Islamiq.sg

Al-Ahbash - Sufi Takfiri


Wujud sebahagian tokoh sufi yang cenderung kepada manhaj "ciplak dan cela". Tanpa sifat berhati-hati, tekun dan ikhlas dalam membuat kajian, mereka secara sengaja ataupun tidak, telah mencela sebahagian tokoh lain, para ulama, malahan para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'ien.

Di dalam suasana di mana umat Islam dinasihati supaya tekun menuntut ilmu, mengkaji dan menilai, amat dikesali kewujudan tokoh-tokoh sufi yang mengajak kepada manhaj "ciplak dan cela", yakni menukil dari sumber-sumber sambilan (secondary sources) tanpa merujuk atau verifikasi terus kepada sumber asli, lalu menghina, menyesatkan dan mengkafirkan sebahagian ulama'.





Di dalam senarai yang disebarkan di seminar MHDS yang mengandungi 72 poin "penyelewengan Wahabi", pada poin pertama sahaja telah mereka melontarkan hukum "kafir" kepada golongan yang beriktikad "Allah bersemayam di atas Arasy".

Tetapi, dari manakah sumber nota tersebut? Apakah ia suatu senarai yang dihimpunkan di atas kajian yang tekun dan ikhlas?




Pada hakikatnya, terdapat senarai yang hampir sama di dalam bahasa Arab di lelaman alsunna.org, yakni lelaman golongan sufi takfiri yang digelar sebagai al-Ahbash.




Lelaman tersebut memuatkan biografi sheikh mereka, yakni `Abdullah Al-Harari Al-Habashi, sebagaimana dipaparkan di atas.




Malah, nota versi Melayu yang disebarkan di forum MHDS boleh didapati di sebuah lagi lelaman sufi takfiri al-Ahbash di darulfatwa.org.au.

Maka, kesimpulannya, nota "kajian" itu hanyalah lagi satu bukti manhaj ciplak dan cela sebahagian golongan sufi di Singapura.





Golongan Sufi Takfiri al-Ahbash

Nama al-Ahbash ini mula masyhur di media massa apabila dihubungkait dengan pembunuhan Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri. Pada tahun 2005, tiga ahli al-Ahbash telah ditangkap atas dakwaan bersubahat dengan pembunuhan tersebut.

Dar al Iftaa, badan fatwa resmi di Beirut, Lubnan, telah mengeluarkan kenyataan bahawa - "Abdullah al Harari adalah seorang yang keras terhadap pihak-pihak yang tidak bersependapat dengannya, termasuk ulama sebelumnya seperti Sheikhul Islam Ibn Taymiyya and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab. Beliau digelar Sheikhul Fitnah."

Dar al Iftaa telah mengkategorikan golongan sufi takfiri al-Ahbash sebagai golongan Khawarij yang melampau dalam mentakfir. (Rujuk: "Who Are Al Ahbash?" By Daoud Ibrahim, Asharq Al-Awsat)

Selain daripada mengkafirkan para ulama silam seperti Sheikhul Islam Ibn Taymiyya, Imam Ibn Qayyim and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab, gologan sufi takfiri al-Ahbash juga telah mengkafirkan ramai tokoh kontemporari seperti Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Ramadan al-Buti.

Golongan sufi takfiri al-Ahbash ini telah difatwakan sesat oleh begitu ramai badan Islam dan para ulama' seperti Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Lembaga Fatwa Arab Saudi, Lembaga Fatwa Mesir, Majlis Fuqaha Syariah Amerika dan Universiti al-Azhar.

Semoga Allah melindungi kami daripada ditimpa fitnah mereka dan semoga mereka diberi taufiq dan hidayahNya.
2 comments:

Agaknye Quran New edition cot? Macam bible new testament atau bible revised king's version? Agaknyalah tu, kalau tak takkan lah MHDS macam tak tau dalam Al Quran ada 7 ayat " Dia bersemayam di atas "Arasy"...!!
Quran apa agaknya yg mereka baca selama ini????
Kesian....


بسم الله الرحمن الرحيم
"...Produce your proof if you are truthful..." - Surah 2:111
"...Those who conceal ALLAH's revelations in the Book, and purchase for them a miserable
profit, they swallow into themselves nothing but Fire..." - Surah 2:174
"...he whom ALLAH guides is rightly guided, but he whom ALLAH leaves to stray, for him you will find no protector to lead him to the Right Way." - Surah 18:17
"..Therefore hold not yourselves purified. He knows best who it is that guards against evil." - Surah 53:32

Barakallahu feekum.

As espoused above, it is imperative that all concerned - regardless a commoner or ulama, asatizah or thalibu ilmu - present their facts (AlQuran & Hadith) for all to discern between Haq & Bathil, Sunnah or Bid'ah, Tauhid or Syirik, Mazhab Syafi'i or Mazhab Sufi -

instead of taking the convenient route of hiding behind quasi-facts like "...ikhtilaf antara ummat adalah rahmat..." -

instead of discouraging or distracting the ummah from any religious Q & A issues, by quoting phantom giant Muslim scholars already discussed it so we droplets should focus our energy to more important issues which affect our community like premarital abortions, gay marriage, transgender issues, as though no other relevant Muslim bodies or volunteer group exists, which in fact is one way of evading one's responsible area of expertise i.e religious knowledge.

instead of distracting the ummah by creating / inventing bogeymen out of those ulama salafussoleh whose facts & fatwas exposed our frailties in understanding and practising the AlQuran & Sunnah according to the righteous predecessors i.e the Sahabah, tabi'in, tabi'ut tabi'in and the imams who follow them.

instead of distracting the ummah from any crucial issues of syirik and bid'ah by trivialising it but at the same time has the cheek to reserve or prioritise transgender issues as front page news.

As for the various comments, we should discern which is Analogy or Slander, Acknowledgement or Distraction, state of Sober or state of Denial.

The worst-case scenario then, should be that we agree to disagree about certain issues, without being puritanical and also free from belittling others, as espoused in Surah 18:17 and 53:32, instead of whitewashing falseness as ikhtilaf under the pretext of tolerance, as though all religious issues are ambigous and no watertight argument, ALLAHUL MUSTA'AN.


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg