Islamiq.sg

FIQ007: Antara Adat dan Syariat

Labels: ,
Pengertian Adat dan Syariat

- Erti Adat:

o Custom: Apa yang dilakukan manusia secara berulang tanpa desakan dan tanggungan atau

o Habit –. Sesuatu yang dilakukan oleh manusia atau individu menurut hukum akalnya secara berulang kali tanpa apa-apa bebanan – maka bukan daripada “Adat”, sesuatu yang dilakukan sebagai perlaksanaan hukum Syari‘at.

- Erti Syariat:

o Apa sahaja yang ditentukan Allah kepada para hambaNya daripada urusan Ad-Dien.


Maka perlu dipisahkan di antara Adat dan Syari‘at. Sebab Adat daripada ketentuan manusia, lumrahnya yang disepakati sesuatu masyarakat manakala Syari‘at bukan urusan manusia untuk menentukannya bahkan ia adalah mutlaq Hak Allah semata-mata.**

**(YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GARIS KASARNYA, BUKANNYA MENOLAK ADANYA "AL-'AADAH MUHAKKAMAH DAN IJTIHAD GOLONGAN MUJTAHID - Namun dinyatakan dengan umum demikian kerana Adat jadi hukum dan persoalan ijtihad serta siapa berkelayakan berijtihad dan syarat-syaratnya - juga masih tertakluk kepada ketentuan Allah; dalil-dalil Syara'; al-Quran dan as-Sunnah)

"Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." {Surah al-Maaidah, Ayat 48}

Allah telah menetapkan (mensyari‘atkan) kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). {Surah as-Syuura, Ayat 13}

Enam perkara yang apabila ianya dikhususkan akan memisahkan antara Ibadat dan Adat:
1) sebab
2) bilangan
3) jenis
4) cara
5) masa
6) tempat


Sebab-Sebab Berlaku Kekeliruan Di Antara Adat & Syari‘at


a) Tatasusila Yang Seolah-olah Diterima Fitrah Manusia

Adat Istiadat mengajar budi pekerti dan tatasusila yang umumnya diterima dan disukai serta bersesuaian dengan Fitrah manusia. Manusia secara fitrahnya suka yang baik dan adil serta tidak dapat menerima yang buruk, keji dan kezaliman – namun Adat yang berlandaskan Fitrah/Kemanusiaan tidak 100% tepat dan bebas untuk menentukan baik dan buruk.

Contoh:
Ketaatan mutlak pada raja pada masa silam, penyembahan berhala oleh Kuffar Quraisy dan umat lainnya, kebebasan mutlak wanita sebagai perkara-perkara baik, segala macam dan bentuk tarian, hiburan dan kesenian juga dipandang baik dan sebaliknya manusia mungkin pandang hukum pancung dan rejam zalim, kelebihan tertentu kaum lelaki dalam hal siasah, rumahtangga, harta warisan dsbgnya juga tidak baik. Itulah sebabnya para rasul diutuskan agar Fitrah Manusia diluruskan dan dijauhi daripada pengaruh hawa nafsu, khurafat dan tahayul.

b) Sudah Menjadi Kebiasaan

Adat adalah sesuatu yang berulang-ulang sehingga menjadi suatu kebiasaan. Maka di antara ajaran Syari‘at, ada beberapa ibadat yang berulang sifatnya. Umpamanya, solat 5 waktu yang berulang setiap hari dan begitu juga Puasa dan Sambutan Hari Raya. Sebab itulah niat amat penting dalam urusan Ibadat yang membezakannya daripada Adat. Ketentuan Syari‘at dirujuk untuk mengetahui sesuatu kebiasaan dalam Adat sebagai baik atau tidak.

c) Penggunaan Istilah Yang Bercampur-Aduk

Perkataan tertentu telah digunakan dalam adat yang asalnya adalah istilah Syari‘at. Ataupun istilah di dalam Adat telah digunakan untuk maksud istilah Syari‘at. Misalnya, Sembahyang (sembah moyang/sembah Yang Maha Esa) untuk mengertikan solat. Berkat (daripada kenduri/walimah) dan “ambil berkat” “berkat doa dan usaha gigih” padahal Barakah adalah ketentuan Allah ada atau tidak pada sesuatu.

d) Penilaian Rohani Semata-Mata

Jiwa, Hati, Ruh, Naluri dan Perasaan amat berkait rapat dalam penggunaannya daripada sudut bahasa. Orang biasa katakan “hiburan ini menenangkan perasaan” atau “taridra itu menyentuh jiwa”, “amalan ini sudah menjadi naluri dan dijiwai”, “Dendangan nasyid yang menyuburkan kerohanian” yang semuanya sebenarnya bersekitar pada perkara-perkara Kerohanian. Sebagai garispandu yang kasar dan bersifat dasar, apa sahaja yang berkaitan dengan “Kerohanian” adalah bersifat abstrak, manusia sebenarnya tidak tahu pada hakikatnya apa yang mendatangkan manfaat kepada Kerohanian dan apa pula yang memudaratkannya, walaupun ia ada rasa semacam ketenangan apabila melihat, mendengar atau menghayati sesuatu. Bukan urusan Adat atau akal atau Fitrah atau naluri untuk menentukannya kerana keterbatasannya.

Bahkan:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ الرُّوحِ قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". {Surah al- Israa', Ayat 85}


Maka banyak pula berlaku yang mana manusia mencampur-adukkan urusan kerohanian dengan Adat yang menjadikannya berbaur dengan Syari‘at, sehingga perkara yang bukan dari ajaran Syari‘at dikatakan baik dalam agama seperti tarian berputar-putar golongan Darwish, loncat dan berdansa ketika berdzikir dalam amalan sebahagian golongan Sufi yang dikatakan telah sampai “Dzouq” atau “Fanaa”, (serupa dengan cara suku kaum Orang-orang Asli) lalu ditentukan sebagai amalan agama dan dikatakan di luar bidang Syari‘at untuk menentukannya sebagai tertolak. Seolah-olah dikatakan: “Bukan daripada ajaran Islam dan Syari‘at Islam tapi masih sebahagian daripada Islam”. Yang penting segalanya itu sesuai dalam hal “menenangkan jiwa”.

Padahal urusan kerohanian berhubung dengan hal yang ghaib kerana ruh itu sendiri ghaib walaupun ia adalah makhluk terdekat dengan diri manusia. Dosa dan pahala juga ghaib. Maka bukan perasaan (dzouq) yang menentukannya tetapi penentuan Yang Maha Kuasa Pencipta Ruh dengan panduan daripada utusan yang ditugaskan untuk menunjukkan manusia setiap yang mendatangkan kesan baik dan buruk terhadap ruh, setiap yang mendatang dosa dan pahala, yang mengundang rahmat Allah atau kemurkaanNya.

e) Beralasan Atas Niat Semata-Mata

Perkara (d) amat berkaitrapat dengan punca kekeliruan ini, iaitu “soal niat” dan “urusan hati”. Bilamana sesuatu daripada ajaran Adat yang diwarisi, yang bercanggah dengan petunjuk Syari‘at, sering jawapannya adalah: “Inikan benda baik”, “amal baik”, “yang penting niatnya”….


Kajian dan Susunan: Ustadz Abu Mazaaya
2 comments:

Barakallahu feekum.

Harap ustadz dapat beri komentar mengenai ajaran yang tersebar kononnya ajaran syar'iat hanya kulit sahaja, isinya ada pada tariqat mereka masing masing yang boleh sampai peringkat hakikat, ma'rifat, yang biasanya didapati melalui firasat mimpi mimpi setelah zikir zikir atau amalan tertentu.

Rahsia begitu, exklusif untok members only, contohnya - tanda lulus untok ke tahap selanjutnya setelah zikir beribu ialah lihat cermin pada tepat 12 malam, jika rupa hodoh yang terlihat = tanda fail. Jika rupa cantik yang dilihat, walaupun dia dah tua lanjut usia, namun terlihat wajahnya sewaktu segak muda = tanda lulus, menunjukkan tahap ketinggian amalan seseorang itu.

Apakah ajaran hakikat dan ma'rifat begitu ada asalnya dari Islam?

Ada pula ajaran tariqat begitu yang percaya, orang alim yang dah meninggal, hidup di alam ghaib untuk sebarkan ajaran Islam kepada makhluk ghaib.

Apakah kaitan tariqat,hakikat, ma'rifat, syari'at menurut ilmu yang sahih?

Jazakallahu khairan.


Insha Allah, kami akan ada siri-siri artikel mengenai golongan sufi dan tareqat di atas timbangan al-Qur'an dan hadith as-Shohihah dengan tafsiran para sahabat dan para ulama salaf.

Barakallahu feekum


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg