Islamiq.sg

FIQ015: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Ibn Hajar

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (wafat: 852H) ketika menjelaskan hadis ini (rujuk hadis di FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1), beliau berkata:

Yang dimaksudkan dengan Zikir adalah melafazkan lafaz-lafaz yang digalakkan supaya disebutkan dengan banyak misalnya: Sub-hanalLah wal hamdulillah wa la ilaha illalLah walLahu akbar dan apa yang di dalam rumpunnya seperti al-Hauqalah, al-Basmalah, al-Hasbalah dan al-Istighfar dan lainnya berupa doa untuk kebaikan dunia Akhirat.

Dengan maksudnya (yakni Zikir) yang mutlaq, ia bererti berterusan dalam melaksanakan amalan yang diwajibkan dan yang sunnat hukumnya…(kemudian beliau menyebutkan kesimpulan yang sama dengan Imam an-Nawawi)…jika ia berupa amalan salih, seperti Solat atau Jihad dan lainnya, maka semakin bertambah kesempurnaan Zikirnya dan…ia ikhlas kepada Allah, maka itulah (bentuk Zikir) yang paling sempurna….

Dapat disimpulkan daripada sekian banyak lafaz-lafaz (yakni lafaz-lafaz hadis ini dengan sanadnya yang berbeza) bahawasanya yang dimaksudkan dengan Majlis-majlis Zikir adalah yang dipenuhi dengan berbagai bentuk ZikrulLah yang ada (dalam Syara‘) baik Tasbih dan Takbir mahupun lainnya, begitu juga Tilawah Kitab Allah dan Doa memohon kebaikan Dunia Akhirat. Untuk merangkumkan pembacaan hadis Nabi, belajar ilmu Syar‘ie (agama) dan mengulangkajinya apatah lagi berkumpul untuk menunaikan Solat Sunnat ke dalam maksud Majlis-majlis ini (yakni majlis Zikir) adalah sesuatu yang masih perlu diteliti.

Yang lebih nyata ia adalah secara khususnya dimaksudkan dengan Majlis-majlis Tasbih dan Takbir dan seumpamanya serta Tilawah sahaja, meskipun pembacaan hadis dan pembelajaran ilmu serta perbahasan mengenainya dapat diertikan dengan maksud ZikrulLah yang umum.

[Fath al-Bari fi Sharh Sahih al-Bukhari: 11/212-213, 216]

Kesimpulannya, kita dapati al-Hafiz Ibn Hajar menerangkan berkenaan makna “Zikir” dengan ertinya secara “mutlaq” dan “muqaiyyad”. Kemudian beliau menjelaskan dengan tukilan yang sama yang disebutkan Imam an-Nawawi berkenaan Zikir secara senyap. Setelah itu, beliau menjelaskan mengenai “Majlis Zikir” dengan pemahaman ertinya secara “khusus” dan “umum”.

Kajian dan susunan: Ustadz Abu Mazaaya

Posting-posting yang lalu di dalam artikel bersiri ini:
FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1
FIQ014: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Nawawi
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg