Islamiq.sg

FIQ014: Penjelasan Majlis Zikir - Imam Nawawi

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah (wafat: 676H) ketika menjelaskan hadis ini (rujuk hadis di FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1), beliau berkata:

Kata al-Qadi ‘Iyad rahimahullah (476-544H): ZikrulLah Ta‘ala ada 2 jenis; zikir dengan hati dan zikir dengan lisan. Zikir dengan hati pula ada 2 bentuk:
i. Inilah Zikir yang tertinggi kedudukannya dan yang paling mulia iaitu bertafakkur memikirkan keagungan Allah dan kesucianNya, kekuasaanNya, segala kerajaanNya dan tanda-tanda kebesaranNya di langit dan di bumi antaranya, petunjuk hadis: Sebaik-baik Zikir adalah yang senyap terselindung 
ii. Zikir dengan hati pada Perintah dan LaranganNya, maka ia melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya dan ia berwaspada pada perkara yang ia tidak pasti.

Adapun zikir dengan lisan/lidah semata-mata, maka ia adalah yang paling lemah kedudukannya, namun ia masih ada keutamaannya yang besar sebagaimana yang ditunjukkan dalam sebahagian hadis-hadis.

Kata beliau lagi: Ibn Jarier dan para imam lainnya, ada menyebutkan perbezaan pendapat as-Salaf mengenai Zikir dengan hati dan dengan lidah mana satu yang lebih afdal/utama.

Kata beliau menyimpulkan: Perselisihan itu di sisi ku sebenarnya adalah semata-mata bilamana yang digambarkan adalah zikir dengan hati sahaja yang menyebut (dalam hati) tasbih dan tahlil dan seumpamanya dan itulah yang dimaksudkan jika diteliti maksud kata-kata mereka, padahal mereka tidak berselisih mengenai Zikir senyap (suara perlahan) sepertimana yang kami sebutkan tadi...menurut penilaian ku (Imam an-Nawawi): Zikir dengan lisan dengan adanya ingatan dalam hati adalah lebih afdal daripada dengan hati sahaja (tanpa dilafazkan), wallahu a‘lam.

[Syarh Sahih Muslim Imam Nawawi: 17/14]


Kajian dan susunan: Ustadz Abu Mazaaya

Posting yang lalu di dalam artikel bersiri ini:
FIQ013: Penjelasan Majlis Zikir 1
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg