewash their syirik towards 'Ali Radhiallahu'anhu by promoting mass CRYING aloud their love and preference for 'Ali instead of Abu Bakar, Umar, or Uthman Radhiallahu'anhum Jamii'an whom they despised. They are the original proponents of mass CRYING, after THROWING away the AlQuran which they slander as being only one-third ! They even bloodied themselves for a most convincing act ! Please refer www.youtube.com/user/ShiaRevealed ....... ALLAHUL MUSTA'AN.


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg