Islamiq.sg

MISC004: Apa itu Wahhabi?

Labels: ,
Apa itu Wahhabi?


Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan Wahhabiyyah itu sangat quddus (suci) kerana ia berasal daripada perkataan Wahhab yang merupakan salah satu daripada nama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Al-Wahhab).

Perkataan Wahhab itu juga sinonim dengan nama ayahnya ‘Abd Al-Wahhab, manakala namanya yang sebenar (Muhammad) menyamai nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Istilah Wahabiyyah itu pada asalnya adalah gelaran bagi puak-puak Khawarij yang muncul di kawasan Utara Afrika dan Maghribi. Ia dinisbahkan kepada pimpinan puak Khawarij kerajaan Ar-Rustumiyyah bernama ‘Abd Al-Wahhab Ar-Rustumi dan juga pimpinan puak Khawarij Al-Haruriyyah yang bernama ‘Abd Allah Ibn Wahab Al-Wasibi. Kedua-dua puak Khawarij ini muncul lama sebelum kemunculan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab. [ "Tashih Khata’ Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah", Muhammad ibn Sa’ad Ash-Shuwai’ir ]

Dengan memberinya gelaran puak Khawarij, maka mereka telah berjaya memburukkan imej gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kaca mata sebahagian besar umat Islam yang jahil. Akibatnya, usaha baik yang dilancarkan untuk memurnikan tauhid, membetulkan aqidah dan menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah disalah anggap sebagai gerakan Khawarij yang menyimpang daripada ajaran Islam.


Motif Di Sebalik Penentangan

Ramai ulama telah memperkatakan mengenai penentangan terhadap seruan pemurniaan tauhid. Sheikh Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah telah membahagikan para penentang kepada tiga golongan:

1) Golongan pertama adalah ulama yang sesat yang melihat kebenaran sebagai kejahatan dan kejahatan sebagai kebenaran.

2) Golongan yang jahil terhadap seruan pemurniaan tauhid. Mereka tidak sedar terhadap seruan yang benar dan hanya mengulangi apa yang telah disampaikan oleh para pembuat bid'ah.

3) Golongan ketiga adalah golongan yang memegang jawatan tinggi. Mereka menentang kerana takut sekiranya seruan ini berjaya, mereka akan hilang kedudukan dan harta mereka.

[ "al-Imam Muhammad ibn Abdulwahab: Da'watuhu wa Siratuhu", Sheikh Abdul Aziz Bin Baz ]


Sokongan Terhadap Gerakan Islah

Bagi mereka yang mahu bersikap adil terhadap da'wah Sheikh Muhammad ibn Abdulwahab dan gerakan islah secara umumnya tanpa prejudis, ramai dari kalangan tokoh-tokoh agama terdahulu dan sekarang telah menyatakan secara jelas sokongan mereka.

Kenyataan tokoh-tokoh ini cukup jelas bagi mereka yang ikhlas mencari kebenaran. Namun, mungkin kurang cukup untuk golongan yang sekadar mencari kemenangan dan sekaligus memecah-belahkan umat Islam dengan gelaran yang buruk dan dengan menyesatkan para ulama.

Di antara ulama kontemporari yang telah membela da'wah Sheikh Muhammad ibn Abdulwahab ialah Sheikh Wahbah az-Zuhaili.

Beliau berkata:

“(Gerakan) Da'wah Sheikh Muhammad Ibn Abdulwahab pada kurun ke 12 hijrah (18 masehi) adalah antara suara kebenaran yang paling berani dan antara pendakwah islah, pembinaan dan jihad yang paling besar untuk mengembalikan keteguhan pegangan individu muslim terhadap manhaj Salaf, untuk memperbaharui kehidupan Islam di kalangan awam yang telah dicemari oleh (gejala) khurafat, waham, bid’ah dan penyelewengan” 

[ "Ta'aththur Ad-Dakwah Al-Islahiyyah Al-Islamiyyah Bi Dakwah Ash-Sheikh Muhammad Ibn cAbd Al-Wahhab", Wahbah az-Zuhaili ]


Rujukan:
1) "Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?", Dr. Azwira Abdul Aziz
2) "Hanya Islam, Bukan Wahhabi", Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql



1 comments:

Thank you. It would be good if this can be translated into English.


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg