Islamiq.sg

MISC003: Sejarah Wahhabi oleh JAKIM

Labels: , ,
Bismillah wal-hamdulillah wa-salatu wa-salam 'ala Rasulillah, amma ba'd.

Pada mulanya, kami di IslamIQ.sg merasa amat lekeh untuk membentangkan isu Wahhabi ini. Namun, akibat sindiran sinis yang dilontarkan di ruangan komen, maka akan kami bentangkan sedikit berikutnya.






Sedihnya, sindiran Wahhabi ini dilontarkan di lelaman kami hanya kerana terdapat beberapa pengunjung yang telah menghantar artikel "Doa Awal Tahun" dan secara jujur meminta pihak Tradisi Halaqah membentangkan hujjah-hujjah amalan tersebut. Bukan jawapan yang diberikan kepada golongan orang awam tersebut, malah cemuhan dilemparkan ke lelaman kami. Allahul Musta'an.

Tidaklah pihak kami diaibkan dengan lontaran cemuhan "Wahhabi", malah ia mencerminkan sikap pihak Tradisi Halaqah sendiri.

Isu Wahhabi ini adalah isu lama yang telah wujud berzaman-zaman dan telah pun dibantah hebat oleh tokoh-tokoh terkenal nusantara seperti Hassan Bandung dan Prof. HAMKA, semoga Allah merahmati sumbangan dan perjuangan mereka.






Prof. HAMKA telah menceritakan hal ini apabila ayahnya menjadi mufti:
"Sebelum beliau (ayah kepada Prof. HAMKA) datang telah keluar fatwa Syeikhul Islam (gelaran mufti) itu menyatakan bahawa akan datang ke mari seorang ulama yang sesat lagi menyesatkan, wahabi, kaum muda, tidak percaya kepada ulama-ulama dan keluar dari mazhab Syafi’i." ("Ayahku", ms.160)

Begitulah fitnah yang dilemparkan oleh golongan yang ingin mati-matian mempertahankan nama dan kedudukan mereka sebagai tokoh agama, dan tidak memahami nilai ilmiah dalam berhujjah dan tidak mempunyai adab terhadap ilmu dan para ulama.


Tulisan berikut adalah nukilan daripada kertas kerja Ustaz Mohd Aizam Mas'od, Cawangan Aqidah JAKIM yang telah dimuatkan di dalam Jurnal Penyelidikan Islam, Bil.19 2006M/1427H.





Sejarah Wahhabi

Di Malaysia (dan Singapura) gelaran Wahhabi merupakan panggilan yang seringkali dicanang oleh musuh-musuh tradisi puak Wahhabi seumpama kumpulan-kumpulan tareqat dan golongan Asya'irah beraliran kesufian.

Apakah kumpulan Wahhabi ini sesat? Jika ini yang kita pilih, maka kita akan terjebak dalam menghukum sebuah negara umat Islam yang besar sebagai sesat. Begitu juga beberapa ulama Islam dahulu dan kini yang tersohor juga sesat seumpama Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, al-Zahabi, Ibnu Kathir, Ibnu Abi al-Izz, Muhammad Bin Abdul Wahhab, Ibnu Uthaymeen, Ibnu Baz, Nasir al-Din al-Albani dan selainnya.

Merujuk kepada sejarah umat Islam, Wahhabi sering dikaitkan dengan sebuah kumpulan yang cuba menghidupkan kembali Mazhab Salaf dalam memahami aqidah Islam. Mazhab Salaf bukanlah sesuatu yang direka-reka seperti dakwaan golongan yang terlalu fanatik dalam menolak fahaman Wahhabi.

Sejarah juga menjadi saksi bahawa gerakan untuk menghidupkan semula Mazhab Salaf ini didirikan semula di zaman keagungan Mazhab Asya'irah yang pada ketika itu telah mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan meluas di dalam dunia Islam.

Golongan tersebut (barisan pendukung Mazhab Salaf yang terdiri daripada para Ulama Hadith, khususnya golongan Hanabilah) cuba menghidupkan kembali Mazhab Salaf dengan bermetodkan Hanabilah yang berasaskan pengambilan dalil-dalil aqidah hanya bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Mereka menolak metod memahami aqidah berasaskan pemikiran sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Mu'tazilah dan Asya'irah terutamanya sebahagian ulama Asya'irah yang melampau dalam merujuk kitab-kitab falsafah sehingga tidak dapat membezakan antara falsafah dan ilmu kalam.

"Yang benar sesungguhnya golongan mutakallimin (ahli kalam) Islam khususnya golongan yang kebelakangan tidak lagi berhenti pada kadar untuk menjelaskan aqidah, tapi mereka telah melampaui sehingga berbincang tentang perkara-perkara yang hampir kepada falsafah tulen..." ('Ilm al-Kalam wa Ba'dh Musykilatih, Imam al-Taftazani)

Kesimpulannya, golongan Salafiyyah yang mendokong Mazhab Salaf ini wujud sebagai tindakbalas kepada penggunaan Ilmu Kalam yang semakin berleluasa oleh mazhab Asya'irah pada zaman tersebut.
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg