Islamiq.sg

Qiyam Ramadan Berjemaah Suatu Bid'ah Hasanah?


Benarkah bahawa Umar رضي الله عنه‎ telah melakukan bid'ah hasanah, yakni mengumpulkan orang untuk solat terawih berjamaah dengan satu imam yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم‎  sebagaimana ditulis di dalam Majalah Inabah dan kertas kerja MHDS?

("Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah" oleh Ghouse Khan, Majalah Inabah No.23, Terbitan Masjid Khadijah, Singapura)

("Hukum Bid'ah & Huraiannya" oleh TM Fouzy, Terbitan MHDS)

Abdur Rahman bin ‘Abdin Al-Qaariy رضي الله عنه‎ telah meriwayatkan :
“Saya menemani Umar bin Al-Khatthab untuk pergi ke masjid, pada suatu malam Ramadhan, maka kami dapati manusia berkelompok dan berpecah-belah. Ada orang sholat sendirian, ada pula yang diikuti jamaah kecil, maka Umar pun berkata : 
"Demi Allah, kalau aku satukan mereka dengan seorang imam tentunya ia lebih elok." 
Kemudian beliau melakukannya dengan melantik Ubaiy bin Ka’ab sebagai imam mereka. Pada suatu malam lainnya aku keluar lagi bersamanya (Umar), sedang manusia melakukan sholat mengikuti imam mereka, maka berkatalah Umar : 
"Alangkah baiknya bid’ah (perkara baru) ini dan mereka yang tidur sekarang ini, (sebenarnya) melakukan yang lebih utama dari mereka yang sedang sholat (kerana inginkan saat-saat terakhir malam)."

Sedang manusia waktu itu kebanyakkannya mendirikan sholat pada awal malam.

[Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhaariy dan lainnya رحمه الله.]


1) Qiyam Ramadan Berjemaah Adalah Sunnah Rasulullah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، قَالَ : صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَمَضَانَ ، فَلَمْ يَقُمْ بِنَا شَيْئًا مِنْهُ حَتَّى بَقِيَ سَبْعُ لَيَالٍ ، فَقَامَ بِنَا لَيْلَةَ السَّابِعَةِ حَتَّى مَضَى نَحْوٌ مِنْ ثُلُثِ اللَّيْلِ ، ثُمَّ كَانَتِ اللَّيْلَةُ السَّادِسَةُ الَّتِي تَلِيهَا ، فَلَمْ يَقُمْهَا حَتَّى كَانَتِ الْخَامِسَةُ الَّتِي تَلِيهَا ، ثُمَّ قَامَ بِنَا حَتَّى مَضَى نَحْوٌ مِنْ شَطْرِ اللَّيْلِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ ؟ فَقَالَ : " إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، فَإِنَّهُ يَعْدِلُ قِيَامَ لَيْلَةٍ " ، ثُمَّ كَانَتِ الرَّابِعَةُ الَّتِي تَلِيهَا ، فَلَمْ يَقُمْهَا حَتَّى كَانَتِ الثَّالِثَةُ الَّتِي تَلِيهَا ، قَالَ : فَجَمَعَ نِسَاءَهُ وَأَهْلَهُ وَاجْتَمَعَ النَّاسُ ، قَالَ : فَقَامَ بِنَا حَتَّى خَشِينَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلَاحُ ، قِيلَ : وَمَا الْفَلَاحُ ؟ ، قَالَ : السُّحُورُ قَالَ : ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا شَيْئًا مِنْ بَقِيَّةِ الشَّهْرِ

Abu Dzar رضي الله عنه‎ telah meriwayatkan :
Kami telah berpuasa bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ pada bulan Ramadhan, maka Nabi صلى الله عليه وسلم‎ tidak mengimamkan qiyam walau sehari pun sepanjang bulan tersebut sehinggalah hanya tinggal 7 hari (berpuasa), barulah Nabi صلى الله عليه وسلم‎ mengimamkan kami secara berjemaah sehingga berlalu sepertiga malam. 
Adapun pada hari ke 6 (tinggal 6 hari berpuasa), maka Nabi صلى الله عليه وسلم‎ tidak mengimamkan qiyam. Tapi pada hari ke 5 (tinggal 5 hari sahaja) baginda menjadi imam kami sehingga berlalu separuh malam. Maka aku pun berkata kepada baginda : 
"Wahai Rasulallah, alangkah baiknya anda mengimamkan kami lagi pada malam ini?"  
Maka baginda menjawab:
"Sesungguhnya sesiapa yang sholat bersama Imam sehingga Imam itu selesai sholat, maka dikirakan baginya sebagai orang yang telah menghidupkan sepanjang malam."  
Pada hari ke-4 (tinggal 4 hari lagi) baginda صلى الله عليه وسلم‎ tidak berjemaah bersama kami. 
Tetapi pada hari ke-3 (tinggal 3 hari sahaja lagi yakni malam 27 Ramadhan) Nabi صلى الله عليه وسلم‎ mengumpulkan isteri-isteri dan ahli keluarga baginda صلى الله عليه وسلم‎ serta para Sahabat yang ramai lalu Nabi صلى الله عليه وسلم‎ berjemaah bersama kami sehingga kami khuatir tidak sempat bersahur....”
[Hadith shohih yang diriwayatkan oleh Ash-haabus Sunan; Imam-imam Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaa-i dan Ibnu Maajah dan lainnya رحمه الله].


2) Mengapakah Nabi meninggalkan perlaksanaan Qiyam Ramadan secara berjemaah?


Nabi صلى الله عليه وسلم‎ meninggalkan Qiyam berjemaah (pada bulan Ramadhan), kerana khuatir ia (qiyam berjemaah), akan difardhukan ke atas umatnya, yang kelak tidak mampu dilaksanakan oleh umat baginda, sebagaimana yang diriwayatkan dari ‘Aaisyah رضي الله عنها di dalam Shohih Al-Bukhaariy dan Shohih Muslim.

Diriwayatkan daripada 'Aaisyah رضي الله عنها katanya:
Pada suatu malam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ sembahyang di masjid. Ada beberapa orang yang turut sembahyang bersama baginda, kemudian datang satu Qabilah juga turut sembahyang bersama baginda. Bilangan orang yang sembahyang bersama baginda menjadi semakin bertambah. 
Pada malam ketiga atau keempat selepas itu orang ramai berkumpul menunggu baginda tetapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ tidak keluar (sembahyang) bersama mereka. Apabila tiba waktu pagi baginda bersabda: 
"Sesungguhnya aku melihat apa yang telah kamu lakukan, maka apa yang menegah aku dari keluar ialah aku bimbang sekiranya perkara ini difardukan ke atas kamu." 
'Aaisyah berkata: Peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadan .
[Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhaariy dan Muslim رحمه الله.]

Walau bagaimanapun, kekhuatiran ini lenyap setelah Nabi صلى الله عليه وسلم‎ wafat, kerana wahyu telah terputus dengan kewafatan baginda صلى الله عليه وسلم‎ dan Syari’at telah sempurna. Maka dengan itu, hukum melakukannya secara berjemaah diteruskan selepas kewafatan Nabi صلى الله عليه وسلم‎. Sebab, alasan Nabi صلى الله عليه وسلم‎ meninggalkannya secara berjemaah ialah kekhuatiran ia difardhukan selama Syari’at belum disempurnakan.

Sebab itulah Sunnah ini dihidupkan semula oleh Sayidina Umar رضي الله عنه‎, semoga Allah meredhainya, pada zaman khilafahnya. Demikianlah yang terdapat di dalam Shohih Al-Bukhaariy dan kitab-kitab hadits lainnya.


3) Kesimpulan

Maksud bid'ah dari sudut lughowiyyah (bahasa) :
- Bid’ah adalah segala sesuatu yang baru yang belum ada contoh sebelumnya yang sepertinya.

Maksud bid'ah dari sudut syara' (hukum) :
- Bid’ah adalah setiap perkara baru yang diadakan di dalam urusan agama dan tidak pernah dibuat oleh Nabi صلى الله عليه وسلم‎. [ Rujukan: Al-I’tishom, Al-Imam Asy-Syaathibiy ]

Maka, tentunya bid’ah yang dimaksudkan oleh Umar bin Al-Khatthab رضي الله عنه‎ adalah dari sudut bahasa, kerana perkara baru dari segi Syara’, yakni di dalam urusan agama, adalah bid’ah (dari sudut syara', segala bid'ah bersifat dholalah - sesat) dan tidak mungkin Sayidina Umar رضي الله عنه‎ melakukan bid’ah dholalah , sebab beliau hanya menghidupkan kembali Sunnah berjemaah yang telah dimulakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم‎.

Wallahu Ta’aala a’lam.

Kajian oleh: Ustadz Abu Mazaaya



1 comments:

Umar R.A revived a practice that the Prophet Sallallahu 'Alaihi Wasallam initiated before, and Umar called it 'Bid'ah', and .....

They use this fact to whitewash their numerous Bid'ah Munkar that was never initiated by the Prophet, never iniated by the Sahabat, never iniated by those 4 Imam Hanafi, Maliki, Syafi'iee, Hanbali Rahimahumullah ?

They must be kidding !


Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg