Islamiq.sg

Siapakah Hassan al-Saqqaf?


Siapa Hassan al-Saqqaf?

Hassan Ibn Ali al-Saqqaf berasal dari Jordan. Beliau mendakwa dari keturunan Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu dan cukup berbangga dengan pangkat itu seolah-olah ianya menjaminkan dirinya bersifat ma'sum dan sentiasa di atas kebenaran.

Beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang ahli Sunnah yang bermazhab Syafi`ie. Dalam masa yang sama beliau selalu menghentam secara lisan para sahabah yang terlibat dalam peperangan menentang Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu.

Di negara-negara Timur Tengah, istilah "as-Saqqafiyyah" ini amat masyhur bagi merujuk kepada pemikiran rosak golongan yang merujuk kepada kitab-kitab dan tulisan-tulisan pengasasnya, Hassan al-Saqqaf.

Dan golongan "as-Saqqafiyyah" yang terdiri dari asatizah yang menyebarkan pemikiran rosak Hassan al-Saqqaf ini wujud di rantau ini termasuk di Singapura.

Berikut kami akan paparkan dua contoh penyelewengan Hassan al-Saqqaf yang telah dikutip oleh Zamihan al-Ghari di dalam kitabnya.

Contoh Pencelaan Terhadap Para Sahabat 



Menurut Prof. Madya Abdul Fattah Haron Ibrahim, bekas pensyarah Universiti Kebangsann Malaysia (UKM), kitab "Kesahihan As-Salaf dan Al-Khalaf" adalah cetakan pertama kitab "Salafiyah Wahabiyah", lalu telah dihapuskan beberapa hal dalam cetakan selanjutnya.

Hassan al-Saqqaf lalu, dengan hadith ini, mengaitkan ‘peristiwa murtad’ yang berlaku pada Zaman Khalifah Abu Bakr As-Siddiq sebagai alasan dan bukti untuk menjustifikasikan bahawa sebahagian Sahabat telah murtad. Semoga Allah melindungi kami dari bersikap biadap terhadap para Sahabat.

Jika kita merujuk pada syarah Imam an-Nawawi rahimahullah mengenai hadith ini, beliau memaksudkan istilah "sahabat" sebagai berikut:

"Mereka yang dinisbahkan kepada persahabatan dengan Baginda shallallahu 'alayhi wasallam (dari kalangan Umat Baginda)." (Syarah Sohih Muslim, 17/125)

Beliau bermaksud: mereka yang dinisbahkan kepada persahabatan dengan Baginda shallallahu 'alayhi wasallam dalam konteks bahasanya dan bukannya dalam konteks istilah ulama.

Maksud sedemikian disokong oleh riwayat kedua yang juga di riwayatkan oleh Muslim selepas riwayat di atas dengan lafaz:

“Pada umatku terdapat 12 orang munafiq…”

Inilah antara kepentingan Ilmu Takhrij Hadith yang melibatkan pengumpulan riwayat kerana sebahagian riwayat itu boleh membantu kita memahami maksud sebahagian yang lain.

Besar kemungkinan as-Saqqaf memang tahu bahawa perkataan أصحابي tersebut bukan bermaksud Sahabat Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam mengikut istilah Ulama. Namun, lantaran kecenderungannya kepada pemikiran Syi'ah, beliau hanya ingin mengelirukan golongan yang bebal dan malas mengkaji.

Sayangnya, Zamihan al-Ghari sekadar memetik dari kata-kata as-Saqqaf tanpa merujuk kitab asal dan syarah para ulama Ahlussunnah terhadap hadith tersebut.

Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam telah berpesan:
“Jangan kamu mengecam Sahabat-sahabat ku! Jangan kamu mencela Sahabat-sahabat ku! Kerana demi (Allah) yang nyawaku di tanganNya, jika seseorang daripada kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun nescaya tidak menyamai nilai secupak emas atau setengah cupak emas yang dibelanjakan oleh mereka” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Pandangan JAKIM Terhadap Hassan al-Saqqaf




Malah, lebih dari sekadar mengumumkan kecenderungan as-Saqqaf terhadap fahaman Syi'ah (sebagaimana dipaparkan di atas), kajian Cawangan Aqidah JAKIM ini juga telah mendedahkan hubungkait fahaman ekstremis al-Ahbash dengan golongan as-Saqqafiyyah.

Al-Ahbash adalah kumpulan sufi yang mengkafirkan ramai di kalangan  silam seperti Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah, Imam Ibn Qayyim and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab, dan mereka juga telah mengkafirkan beberapa tokoh kontemporari seperti Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Ramadan al-Buti.

Golongan sufi takfiri al-Ahbash ini telah difatwakan sesat oleh begitu ramai badan Islam seperti Lembaga Fatwa Arab Saudi, Lembaga Fatwa Mesir, Majlis Fuqaha Syariah Amerika dan Universiti al-Azhar.

Golongan as-Saqqafiyyah ini akan menggalakkan budaya tuduh-menuduh dan kafir-mengkafir sesama umat Islam sebagaimana kita telah saksikan di Singapura berlakunya takfir terhadap Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah.


Rujukan:
"Isu Wahhabiyah: Menanganinya Secara Realiti"oleh Mohd Aizam Bin Mas'od, Cawangan Aqidah JAKIM
"Penyelewengan Pemikiran as-Saqqafiyyah" oleh Prof. Madya Abdul Fattah Haron Ibrahim



4 comments:

Subhanallah. Barakallahu feekum to islamiq.sg for your tireless effort in cautioning the ummah about yet another kaum whose CAMOUFLAGE can only be revealed by those guided by manhaj salaf as in islamIQ 5 Objectives, insyaAllah.

Its a pity that many Muslims - being unwary hosts to such parasites who are masters-in disguise - are destroying Islam from within by promoting Syi'ah-influenced bid'ah, syirik and sufi rituals, thus being accomplices in their attempt to extinguish Sunnah, or by admiring or promoting pseudo-intellectual literature or articles written by them to extinguish Sunnah subtly.

Hopefully this topic serves as yet another reminder for the ummah to be meticulous in gaining Islamic knowledge, and not be easily hoodwinked by wolves in sheeps' clothing, nor be led astray by asatizahs who are themselves jahil cum unwary hosts, Allahul Musta'an.


Menurut Prof. Madya Abdul Fattah Haron Ibrahim, bekas pensyarah Universiti Kebangsann Malaysia (UKM), kitab "Kesahihan As-Salaf dan Al-Khalaf" adalah cetakan pertama kitab "Salafiyah Wahabiyah", lalu telah dihapuskan beberapa hal dalam cetakan selanjutnya.

-----------------------

Assalamu'alaikum,

saya mempunyai cetakan pertama tahun 2001 Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian.

Tiada pula saya jumpa pernyataan atau hadith seperti di atas ?

Benarkah perkara ini ? Saya harap dapat berikan suatu bukti yang jelas dari scan buku yang kononnya dari cetakan pertama tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Prof Abdul Fattah Haron tersebut.

Jazakallah


Wa 'alaykum salam warahmatullah,

Kitab yang dimaksudkan bertajuk "Kesahihan As-Salaf dan Al-Khalaf" yang telah melalui satu cetakan sebelum diubah kepada "Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian" akibat kritikan kecenderungan kepada Syi'ah.

Para pembaca boleh merujuk kitab-kitab lain Hassan al-Saqqaf yang telah diterjemahkan oleh Zamihan dan menilai sendiri kecenderungan beliau terhadap fahaman Syi'ah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam artikel JAKIM.

Wallahu a'lam


Assalaamu'alaikum,

@Azzikra.
Kata-kata itu bukan dalam buku yang anta maksudkan. Tapi dalam cetakannya yang pertama yang berjudul "Kesahihan As-Salaf Dan Al-Khalaf" pada ms.34-- seperti yang disebut oleh Dr Azwira Abdul Aziz dalam-" Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya."
-----------------------------------------------
Dipetik dari Pendahuluan kitab itu:

Tohmahan Terhadap Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam

Dalam naskhah asal yang berjudul Kesahihan As-Salaf Dan Al-Khalaf (Hal: 34), Al-Ghari dalam memberi pandangannya terhadap para Sahabat radhiallahu 'anhum dengan berkata:

“Gejala murtad yang berlaku sebagaimana yang telah disenaraikan oleh Ibn Hajar dalam al-Isobah menggambarkan kepada kita bahawa hanya sebilangan Sahabat sahaja yang sah untuk dibuat ikutan”.

Kemudian, Al-Ghari berkata lagi:

“Hadis ini memberikan kita petunjuk bahawa tidak semua para Sahabat itu boleh dibuat ikutan”.

Kata-kata Al-Ghari ini jelas menggambarkan tohmahan, kecaman, celaan, pemfasikan dan malah suatu bentuk pengkafiran terhadap para Sahabat radhiallahu 'anhum kerana beliau mengaitkan faktor penafian daripada mengikuti para Sahabat itu dengan gejala murtad. Apabila penolakan terhadap sebahagian daripada para Sahabat radhiallahu 'anhum dikaitkan dengan faktor kemurtadan, bermakna beliau telah mentohmah sebahagian daripada para Sahabat dengan tohmahan murtad. Dengan kenyataan ini, maka Al-Ghari dilihat cenderung kepada prinsip pemikiran Rafidah (pelampau Syiah) atau Khawarij yang telah mengkafirkan sebahagian daripada Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam." end quote.

Boleh juga antum rujuk bukunya di sini-http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SiapakahAhliSunnah/Pendahuluan.htm

wallahu 'alam
BaarakAllahufeekum


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg