Islamiq.sg

AQD016: Fatwa-Fatwa Kesesatan Tareqat Naqshabandi

Bismillah wal-hamdulillah wa-salatu wa-salam 'ala Rasulillah, amma ba'd.

Di dalam artikel yang lalu di dalam bahasa Inggeris, AQD015E: The Naqshabandi Cult, kami telah pun paparkan fatwa pihak JAKIM terhadap kesesatan Tareqat Naqshabandi dan juga unsur-unsur syirik yang wujud di dalam kitab-kitab tokoh mereka.

Fatwa pihak JAKIM boleh juga dirujuk di dalam artikel kami yang terdahulu, AQD004: Fatwa JAKIM Terhadap Tariqat Naqsyabandiah.

Berikutnya, kami akan menukil dua lagi fatwa yang menekankan dengan lebih lanjut kesesatan-kesesatan di dalam Tareqat Naqshabandi. Kami mengajak para pembaca untuk menilai ciri-ciri kesesatan ini dengan tenang dan ilmiah, lalu merenung secara serius mengapa tokoh-tokoh tareqat ini masih diberi kebebasan berdakwah dan menyesatkan masyarakat Singapura.

Tambahan lagi, kami mengajak para pembaca membandingkan persamaan-persamaan yang wujud di dalam pelbagai tareqat-tareqat lain yang berleluasa di Singapura seperti Tareqat Ahmadiah-Qadiriyyah, Tareqat Ahmadiah-Idrisiah, Tareqat Naqshabandiah-Qadiriyyah dan bermacam lagi jenama "tareqat fusion" yang telah mereka wujudkan.

Kami menyeru individu-individu dan badan-badan Islam untuk menulis kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ajaran sesat yang telah dijanjikan, dan membuktikan ia bukan sekadar "lip service" di dalam dada akhbar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatwa Mufti Kerajaan Johor, Dato' Said Alwie Bin Tahir Al-Hadad

Adapun Naksabandiah ialah suatu tariqah dinisbahkan kepada seorang lelaki negeri naswawi daripada orang mutaa’khirin dan boleh jadi ia seorang ahli tasauf tetapi dakwaan tariqah naksabandiah yang ada di Negeri Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lainnya dan kitabnya yang ada di tangan mereka ialah kitab-kitab yang sesat di dalamnya banyak yang salah dan campuran akidah-akidah majusi boleh jadi setengah-setengah dajal mengarang bagi mereka itu buku-buku diselitkan oleh mereka akidah-akidah yang melawan agama Islam.

Hendaklah kita ingat agama Islam yang sebenarnya ialah agama yang dibawa dan diamalkan oleh junjungan kita dan sahabat-sahabatnya. Barangsiapa mendatangkan agama baru lain daripada itu adalah tidak benar dan tidak diterima. Orang yang lebih afdal dan lebih hampir kepada Allah ialah sahabat-sahabat Rasullallah. Mereka mengatakan "Laa ilaha ilallah" sebelum ada tariqah Naksabandiah. Mereka mengucap sebagaimana tariqah junjungan kita yang dianjurkan oleh baginda kepada mereka. Tidak ada daripada sahabat-sahabat itu yang menolak tidak membenarkan orang berzikir, mereka tidak berlagu-lagu, tidak cenderung ke kiri atau ke kanan mengangguk berputar-putar ketika berzikir.

Sila muat-turun fatwa penuh: Fatwa Mufti Kerajaan Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Diantara pegangan torikat ini ialah:

1. Tiada bacaan fatihah didalam solat jenazah ghaib seperti pegangan mazhab yang empat.

2. Torikat ini beramal dengan hadis palsu umpamanya: wahai hambaku taatlah kepada aku dan aku akan menjadikan engkau rabbani kemudian engkau juga akan berkata kepada sesuatu jadi maka jadilah (maksud hadis).

3. Mengunakan ajaran wihdathul wujud, nur Muhammad, dan martabat tujuh.

4. Seseorang itu samaada Muslim atau kristian atau yahudi atau budha tiada memberi apa-apa erti tetapi yang penting disisi Allah samaada seseorang itu mencapai gelaran haqani atau tiada.

5. Mempercayai teori yaqazâh dengan rasulullah yang ditolak oleh ahli Sunnah wal jamaah.

Sila muat-turun fatwa penuh: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah
3 comments:

Komen berulang-ulang yg sama "bukan senang nak senang" telah kami delete.

Diharap mereka yg memberi komen boleh menjadikan para ulama sebagai rujukan dlm agama, bukan sekadar akal2 shj, lalu memburukkan imej Islam dengan mengqiyaskan dgn perkara2 yg buruk seperti restoran makanan segera.

Keselamatan dlm agama adalah dgn mengikut para ulama, dan kesesatan adalah apabila mengikut akal sendiri atau akal mereka yg jahil dlm agama.

Diharap juga memberi rujukan apabila membuat sebarang dakwaan mengenai para ulama. Usahlah jadi macam golongan asatizah Tradisi Halaqah yg bersembarangan dalam menukil.

Wassalam.


Guru tareqat yg benar2 mengikut sunnah tidak pernah meminta sesen pun dari murid2nya. Jika minta duit maka itu jelas menyempang. Jika kita tidak tahu seharusnya dengar dulu dan pergi tengok, bukan dengar saja apa semua org kata. Jika hendak mencari kebenaran, seharusnya bermuzakkarah dgn fikiran terbuka, bukannya dengan merendah2kan dgn cara yg hina. Hah huh itu bukan zikir, kalau disamakan pula dgn konsert rock, nampak saudara begitu emosi sekali.

Pergi belajar dulu apa erti gementar dlm hati itu, jgn nak perli2 sinis kata mcm konsert rock pula. Akhir zaman ini semuanya jadi tunggang langgang. Yg batil dikatakan benar, yg benar dikatakan batil. Jika tidak Nabi tidak akan berkata "Islam itu asalnya dagang dan akan kembali dagang" Islam yg sebenar2nya Islam sudah tidak dikenali org lagi.

Ikut suka kamu semua lah apa yg kamu hendak cari. Kubur masing2 nanti sendiri jawab. Ini nota terakhir saya dan saya tidak akan buka lagi webpage ini. Bila kamu semua dah tua nanti baru akan tahu apa yg saya katakan.


Terima kasih semua kerana sudi mengirimkan pandangan.

Namun, di-ingatkan supaya merujuk kpd para ulama dalam memperkatakan hal agama.

Rujuklah pada tafsir al-Qur'an dan syarah al-Hadith untuk memahami dalil-dalil wahyu, bukan menurut akal sendiri ataupun akal syeikh kita semata-mata.

Wassalam.


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg