Islamiq.sg

HAD001: Perbanyakkanlah Zikir Hingga Dituduh Gila

Sebahagian pihak menyampaikan hadith berikut:



“Akthirū dhikralLāhi hattā yaqūlū: majnūn”

Dan ada pula versi berikut:
“Akthirū dhikralLāhi hattā yuqāl: innahu majnūn”

Dan inilah yang dilakukan di dalam artikel bertajuk "Membasahi Lidah Dengan Zikrullah" (Majalah bulanan "Inabah"), di mana penulis mungkin tidak berpeluang untuk meneliti dan mengkaji ketulenan hadith tersebut secara terperinci sebelum menisbahkannya kepada Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.



Sumber: "Membasahi Lidah Dengan Zikrullah", Inabah Bil. 23
Apakah riwayat hadith-hadith itu semuanya saheeh?

Di dalam risalah kajian Ustadz Abu Mazaaya, beliau menulis:

Terdapat 4 buah kitab yang memuatkan hadith-hadith tersebut:

1. Al-Muntakhab min Musnad ‘Abdin bin Humaid:
Dengan jalur sanad berikut: Haddathana Al-Hasan bin Musa – Thana bin Lahie‘ah – thanaa Darrāj Abu al-Samhi – ‘an Abi al-Haitham – ‘an Abi Sa‘ied al-Khudriy

2. Sahih Ibn Hibbān:
Akhbarana ‘Umar bin Muhammad al-Hamdāni – Haddathana Abu Tohir – haddathana bin Wahbin – akhbaranaa ‘Amr bin al-Hārith – anna Aba al-Sahmi (seterusnya sama seperti di kitab pertama)

Kata Sheykh Shu‘aib al-Arnaa’uut: "Jalur periwayatan ini dho'ief."

3. Mustadrak al-Hākim:
Thana Abu Bakr bin ‘Abdillah al-Shafi‘ie (di Baghdad) – thana Abu Isma‘iel Muhammad bin Isma‘iel – thana Sa‘ied bin Kathier wa Ashbagh bin al-Faraj – wa akhbarani Musa – thana Muhammad bin Aiyuub – anba’ana Ahmad bin ‘Isa wa haddathanaa Muhammad bin Solih – thana Muhammad bin Isma‘iel – thana Abu Tohir (seterusnya sama seperti di dalam Sahih Ibn Hibbaan)

4. Musnad Ahmad bin Hambal

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaani memberi ulasan di dalam Taqrieb al-Tahdhieb: "Di dalam riwayat Darrāj Abu al-Samhi – ‘an Abi al-Haitham dho'ief."

Sheykh al-Albaaniy di dalam Dho’ief al-Jaami‘ al-Shoghier (#1108) (mengenai kedua-dua versi) memberi ulasan:
Riwayat di dalam Musnad Ahmad bin Hambal, Musnad Abi Ya‘laa, Sahih Ibn Hibbaan, Mustadrak al-Haakim dan Shu‘ab al-Iemaan oleh al-Baihaqiy – semuanya dari Abi Sa‘ied – (dho‘ief).

Versi hadith yang berbeza di dalam Dho’ief al-Jaami‘ al-Shoghier (#1107):
“Akthirū dhikralLāhi hattā yaqūlā al-Munāfiqūn: innakum murā’ūn” diriwayatkan di dalam Sunan Sa’ied bin Mansour, al-Zuhd oleh Ahmad bin Hambal dan Shu‘ab al-Iemaan oleh al-Baihaqiy – semuanya dari Abi al-Jauzaa’ mursal - juga Dho‘ief.



Maka kesimpulannya:
Hadith ini dari segala jalur periwayatan dan dengan pelbagai versi kesemuanya DHO'IEF.

Maka berusahalah supaya umat Islam Singapura menjasi umat yang bersatu di atas agama yang bijak dan waras.
0 comments:

Search IslamIQ.sg

Visitors:

Facebook

YouTube

Subscribe By Email


Facebook

YouTube

Subscribe By Email

www.fawaaid.sg